Sunday, February 15, 2009

JE-LI-TA @ 14/2/2009


Kalau nak tahu inilah yang ditulis oleh Damian untuk Saya pada 14 Februari 2009 yang lalu di Lepaq Cafe, Desa Sri Hartamas. Ini bukan Majlis Sambutan Valentine. Jangan salah faham... Hehehe. Tetapi adalah sebenarnya ialah Majlis Pelancaran Single Solo Terbaru dari Damian Mikhail (atau lebih di kenali sebagai Damian V.E.) yang telah di hadiri oleh saya. Jemputan dari Damian untuk saya datangnya dari FB. Lagu Jelita adalah hasil karya beliau sendiri dan liriknya di tulis oleh rakan V.E. juga yang sekarang ini menjadi Penyampai EraFM iaitu, Cham. Album penuh Damian yang berjudul Soul-O di jangka akan berada di pasaran selewat-lewatnya bulan Jun tahun ini. Seperti yang di jangka lagu ini berentak 'Fast & Dance'. "It will only takes you a split second to love this song, trust me". Selama seminggu mulai 14 Februari yang lalu kita boleh 'mendownload' lagu ini secara percuma di sini.



Damian - seorang yang amat 'humble', 'down to earth' dan berpijak di bumi nyata. Sama ada sedar atau tidak sejak tahun 2002 lagi Damin telah memenangi berbagai anugerah samaada daripada AIM mahupun MACP. Antara yang boleh saya ingat ialah Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Kumpulan) bersama V.E. - 2006. Album Pop Terbaik untuk AIM 2006 bagi album Siti Nurhaliza - Transkipsi. Damian menerbitlan antara lagu kegemaran saya - Siti Situ Sana Sini. Tahun lalu, beliau telah mendapat Anugerah MACP bagi Kategori Lagu Inggeris Persebahan Terbanyak. Antara karya lain beliau yang boleh diingati ialah Anak Ayam & Ala Canggung (Thoo Phat) serta Pop Ye Ye & Party Like This (V.E.). Antara kali terakhir kita melihat kelibat Damian saya kira semasa GangStarz Musim Kedua (beliau menjadi penasihat Vokal), Final Sehati Berdansa di mana beliau berduet bersama Sarah Raisudin untuk lagu Menari Denganku dan tika Anugerah Juara Lagu yang baru lalu di mana beliau mencipta lagu pembukaan - Illuminasi Muzik.

Semasa majlis pelancaran tersebut, semasa sesi soal jawab - antara yang menyentuh jiwa saya apabila Damian mengajak semua menghargai hasil karya pemuzik tempatan. Damian ada menyebut yang bagi hasil karya rakan-rakannya beliau akan memastikan beliau membeli CD yang dikeluarkan dan bukan mendapatkan secara percuma. Ini adalah sebagai usaha menghargai hasil seni rakan-rakan. Selain daripada itu beliau juga ada menyentuh soal jika ingin menjadi pemuzik perlulah berilmu. Meskipun bakat adalah kurniaan Allah tetapi bakat sahaja tanpa ilmu sedah tentu tidak kemana. Mereka harus mencari platform yang tepat. Bagi saya ianya amat bertepatan sekali dengan keadaan sekarang di mana kita dibanjiri oleh penyanyi yang 'katanya' berbakat tetapi hasilnya? Tepuk dada tanya selera, tepuk dahi tanya diri sendiri.




Kata Damian beliau tidak pandai menari. Sebab itu beliau mengunakan khidmat Bro Alie dan seorang rakan (saya terlupa nama peserta SYTYCD Musim 1 ini) semasa majlis tempoh hari. Tetapi saya lihat semasa bersama V.E. boleh tahan juga beliau menari. Hahaha...

Damian & Friends akan membuat persembahan di Lepaq Cafe, Desa Sri Hartamas pada 21hb Februari ini. Berminat? Nanti saya dapatkan maklumatnya.

No comments: