Saturday, November 29, 2008

Sisi Lain Semi Final Etnik Kreatif MuzikMuzik



MuzikMuzik masih mengekalkan pengacara yang sama. Faizal Ismail HotFM dan Cheryl Samad (Betul ke yang Cheryl dah kahwin?). Tidak ada yang kurangnya gandingan mereka cuma belum mencapai tahap... WOW !!!


Kumpulan Ghazal Pop dari Johor ini menyanyikan lagu Relaku Pujuk (Spider) dalam irama Ghazal. Lagu tersebut menjadi lebih santai saya kira. Suara vokalis kumpulan ini boleh dikatakan segar. Dengarnya akan melahirkan album sulung. Kita tunggu saja samada boleh mengharungi arus perdana atau tidak.


Beruang Madu yang sebelum ini saya cuma kenal di alam maya. Bila dia yang menegur saya dahulu di luar Sri Pentas 2; maka persahabatan yang dihulur saya sambut, insyaAllah.


Mawi memang kelihatan amat, amat gembira. Ada banyak sebab saya kira. Tambahan pula sekarang ini Mawi berdarah manis.... Hahaha. Kata Mawi, pakaian yang di pakai kali ini adalah milik beliau, bukan di sponsor ya... Lagipun; jubah sajakan (serelom saja bak kata orang kedah). Yang menariknya 'shawl' yang dipakai Mawi sedondon pulak dengan 'shawl' Cute.



Mungkin antara gambar-gambar terakhir saya bersama Mawi ketika Mawi masih bujangan. Lebih kurang 21 hari lagi Mawi akan diijabkabulkan bersama Kikin di Johor Bahru.


Macam-macam yang dibicarakan semalam. Tentunya yang manis manis dan lucu lucu sahaja... Pasal kendurilah apa lagi. Yang penting saya dah nak kena buat baju melayu baru warna 'silver' nii...; Tak pe, tak pe Lambat lagi... 28/12/2008 kan, kan, kan...




Sempat lagi Mawi menandatangani Mug Kemuncak AidilFitri untuk saya. Masa program tempoh hari tak sempatlah pulak...


Seputar Semi Final Etnik Kreatif MuzikMuzik


Tahniah untuk Hafiz Hamidun-Ahmad Fetri-Aiman untuk Dusta Berkalang; Julfekar-Farawahida untuk Persoalan Cinta dan Ajai-Allahyarham Loloq-Mawi-Heliza untuk Doa Dalam lagu. 4 orang penyanyi dengan 3 lagu hebat tanpa saingan sengit.




Banyak lagu yang seperti pertama kali saya mendengar - Songo (Amy Search), Mengharap Sinar (Dior) & Putri Tarian Kasih (Anis Anessa). Ada penyanyi yang pertama kali saya tahu nama mereka - Dior & Anis Anessa. Entah dari mana mereka muncul. Ada lagu yang bagi pendapat saya langsung tiada ciri-ciri etnik kreatif - Lambaian (Fazli Zainal) & Jarak Rindu (Azfar). Ada SMS yang masuk berbunyi " semua lagu tak best - Mawi dan Heliza confirm masuk final". Ada sahabat lama yang menyakat saya; "Lagu Doa Dalam Lagu tu lagu saduran, tak boleh masuk final".

Ada SMS lagi yang masuk antaranya : "wah2 muka hang kuwar tv colour semalam! Cikgu pi mana tak nampak"; "hai... tan naik pentas salam2"; "wey gile galmer!haha!!" & "saya nampak excitednya awak bila mawi dan heliza masuk final".

Tahniah Mawi & Heliza... Dengarlah Doaku Dalam Lagu...


Usaha mendapatkan tiket beribu-liku ini tidak sia-sia. Isnin lepas saya menelpon KY minta tolong beliau mengambil tiket Semi Final Etnik Kreatif MuzikMuzik. Memandangkan kantor beliau hanya di sebelah Sri Pentas. Malangnya dia pulak tidak berapa sihat. Lantaran itu tidak dapat membantu. Tetapi dek kerana terlalu ingin menolong saya maka KY meminta tolong rakan YM juga iaitu Lynn untuk mendapatkannya. Kemudian...., bagaimana pula untuk mengambil tiket daripada mereka? Hmm... Di sinilah Cute datang menyelamat dengan menggunakan mat despatch syarikat beliau bekerja yang memang di dalam radius perjalanannya untuk datang mengambil. Akhirnya 10 tiket di dalam genggaman. Dapatlah kami menonton. '10Q' untuk KY, Lynn & Cute.

Dan akhirnya usaha menuai hasil yang amat lumayan juga kerana selain kami dapat menerobos untuk menonton di kerusi paling hadapan (saya, Cute, Zal dan rakannya). Lagu Harapan Kami - DOA DALAM LAGU berjaya melangkah ke Final bersama-sama dengan lagu Dusta Berkalang (Aiman - Akademi Nasyid 1) & Lagu Farawahida (Persoalan Cinta). Dan punyalah excitednya kami dengan Team Bereh dapat di saksikan di kaca TV !!! Tahniah untuk Ajai, Allahyarham Loloq, Mawi & Heliza.

Alamak... 18/11/2009 akan datang Mawi akan bercuti berbulan madu !!! Siapa yang akan menggantikan Mawi untuk berduet dengan Heliza beraksi di Pentas Final Juara Lagu? Adakah Zahid AF2 atau Bob AF2? Spekulasi... Spekulasi...

It's Very Nickelback...



After more than 2 months waiting, yesterday afternoon I received mail from amazon.com contains the long awaited debut album my favourite American Idol. Who else..? David Cook. Since yesterday; I have been spinning this CD for more than 10 times already. The only conclusion that I can make now is IT IS VERY NICKELBACK !!! This album contains 12 tracks plus one bonus track; THE WINNING SONG - THE MUSHY-MUSHY BALLAD - THE TIME OF MY LIFE. DC co-wrote 10 out of the 13 songs. I enjoy listening to Light On, Heroes, Lie, I Did It For You, Declaration and off course The Time of My Life.

FACT & FIGURES :

(1) DAVID COOK’S SELF-TITLED ALBUM DEBUTS AT #3 ON THE BILLBOARD ALBUM CHARTS

(2) DAVID COOK IS #1 ON THE DIGITAL ALBUM CHART WITH 58,713 UNITS- THE MOST EVER FOR A DEBUT ARTIST

(3) DAVID COOK IS THE BEST DEBUT FROM AN IDOL WINNER SINCE 2006 (BUT ARCHIE'S ALBUM (THE RUNNER UP OF AI 2008) DEBUT AT NO 2)

(4) FIRST SINGLE “LIGHT ON” HAS BEEN #1 ON THE AOL TOP 40 SONGS CHART FOR 6 WEEKS AND IS #1 ON THE CLEARCHANNEL ON DEMAND CHART (SECOND SINGLE IF WE CALCULATE THE WINNING SONG)

(5) “LIGHT ON” IS THE #1 GAINER AT ADULT RADIO AND DEBUTED AS THE BREAKOUT TRACK ON THIS WEEK’S AMERICAN TOP 40 WITH RYAN SEACREST

(6) IDOL SINGLE “THE TIME OF MY LIFE” HAS BEEN CERTIFIED PLATINUM WITH OVER 1 MILLION TRACKS SOLD



(Light On did not do so well in Hot 100 when it was released in September 2008 this year)

LIGHT ON

Never really said too much
Afraid it wouldn’t be enough
Just try to keep my spirits up
When there’s no point in grieving
Doesn’t matter anyway
Words could never make me stay
Words will never take my place
When you know I’m leaving

Try to leave a light on when I’m gone
Something I rely on to get home
One I can feel at night
A naked light, a fire to keep me warm
Try to leave a light on when I’m gone
Even in the daylight, shine on
And when it’s late at night you can look inside
You won’t feel so alone

You know we’ve been down that road
What seems a thousand times before
My back to a closing door and my eyes to the seasons
That roll out underneath my heels
And you don’t know how bad it feels
To leave the only one that I have ever believed in

Try to leave a light on when I’m gone
Something I rely on to get home
One I can feel at night
A naked light, a fire to keep me warm
Try to leave a light on when I’m gone
Even in the daylight, shine on
And when it’s late at night you can look inside
You won’t feel so alone

Sometimes it feels like we’ve run out of luck
When the signal keeps on breaking up
When the wires cross in my brain
You’ll start my heart again
When I come along

Try to leave a light on when I’m gone
Something I rely on to get home
One I can feel at night
A naked light, a fire to keep me warm
Try to leave a light on when I’m gone
Even in the daylight, shine on
And when it’s late at night you can look inside
You won’t feel so alone

Tuesday, November 25, 2008

Wajah Mu Di Mana-Mana





Sabtu lalu (22/11/2008) adalah Hari PhotoFunia saya. Sepetang saya dok godak laman sesawang ini. Dek kerana terpesona dengan website ini maka langsung saya membuat slide sekali. Lantaran itu, jadilah seperti slide hebat seperti di atas. Cantik & Terpesona kan? 'Musti'. Terima kasih kepada Yoyo & Chah yang memperkenalkan saya dengan website ini. Kalau nak tengok hasil mereka boleh klik atas nama Yoyo & Chah ler. Jadi pada mereka yang ada masa, apa kata kita cuba !!!

Monday, November 24, 2008

Dreamer The Video - Chris Brown


Saya tahu demam Olimpik Beijing 2008 telahpun tamat, demam melamine dalam produk-produk dari China juga makin kebah. Tetapi setelah sekian lama mencari, baru saya kini saya bertemu dengan video clip lagu Dreamer dendangan Chris Brown yang mengisi 'official olympics album for the USA Team for Beijing Olympics 2008' ini. Lagu ini bukanlah single komersial buat CB tetapi sebagai sebuah lagu yang menanam mesej positif tentang perlunya kita bermimpi, berpandangan positif dan membina keyakinan dalam mencapai segala impian kita; saya kira saya patut berkongsi lagu ini dengan rakan-rakan semua. Hayati bait-bait lirik lagu ini; jadikan inspirasi dikala berduka. "CB - I support you !!!"

Saturday, November 22, 2008

Officially Yours - Craig David

Arus Qudus - Mengikut @ Menongkah?


Sebenarnya saya telah berjanji dengan kawan lama saya semalam untuk download/upload video klip ini di dalam blog saya memandangkan saya tidak memiliki facebook (Make sense ke ayat ni?). Ya... saya memang buta facebook (Kalau ada siapa-siapa yang yang ingin membantu saya membangunkan facebook untuk saya sila tampilkan diri yaaa..., tapi FOC lah ye). Kalau sesiapa yang ada facebook bolehlah menjengah facebook Yasin. Kerana di sana ada official video klip lagu ini. Yang saya update ini ialah versi 'The Making of Arus Qudus' dari YouTube yang terkandung komen dari mereka yang terlibat (termasuk Yasin).

Apa yang dapat saya bicarakan setelah lebih 5 tahun Yasin tidak muncul dengan album baru? Hmm... yang pasti single pertama dari album baru beliau yang bakal terbit, 'Kuala Lumpur' kurang menyengat meskipun EraFM cuba-cuba 'spin' lagu tersebut. Ini adalah single kedua yang ada unsur-unsur rock. Bagi saya, tajuknya memang mengancam, Arus Qudus. Intro lagu ini mungkin belum bisa membuatkan kita terpikat tapi chorusnya memang catchy (kalau tak percaya sila putar berkali-kali di bahagian chorus tuuu. Saya kurang arif tentang kualiti tetapi bagi saya lagu ini memang ada nilai komersialnya dan lebih hebat dari Kuala Lumpur. Liriknya pula.. saya suka bait-bait ini, "... jalan yang lurus menentang arus, berjuang harus sehati tulus, kata yang mulus cari yang qudus, dosa yang rakus biar terhapus...". Pokok pangkalnya lagu ini lagu perjuangan - yang selalu menjadi tema Yasin.

Jika tidak puas dengan Arus Qudus, kita tunggu saja single ketiga... dengar ceritanya lagu Balada. Balada? Mungkin sisi baru Yasin kerana sebelum ini Yasin tidak pernah tampil dengan single Balada meskipun ada satu lagu balada yang sedap giler dalam album Salsabila - Bak Sutera Di Helai Mawar. (Ini tidak termasuk lagu Rindu Padamu dalam album Mimpi Laila ye... sebab lagu itu walaupun slow tapi masih world music dan bukan Balada !!!).

Album Solo ketiga Yasin ini dengar cerita akan muncul bulan Disember ini. Nak kejar Hari Raya Korban atau nak kejar AIM 2008 ni Yasin...? Hahaha. Kalau sempat untuk AIM 2008 ini apakah Yasin akan menuai Anugerah bulan April 2009 nanti? Kita tunggu dan berdoa yaa...

Nota Jase : Yasin.... bila nak potong rambut. Jinbara dah nak potong petang ni.


Friday, November 21, 2008

MuzikMuzik Hampir Ke Kemuncaknya...

Sedar tak sedar..... MuzikMuzik (salah satu rancangan pertandingan penciptaan lagu popular tahunan yang paling lama bertahan) telah hampir sampai ke kemuncaknya bagi tahun 2008. Mulai minggu hadapan, para peminat industri tanah air akan mula hangat membincangkan tentang lagu mana yang bakal melepasi peringkat separuh akhir dan melangkah penuh gaya ke JUARA LAGU 2008. Dan saya, yang sebenarnya yang tidak dapat mengikuti MuzikMuzik tahun ini dengan dekat dek kerana siaran MuzikMuzik tahun ini tidak memungkinkan saya menonton seperti biasa ada pandangan dan calon favourite sendiri. Berikut di senaraikan lagu-lagu yang akan berentap di perinkat separuh akhir.


CATEGORY ETNIK/KREATIF (9 malam, Jumaat 28 November)

Doa Dalam Lagu (Mawi & Heliza)
Lambaian (Fazli Zainal)
Dusta Berkalang (Aiman)
Persoalan Cinta (Farawahida)
Songo (Amy Search)
Panas (Ifa Raziah)
Pujangga Merindu (Syura)
Jarak Rindu (Azfar)
Puteri Tarian Kasih (Anis Aneesa)
Mengharap Sinar (Dior)

Nota Jase : Mengikut sejarahnya, saya cuma berjaya menonton secara live di Plaza Alam Sentral ketika pencalonan lagu Doa Dalam Lagu (Mawi & Heliza). Selain daripada itu, tiada episod yang saya tonton meskipun melalui kaca TV. Bagi kategori Etnik/Kreatif ini cuma ada dua lagu sahaja yang saya gemar iaitu Doa Dalam Lagu dan Jarak Rindu (Azfar OIAM). Saya kira jika Jarak Rindu berjaya melepasi halangan maka ialah akan menjadi medan Azfar untuk 'showcase'kan kebolehan beliau. Saya kira Syura mungkin bernasib baik lagi kali ini. Lagu-lagu lain...? aiman tak kisah....


CATEGORY BALADA (9 malam, Jumaat 5 Disember)

Sampai Syurga (Faizal Tahir)
Bila Nak Saksi (Spider)
Dingin (Ziana Zain)
Sejauh Ini (Dina)
Teman Terulung (Anuar Zain)
Hanya Di Mercu (Ayu)
Ada Untukmu (Nubhan)
Tanpa (6ixth Sense)

Bila Terasa Rindu (Dafi)
Cinta Terhalang (Bob)
Cuba (Faizal Tahir)
Lagu Kita (Aizat)

Nota Jase : Pertama sekali ingin saya katakan saya agak kecewa kerana lagu Ketentuan dendangan Kak Melah tidak berjaya melangkah ke Separuh Akhir. Bagi saya lagu ini adalah material untuk menjadi Juara Lagu. Kehilangan Kak Melah membuka ruang kepada Lagu Teman Terulung untuk membuat kejutan. Selain daripada saya juga berharap agar lagu Tanpa (6ixth Sense), Bila Nak Saksi (Spider) dan Ada Untukmu (Nubhan) mampu melangkah ke final. Dua Pencalonan Fizal Tahir? Dua-dua saya tak berkenan. Kalau lima lagu boleh masuk final.... saya juga ingin melihat Bob AF2 beraksi di pentas akhir.

CATEGORY POP ROCK (9 malam, Jumaat 12 Disember)

Kalis Rindu (Elyana)
Mila Bila Cinta (Mila)
Separuh Masa (The Lima)
Bukti (Fiq)
Cinta Si Rama-Rama (Hattan)
Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)
Yang Pernah (Estranged)
Mabuk (Spider)
Ku Merindu (Shah & Ella)
Aku Lebih Tahu (Mila)
Aku Stacy (Stacy)
Rimas (The Fabulous Cats)

Nota Jase : Kategori Pop/Rock adalah yang paling sengit. Harap-harap agar 6 lagu dapat berentap di final. Kalau tidak sayang lagu yang baik tetapi tercicir. Pilhan saya sudah tentu Fiq, Meet Uncle Hussain, Shah & Ella, The Fabulous Cats & Elyana. Biarlah Mila dan Estrange (Juara Lagu 2007) berebut satu lagi tempat... hahaha. Hmm... Eh, kenapa lagu Bawaku Terbang (TFC) tak berjaya melepasi Separuh Akhir nii....

Apa-apapun kita tunggu 'verdict' juri profesional ye...

Wednesday, November 19, 2008

The King of Ballad - Glenn Medeiros

Ini merupakan CD Glenn Medeiros yang pertama saya miliki. Sejarahnya bermula dengan Along menghadiahkan saya kaset Glenn Medeiros ini dari USA dalam tahun 1990. Memandangkan saya telah 'mengupgradekan' diri saya dengan memiliki alat pemain cakera padat sejak tahun 1996, maka sejak dari itu saya berusaha mendapatkan album ini dalam bentuk CD. Saya berjaya membelinya di Flea Market Amcorp Mall dengan harga RM17.00 sahaja dua tahun yang lalu. Saya beria sangat ingin memiliki CD ini memandangkan ia mengandungi satu-satunya 'No 1 Song (di Billboard Hot 100 - USA) yang berjaya di rakamkan oleh Glenn. She Ain't Worth It menampilkan Bobby Brown adalah lagu yang dimaksudkan. Selain daripada itu album ini mengandungi lagu-lagu sedap seperti Just Like Rain, Me-U=Blue (menampilkan The Stylistics), All I'm Missing is You (menampilkan Ray Parker Jr) dan Doesn't Matter Anymore. Mungkin ramai yang tidak mengenali Glenn tetapi sebenarnya Glenn pernah singgah di Malaysia dalam rangka promosi album beliau kalau tak salah saya dalam tahun 1995 atau 1996.



Ini pula album pertama Glenn Medeiros yang saya terpaksa beli melalui amazon.com dua bulan lalu. Sudah tentu kerana ia tidak mungkin dapat di beli di Malaysia lagi. Album ini sebenarnya memperkenalkan Glenn di persada antarabangsa setelah memenangi satu pertandingan nyanyian di kampung beliau di Hawaii pada tahun 1987. Album ini menjadi hit setelah single pertama beliau 'Nothing's Gonna Change My Love For You' melonjak ketangga ke 12 di Billboard Hot 100 pada tahun 1987. Kejayaan ini telah membuatkan syarikat rekod beliau ketika itu 'mengekspot' beliau merentasi lautan atlantik ke United Kingdom di mana lagu ini telah menduduki puncak di UK Official Singles selama 4 minggu dalam tahun 1988. Antara lagu lagu lain yang meruntun hati dalam album ini ialah Lonely Won't Leave Me Alone, Watching Over You & Knocking At Your Door.


Ini adalah jawaban kepada tajuk di atas. Saya menggelarkan Glenn sebagai King of Ballad kerana CD di atas. Seingat saya, saya ada membeli album di atas dalam bentuk kaset sekitar tahun 1991. Dan kaset tersebut masih ada dalam simpanan. InsyaAllah akan saya hadiahkan pada Angah yang masih memiliki radio kaset. Sekian lama saya mencari CD di atas baru minggu lepas saya berjaya mendapatkan CD tersebut di lubuk 'used CDs' di Flea Market Amcorp Mall, mana lagi kan? Tapi kali ini harganya agak mahal ialatu RM30.00 kerana saya kira kemungkinan penjual tersebut tahu yang saya memang sudah lama mencari CD ini dan 'berkeras' tidak mahu menurunkan harga yang dicatatkan meskipun berkali-kali saya memujuk. Nasib badanlah gamaknya. Tapi saya puas melewati lagu-lagu balada meruntun jiwa yang terkandung di dalam CD yang mengandungi 14 trek ini. Antara lagu-lagu merdu malar segar ialah Me-U=Blue, Love Always Find A Reason (duet bersama Elsa - penyanyi Peranchis), Watching Over You, Lonely Won't Leave Me Alone, Just Like Rain, Doesn't Matter Anymore, Heart Don't Change My Mind, You're My Woman, You're My Lady, Long And Lasting Love dan lagu berhantu Nothing's Gonna Change My Love For You. Dan CD ini sebenarnya telah melengkapkan koleksi Glenn Medeiros yang perlu saya miliki.


Monday, November 17, 2008

Right Now (Na Na Na) The Live Video - Akon


Seperti biasa Akon memang tidak pernah mengecewakan saya bila mengeluarkan single. Dan single terbaru beliau.. Right Now (Na Na Na) memang superb !!! Sekali dengar dah jatuh cinta, catchy habiiis. Sekarang ini lagu ini berada di tangga ke 10 Billboard Hot 100. Memandangkan saya tidak berjaya mendapatkan the official video clip... kita settle dulu dengan persembahan live ini ya. OK... enjoy.

Sunday, November 16, 2008

Akan Tiba The Video - Alif OIAM


Hey... Hati ku..
Selalu
Mendambakan cinta namun tak kunjung tiba

Hatimu itu
Seperti apa yg ku mahu selama ini

Ertikanlah pagi ku yg kaku tanpa kamu

Kau ku cinta
Engkaulah yg ku puja
Tertunggu selama ini takku jumpa
Denganmu ku dilamun indah
Ku harap cinta akan tiba di hati kita..

Lihat kamu
Tak ku sedari
Waktu dah mulai tinggalkan ku

Kau kau kau
Buatku lupa mengapa ku disini pada mulanya..

Ertikanlah malam ku yang sayu dingin tanpamu

Setiap hari bersama mu
Ku ingin selalu dekatmu
Ku hitung saat dan waktu
Hingga hari esok kembali lagi

(Lagu Tema 'Rona Roni Makaroni' - Muzik/Lirik : Amylea AF3)

Nota Jase :
4 hari yang lalu saya dapat SMS daripada Alif OIAM minta saya check-out YouTube untuk nikmati Single terbaru beliau; 'Akan Tiba'. Malu nak bagitahu yang saya ni 'buta' YouTube (hahaha.. jangan tak caye); saya cakap OK jer. Dah empat hari baru ada masa nak godak YouTube dan pindahkan video klip ni ke blog saya, alhamdulillah. Boleh tahan jugak lagu nii... Kalau selalu diputarkan di radio, ada harapan jadi hits. Sesuatu yang segar dari Alif meskipun muziknya agak moderate jazz. Bila 'full album' nak keluar ni Alif?

Manisnya Cinta dalam WAYANG


Semasa saya menonton Filem WAYANG di GSC IOI Mall hari Jumaat lepas; cuma 6 orang sahaja di dalam panggung, termasuk Lisa dan saya. Sedih memang sedih tetapi saya berpuas hati kerana telah membuat keputusan yang tepat bukan sahaja untuk menyokong industri filem tanah air tetapi kerana telah memilih untuk sebuah filem yang amat, amat hebat untuk ditonton !!! Hebatnya filem ini bukan kerana ia berlatar belakangkan seni budaya tanah air iaitu wayang kulit tetapi diperkuatkan dengan skrip yang indah, jalan cerita yang dinamik, para pelakon yang mantap (ada lima pelakon yang berjaya mondokong watak dengan luar biasa sekali yakni melebihi kehendak perwatakan iaitu Eman Manan, Zul Huzaimy Marzuki, Ida Nerina, Wan Kenari dan Mas Muharni) di tambah pula dengan tema positif yang anjurkan dalam filem ini (redha pada kekurangan yang ada tanpa berhenti berusaha untuk meningkatkan kualiti diri). Rempah-ratus filem ini juga di kira lengkap dengan unsur-unsur drama, kesedihan, kegembiraan, lelucon dan spontan - apa yang penting ia menghiburkan meskipun durasi masanya agak panjang iaitu 1 jam 50 minit.

