Sunday, February 15, 2009

Buah Tangan Terbaru Daripada Mawi


Akhirnya muncul juga Album terbaru daripada Mawi. Setelah sekian lama diperkatakan. Setelah sekian lama tertangguh. Setelah sekian lama ditunggu oleh peminat seni (peminat Mawi laa, siapa lagi) tanah air. Ini merupakan kesinambungan daripada Album Qasidah yang pertama dahulu. Bezanya kali ini; album ini cuma memuatkan lagu (nasyid) sahaja, tiada bacaan doa ataupun zikir lagi.

Sepatutnya saya boleh memiliki album ini lebih awal lagi - ketika Majlis Lelong Berita Harian untuk Gaza di Amcorp Mall tempoh hari. Namun memang bukan rezeki saya memandangkan Mawi (ketika itu) cuma membawa 5 salinan sahaja. Cikgu Jah bernasib baik. Saya tidak. Lagi 4 salinan saya tidak tahu siapa yang dapat.

Apa yang hebatnya album ini? Bebaloikah penantian selama ini? Jika di tanya pada saya - Jawabannya SUDAH PASTI. Album ini memuatkan 8 trek. Harga runcit yang dicadangkan ialah RM25.90 @ RM3.24 untuk sebuah lagu. Hmm.. daripada 8 trek ini saya meminati 6 trek secara dasarnya. CD dimulakan dengan Single Pertama di Trek No 1 bertajuk "Allah Habeebi" yang juga menjadi judul album. Kali pertama saya mendengar lagu ini ialah ketika di FTA ketika Kenduri menyambut menantu Keluarga Mawi Disember 2008 yang baru lalu. Lagu Ciptaan Farihin dan lirik oleh Yasin ini saya kira akan mengambil masa yang lama sebelum diminati. Liriknya masih ada unsur-unsur Cinta Hakiki tapi melodinya masih kurang catchy untuk membuatkan kita melopong dengan pantas. Jadi; perlu dengar berulang kali sebelum jatuh cinta.

"Hijab" di Trek No 2 amat istimewa. Saya kata istimewa kerana ini merupakan lirik kedua ciptaan Mawi. Chorus yang amat catchy. Lirik yang amat mendalam. Saya tertarik dengan bait-bait ini "Awal tiada bermula, Akhir tidak bersudah, Zahir tidak teratas, Batin tidak bertepi". Bijak juga Mawi bermain kata-kata. Jika saya menjadi penerbit, tentunya lagu ini menjadi taruhan saya sebagai Single Pertama.

Sifu M. Nasir tentunya tidak dapat dipisahkan dengan Mawi. Untuk Album ini M. Nasir dengan Ad Samad (Abang Zizie Ezzette, lain emak) menyumbang lagu " Serulah Namamu". Melodi yang menarik. Liriknya bersahaja. Tetapi saya perlukan lirik yang lebih mendalam.

Highlight untul album ini saya kira Lagu "Sujud". Lagu milik Edry KRU ini juga menampilkan KRU, menjadikan lagu ini Sujud - Mawi featuring KRU. Gadingan yang 'unsangkarable'. Tetapi boleh tahan. Lagu-lagu Edry sememangnya 'radio friendly'. Tentunya jika selalu 'on-air' ia bakal menjadi siulan.

"Teman Hakiki" adalah hasil kreatif Ku Sham dan lirik nukilan Dr Mohd Asri (mantan Mufti Perlis) dan Sheikh Qalam. Lirik yang amat mendalam sekali. Antara bait yang saya suka ialah "Di manakah insan bergelar teman, memegang tangan ke pangkuan tuhan". Lagu ini saya kira agak berat dari segi muziknya.

Akhir sekali Lagu yang penuh nostalgia di Konsert Final AF3 "Seroja" akhirnya di rakam semula oleh Mawi. Jika ada yang ingin membuat perbandingan mana yang lebih baik, saya kira tidak usah. Kedua-dua versi ada faktor 'wow' masing-masing. Yang lebih penting ialah mengambil ikhtibar daripada lagu ini. Lagu penuh keinsafan ini tidak mungkin jemua meskipun di dengar berjuta kali oleh berbagai penyanyi.

Jadi.... saranan saya. Apa di tunggu lagi, segeralah ke Kedai Muzik berdekatan. Dapatkan satu CD yang original untuk anda. Temui Mawi di Konsert Maulidur Rasul pada 28 Februari 2008 di Stadium Malawati Shah Alam. Jika bernasib baik, boleh dapatkan tandatangan beliau sekali; InsyaAllah.

No comments: