Sunday, February 15, 2009

Apa Yang Damian Mikhail Tengah Buat Tuh?


Ahaks... Alhamdulillah. Hari ini Streamyx saya telah berjaya di sambung semula setelah berbagai rintangan yang saya hadapi dari 31/1 sehingga 12/2. Nak diceritakan segalanya di sini rasa macam tak patutlah pula. Meskipun begitu seperti kata bait-bait skrip dalam filem "The Curious Case of Benjamin Button"; yang lebih kurang bermaksud meskipun betapa marahnya kita akhirnya kita akan terpaksa melepaskannya (redha) jua. Begitulah juga saya. Terima Kasih juga kepada Technician TMNet yang berusaha keras membantu saya secara remote. InsyaAllah selepas ini saya akan aktif semula meng'update' blog ini. Alamak, terbabas pula... apa significantnya gambar di atas ni? Lihatlah betul betul; kan Damian sedang menandatangani poster untuk saya. Detailnya? Tunggu aja di 'entry' yang akan datang. Apa yang pasti; ia ada kaitan dengan 14 Februari 2009 & JELITA !!!

1 comment:

Anonymous said...

damian,u're so cool since u in v.e