WAYANG sebenarnya adalah sebuah filem cinta yang berlatarkan kepada budaya tradisional persembahan wayang kulit yang menjadi kegiatan mereka yang tinggal di Kelantan. Betapa cantiknya apabila wayang kulit dijadikan nadi utama pada setiap watak disekeliling. Contohnya Pak Awang Lah adalah dalang wayang kulit tersohor menjadi tok guru kepada pemuda buta - Awi dan gadis sengau - Melor. Kehebatan Awang Lah sehinggakan beliau di jemput mengajar wayang kulit di UiTM. Dalam pada itu sepupu Awang Lah, tidak suka beliau bermain wayang kulit dan dalam masa yang sama ingin mengambil Melur menjadi isteri kedua dan membuat berbagai onar (membakar panggung Awang Lah, memfitnah Awang kepada isterinya dan juga mengganggu Awi). Cinta dalam WAYANG istimewa kerana masing-masing (Awi dan Melor) sukar untuk melafazkan cinta kerana bimbang ditolak dan terluka. 'Aku cinta padamu' jika dilafazkan oleh gadis sengau... 'buruk' bunyinya.

Saya tidak ingin memanjangkan lagi tulisan ini, apa yang pasti saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia menonton filem hebat ini. Saya amat berharap filem ini tidak terhenti dengan 2 anugerah sahaja di FFM 2008 yang baru lalu (Anugerah Khas Juri & Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Zulhuzaimy) tetapi boleh juga menuai beberapa lagi anugerah di KLIFF 2008, IFFI ke 39 dan Anugerah Skrin 2009 !!!

Kita tunggu sahaja keputusannya.


Saturday, November 15, 2008

Tertekannya Bond Kali Ini...


20 minit pertama saya tersengguk-senguk menonton Bond !!! Selain permulaan yang tidak begitu 'inviting', saya juga agak letihan setelah lewat tidur sebelah malamnya selain daripada terpaksa bangun awal untuk program dengan budak-budak sekolah di Bangsar.

Rata-rata mengatakan watak Bond sejak Daniel Craig lebih keras, dingin, tegas dan selalu tertekan. Kisah kali ini bertolak daripada kisah ke 21 (Casino Rayale) yang lalu di mana Bond kali ini lebih sibuk mengejar masa untuk membalas dendam dan memburu pembunuh kekasihnya di serata dunia. Bagi mereka yang suka melancong pasti akan terpesona melancong di dalam panggung dari Itali, ke Haiti, kemudian England, selain Panama, Chile, Bolivia dan Austria !!!

Watak jahat dalam filem kali ini ialah Greene yang dalam usaha projek kemasyarakatan (CSI)penghijauan Quantum di Bolivia dengan niat untuk menguasai sumber air di negara tersebut.

Yang paling ketara dalam filem kali ini ialah terlalu banyak aksi dan kepantasan yang mana sehinggakan saya mengalami kesukaran untuk menghayati plot. Atau memang plotnya tidak seberapa dan kaitan dengan kisah lalu sengaja diabaikan?

Hmmm... Kalau tak mahu ketinggalan penduduk dunia lain, bolehlah menonton filem ini. Hahaha...

Friday, November 14, 2008

Apalah..... Max Phyne !!!


Rasanya saya seperti menyesal menonton Max Phyne meskipun Mark Wahlberg merupakan salah seorang daripada aktor yang saya gemari. Selalunya Mark Wahlberg jarang mengecewakan ketika muncul di layar perak tetapi untuk Max Phyne ini lakonan beliau seperti kari yang kurang rempah akibat plot dan skrip yang bertaraf Gred B cuma !!!

Bagi mereka (terutama Gen-Y) yang gemar bermain alat pemainan video, maka Max Phyne tentunya tidak asing bagi mereka. Filem Max Phyne ini sebenarnya adalah berdasarkan kepada permainan video interaktif yang menggunakan judul yang sama. Plotnya mengisahkan tentang seorang anggota polis pelik yang terpaksa menongkah arus dalam usaha beliau menyelesaikan kes pembunuhan keluarga dan rakan beliau. Dalam usaha 'membalas dendam' tersebut beliau telah ditemukan dengan sisi dunia gelap yang tidak terduga dan semakin dalam misteri cuba diungkaikan Max terpaksa pula berdepan dengan musuh diluar jankauan pemikiran dan akhirnya berdepan dengan pengkhianatan yang langsung tidak dijangka beliau.

Selain Mark Wahlberg, mereka yang turut mendokong watak ialah Mila Kunis, Beau Bridges, Ludacris (Yess.... Rapper tu lah), Chris O'Donnel (The Bachelor) dan Almary Nalasco (kepada penggemar Prison Break tentu kenal dengan pelakon ini).

