Wednesday, February 25, 2009

Cicak Man 2 - Mengecewakan Saya !!!


Plotnya (yang bagi saya kurang menampilkan kehebatan Cicak Man) : Professor Klon (Aznil Nawawi) telah kembali. Entah dari mana? Tiba-tiba duduk di bawah logi air. Kali ini bukan sahaja untuk menjadi Presiden Metrofulus (boleh percaya ke?), malah untuk menguasai bekalan air dunia melalui rancangan "Planet Hitam" (lebih kurang macam cerita Bond saja). Apabila planet biru kita hanya tinggal 72 jam sebelum menjadi hitam, Cicakman (Saiful Apek) datang menyelamat.

Namun Cicakman harus berhadapan dengan musuh-musuh lama; Ginger Boys, yang kembali menjadi lebih berkuasa dalam bentuk spiritual sebagai Ginger Ghosts (Adlin Aman Ramlie & AC Mizal). Jahat ke baik mereka ini? Tambahan lagi, Professor Klon telah mengupah seorang pembunuh; Rrama (Tamara Bleszynski), seorang pembunuh rahsia yang mencapai kepuasan dengan membunuh seolah ia sebuah persembahan seni yang tulen. Mengupah? Bila? Apa hubungan mereka? Semuanya tak jelas. Apabila keadaan menjadi semakin buruk, seorang adiwira juga memerlukan pertolongan. Tetapi pertolongan muncul dalam bentuk yang tidak diduga, termasuk Danny (Yusry Abd Halim), kawan baiknya , seorang pakar feng shui hebat (Louisa Chong), dan pihak yang tidak terduga.

Selain tanggungjawabnya menyelamatkan bumi, Cicakman mempunyai dilema peribadi untuk membezakan Hairi dan Cicakman. Dia perlu menyelesaikan perasaan peribadinya terhadap Tania (Fasha Sandha), yang sedang mencari identiti sebenar Cicakman dan dia juga perlu memilih untuk mengorbankan nyawa sendiri atau menyelamatkan Iman (Sharifah Amani), adik perempuan Danny's yang buta.
Adakah kekaburan plot ini untuk mencari sebab untuk Cicak Man 3?

Saya menonton Cicak Man dengan Lisa untuk menyokong Filem Melayu. Cicak Man dahulu, saya amat berpuas hati. Tetapi tidak untuk sekuel ini. Kalau masih hendak menonton, belia saja VCD/DVD original yang sudah mula di jual. Tetapi, tentunya saya akan menunggu Magika yang juga garapan Yusry KRU !!!