Alamak TAG lagi. Amat mencabar sekali kali ini. TAG ini datangnya dari YoyoYM. Akan saya cuba laksanakan sebaiknya juga, InsyaAllah.
Antara syarat-syaratnya yang amat mencabar minda ialah seperti berikut :
(1) Go to your photos folder in your computer (or laptop).
(2) Go to the 6th folder of photos.
(3) Go to the 6th picture in that folder.
(4) Put the picture on your blog and description of it.
(5) Invite six friends to join the challenge.
(6) Link them in your blog and let them know they have been challenged.
Inilah hasilnya. Saya kurang pasti samada gambar ini pernah muncul di dalam blog saya atau tidak sebelum ini. Tetapi gambar yang di ambil pada 3hb Februari 2005 sebenarnya ketika saya dalam rangka lawatan kerja saya ke Shenzen, China. Rakan di dalam gambar tersebut ialah rakan sejawatan saya, warga China yang bekerja di sana. Namanya Andy, dia sebenarnya hairan kenapa saya ingin sangat 'mendaki' Meridian View Centre (bangunan tertinggi di Shenzen) memandangkan menurut pendapat beliau Menara Kembar PETRONAS di Kuala Lumpur lebih tinggi dan cantik (bangga sekali). Bagi saya pandangan dari atas dari situasi dan lokasi yang berbeza memberi gambaran yang berbeza. Kota Shenzen yang dibuka khas oleh Kerajaan China satu ketika dahulu untuk menyaingi HongKong ternyata amat pesat membangun menskipun agak kotor sedikit. Selain daripada melihat Kota Shenzen, menara ini juga menawarkan pameran tentang sejarah perfileman China. Hebat juga. Andy sekarang sudah tidak lagi bekerja di sana. Saya juga telah 'lost contact' dengan beliau. Apa Khabar dia agaknya sekarang ini? Apa yang pasti, tidak mungkin beliau membaca blog saya kerana dia tidak memahami Bahasa Melayu !!!
Apa kata rakan-rakan ku sekalian. Tunaikan tanggungjawab kalian pula :
(1) hidayat
(2) adam
(3) halim
(4) beruang madu
(5) malis
(6) oza
OK. Saya Berenti 'rehat' dahulu...
No comments:
Post a Comment