Thursday, November 13, 2008

Superhuman The Video - Chris Brown feat Keri Hilson

Okay... This is the latest single form CB. It's from his Exclusive Forever Edition. Nasib baik saya surf internet malam ni sambil-sambil tengok Desperate Housewife (season 4) - baru first DVD. I love this songs because it is so rooomantic... Hahaha. OKlah.. let me finish this very first DVD ya..I'll write more tomorrow.

Wednesday, November 12, 2008

Muzikal Impak Maksima dari Kacamata Saya




Apa kaitan Datuk Siti dengan Muzikal Impak Maksima? Jawabannya mudah sahaja; Datuk Siti dan saya sama-sama menonton muzikal teater ini pada hari pembukaannya iaitu 11 November 2008 di Istana Budaya. Jadi ini adalah alasan paling masuk akal untuk saya bergambar (gambar ini di ambil sebelum persembahan di mulakan di Cafe Istana Budaya) dengan Datuk Siti setelah gagal dalam percubaan ketika di Anugerah Skrin di mana beliau bergegas pulang usai menyanyikan lagu Wanita (Jawaban kepada lagu Lelaki Ini - Anuar Zain, kiranya). Selain daripada itu, Datuk K @ DK adalah watak utama di dalam teater muzikal ini. Aduuuuh !!!














Antara sebab utama saya menonton teater muzikal ini adalah kerana sahabat saya ini. Beliau bukan sahaja mondokong watak utama @ DK @ Drift King tetapi juga menjadi Penagrah Artistik bagi produksi ini. Siapa lagi kalau bukan Zulhuzaimy Marzuki yang saya kenal ketika di 'zaman teater' beliau sebelum namanya memuncak dek kerana lakonan mantap dalam Remp-It! Itulah Zulhuzaimy yang saya kenal. Dari sudut lakonan, dalam produksi ini Zul kelihatan berada di dalam liganya yang tersendiri. Lakonan Zul bukan sahaja tidak mengecewakan malah membanggakan. Antara babak yang 'mencarikkan' hati saya ialah ketika saat kematian DK. Jika perasan, ada ketika nafas DK kuat seperti memang dalam keresahan, kemarahan dan kesakitan. Dari gerak tubuh pula, kita memang boleh nampak kesan lakonan yang hebat ketika mood berubah dan nada suara yang berbeza ketika diungkapkan. Tapi... Kenapa mesti dimatikan watak DK sedangkan Ray lebih jahat. Apapun, DK sempat bertaubat. selain daripada itu, saya benar-benar tidak tahu yang beliau booleh menari dengan baik (hmm.... mungkin antara calon yang baik untuk Sehati Berdansa Musim 3 - Boleh Zul?) malahan suara Zul juga boleh tahan ketika melontarkan suara untuk babak yang memerlukan beliau menyanyi. Komentar terakhir... saya perasan jeans & track bottom yang di pakai oleh Zulhuzaimy agak longgar. Adakah ini disengajakan?



Saya datang menonton setelah mebaca review yang kurang memberangsangkan oleh beberapa akhbar tempatan. Jadi antara langkah wajar yang saya ambil ialah memastikan saya mendengar bait-bait lagu dengan teliti memandangkan dialog cuma 10 - 15 % sahaja selain daripada itu pemahaman kepada cerita adalah berdasarkan kepada pemahaman lirik lagu. Jika tidak kita akan tenggelam seolah-olah menyaksikan sebuah persembahan konsert ala-ala Mekar Sejambak (TV1 sekitar tahun 80an).



Muzikal ini juga diselamatkan dengan penampilan dua penyanyi hebat iaitu Dina Malaysian Idol & Adeeb of The Fabulous Cat. Nyanyian mereka superb !!! Saya benar-benar tak sangkan suara Adeep sebenarnya lebih merdu di dengar secara 'live' dan Dina memang tidak perlu disangkal lagi. Lakonan Adeep & Dina juga 'above the par' dan meninggalkan kesan nyata. Dengan peranan yang agak besar juga, gandingan mereka berdua menambahkan rempah kepada persembahan ini. Ini ditambah pula dengan skor muzik Cat Farish yang hebat. saya kira ada beberapa lagu yang boleh dijadikan single untuk diputarkan di radio. Hmm... Saya tak pasti samada Ahmad Idham akan melahirkan Runut Bunyi untuk teater ini. Kalau ada saya pasti akan membeli CD tersebut.



Lakonan Zed Zaidi & Dynas saya kira mereka ditenggelamkan oleh watak yang tidak dikembangkan dengan baik. Zarina pula, bagi saya membanggakan. Percintaan di antara DK (Zulhuzaimy) dan Ika (Zarina) nampak natural, seperti ada keserasian.



