Kenapa saya lambat meng'update'? Kesalahan pertama jatuhnya kepada CELCOM BROADBAND yang begitu lembab sekali. Di laptop saya ditulisnya 7.2Mbps tapi alahai... nak upload sekeping gambar pun memakan masa hingga 10 minit. Implikasinya... saya terus jadi malas untuk mengupdate BLOG. Nampak gayanya, kiranya berkesempatan maka saya perlu mengaktifkan semula STREAMYXlah. Mana tahan deh... Kalau asyik begini.
Kiranya semua sudah tahu akan keputusannya, jadi tidak perlulah saya ulangi lagi tetapi ada baiknya juga membaca kritikan dan pilihan saya yang antara yang sama atau bercanggah dengan pilihan juri.
Untuk Etnik Kreatif, saya terpaksa memilih Persoalan Cinta (Farawahida) setelah gabungan Heliza dan Zahid tidak menjadi malam itu. Seperti kopi tanpa kreamernya pula lagaknya. Sementara Aiman pula... alahai, lagunya Dusta Berkalang bertiangkan ketuhanan tetapi busanaya macam Firaunlah pula. Mungkin komposisi lagu Doa Dalam Lagu dan Dusta Berkalang dari genre yang sama – Timur Tengah. Menjadikan Persoalan Cinta lebih menonjol dengan elemen Timur Jauh & Erhunya. Meskipun begitu Faktor ‘Wow’ untuk Persolaan Cinta bagi saya telah menurun kerana kali pertama saya mendengar lagu ini di Peringkat Semi Final dahulu ianya memberi lebih impak.
Untuk Kategori Balada pula; sememangnya Sampai Syurga layak. Tapi… adakah ini mainan politik semata? Bukankah Ahmad Izham Omar (‘co-owner’ lagu ini bersama Audi Mok) itu CEO 8TV ? Bukankah 8TV itu anak syarikat Media Prima ? Makanya 8TV & TV3 & NTV7 & TV9 mempunyai ‘ibubapa’ yang sama? Layakkah lagu ini dipertandingan lantas dinobatkan sebagai Juara Balada? Secara peribadi saya memilih Lagu Kita untuk kategori ini. Lagu ini bagi saya amat sederhana. Lontaran suara Aizat @ Paus pula untuk lagu ini memang lebih enak di dengar secara 'ilve' berbanding di dalam CD.
Apa lagi yang harus diperkatakan… MUH & Lagu Untukmu memang tiada tandingannya untuk Kategori PopRock. Baru-baru ini saya ada mendengar lagu ini dalam versi akustik yang lebih santai dan ala-ala balada. Lantaran itu ia menjadi lebih syahdu dan bermakna. Persembahan MUH penuh 'attitude'. Tidak syak lagi... Jika Lagu Untukmu tidak dinobatkan sebagai Juara lagu, mahu ada demontrasi di depan Stadium Putra !!!
Bagi Persembahan Terbaik... Sampai Syurga memang layak. Saya kira persembahan ini memang sesuatu yang dihasilkan daripada ‘thinking outside the box’ meskipun ada elemen Hazami yang dicuri dan diimprovasi. Tapi kehadiran pereka fesyen, tukang pangkas rambut dan 'floor manager' tersebut… memang hebat. Kalau dahulu Faizal membuka baju… kali ini, ada orang membuka seluar Faizal… nasib baik ada seluar lain di dalamnya. Kalau tidak.. kena gam lagilah jawabnya !!! Saya juga mengkagumi persembahan Ayu OIAM2 yang saya kira hubungan Ayu dan penari amat erat dalam menterjemahkan maksud tersirat 'Cita-Citaku Ke Mercu'. Stacy? Mungkin tariannya lincah tapi sekadar ‘gencok’ tanpa sebarang makna !!! Apalah sangat...
Vokal Terbaik…. Hmm… Faizal Bagus. Tetapi jika saya yang menjadi juri… saya akan memilih antara tiga calon ini secara lontar dadu… hahaha !!! Pilihan saya antara Ayu OIAM2, Aizat AF5 dan Lan MUH. Bukan Faizal pilihan saya. Alamak… saya memang tidak menggemari suara Faizal yang ‘krim tanpa lemak’ itu. Maafkan saya.
Ini hanya pandangan peribadi saya. Masih belum terlambat untuk mengucapkan terima kasih pada Cute yang mendapatkan saya Tiket VVIP yang membolehkan saya duduk bukan hanya bersama-sama tetapi di hadapan beberapa artis terkenal tanah air. Bravo Cute. Tidak lupa juga kepada Tn Syed Rahim (yang baru pulang dari umrah) yang mendapatkan 4 tiket di Aras 4. Nampaknya, boleh juga tengok LIVE kan kali ini.
Nota Jase : Stadium Putra… Tunggu kami di Konsert Rihanna, ya !!!

No comments:
Post a Comment