Oopps... terlupa saya... ramai yang menantikan aksi drift yang hebat. Babak mula sebenarnya memang mengkagumkan. Wow !!! Di luar jangkaan saya. Babak akhir juga hebat. memberi impak sebagai epilog yang hebat. Tetapi kalau kita menjangkakan yang aksi drift akan berlaku seperti di dalam filem, sudah tentu akan kecewa. Apa-apapun TABIK SPINGG untuk Ahmad Idham.













Muzik yang baik.... dilengkapi pula dengan tarian yang cantik di pandang mata. Gabungan tarian hip-hop, street dance dan asli menambahkan lagi warna warni teater muzikal ini. Tahniah harus di berikan kepada Belalang - Pengarah Tari (salah seorang Kareografer yang bertanding dalam Sehati Berdansa Musim Kedua). Apa-apa pun saya memang suka tengok tarian hip-hop oleh Bro Ali (gambar kat atas tuu - salah seorang daripada kareografer untuk Gang Starz Musim Kedua juga). Dia menari penuh dengan attitude !!! Tak percaya, jika ada kesempatan menonton - cuba lihat gelagat beliau.


Mesej penting yang saya ingin sampaikan ialah - Saya akan MENONTON KALI KEDUA. Jom ikut saya...

Sunday, November 9, 2008

Sekitar Post Party.... Anugerah Skirin 2008 (1/2)


Ini adalah sebahagian daripda photo yang sempat saya jadikan slide. Rasanya macam ada banyak lagi... Secara peribadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang yang saya sokong kemenangan mereka seperti Pak Nil (Bual Bicara Terbaik), Kak Ogy & Zamarulhisham (Pelakon Wanita & Lelaki Terbaik - Drama), Que Haidar & Normah Damanhuri (Pelakon Pembantu Lelaki & Wanita Terbaik - Drama), Rosyam Noor (Pelakon Lelaki Terbaik - Filem). Yang lain-lain tuu saya tak kisah sangat memang atau tidak... hahaha. Apa yang saya dapat lihat ialah seperti Kad Jemputan di keluarkan melebihi kapasiti kerusi, ditambah pula dengan kekangan keselamatan yang amat ketat. Dan lagi satu... rakyat Malaysia memang tak pandai menghargai masa... ramai juga mereka yang mendapat Kad Jemputan tetapi tiba lewat.

Sambung esok pula yaa.... ngantuk beb !!!

Coretan Anugerah Skrin 2008


Usahlah bertanya bagaimana saya mendapat jemputan ini. Atau siapa yang menjemput saya. Yang pasti semalam saya memang berada di PWTC bersama-sama dengan para penggiat seni samada filem ataupun drama untuk sama-sama meraikan kejayaan mereka. Saya juga berada di 'post party' sejurus tamat acara. Mee Goreng kali ini memang sedap. Entry ini cuma untuk memaklumkan sahaja tentang peristiwa ini. Nanti akan saya 'uploadkan' gambar-gambarnya ya. OK... Mawi dan Ekin tak ada yaa.... (Jadi Cikgu, Galzean, Azwan & Mus tak perlu jeles). Tapi saya sempat berbual panjang dengan Zulhuzaimy Marzuki yang sekarang sedang sibuk dengan 'Impak Maksima The Musizal' !!! Dalam pada itu, persembahan Lah Ahmad (of V.E.) dan Kak Dibah 'Yang Teristimewa' memang mengancam, tidak lupa juga dengan Datuk Siti Nurhaliza. 'Bling-Bling' habiiiissss....



Friday, November 7, 2008

TAG By SueMije


TAG ni? Alamak... Ntah apa-apa la TAG ni. Jangan marah ye Sue. Tapi disebabkan saya tengah mood baik giler.. Kira laayaaan je lah....

RULES :


1. Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.

2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.

3. Post that picture with NO EDITING.

4. Post these instruction with your picture.

5. Tag 10 people to do this.

DAN.... Inilah my recent PIX !!! Beginilah saya setiap hari Jumaat di Pejabat.

Maka dengan itu, dengan paksarela saya menTAG :

1. Cute

2. Oza

3. Hidayat

4. HazranZaara

5. Halim

6. Yoyo

7. Eeza

8. Chah

9. Beckham

Thursday, November 6, 2008

Drupadi.... Masih Cantik

Sekarang ini agak sibuk juga orang membicarakan tentang sebuah filem Indonesia yang bertanding di Jakarta International Film Festival 2008 bulan November ini. Filem ini diberitakan akan ditayangkan kepada umum sekitar bulan Disember. Tonggak utama kepada filem ini ialah dua orang pelakon hebat iaitu Dian Sastro dan Nicholas Saputra (Ingat Ada Apa dengan Cinta?). Tajuknya ialah DRUPADI.

Filem ini di angkat daripada Hikayat/Kitab Mahabrata versi Kartini. Ia mengisahkan tentang seorang Puteri Panchala yang dilahirkan daripada api yang menjadi pertaruhan. Drupadi turun ke bumi menemani Krishna untuk menamatkan fasa baru kehidupan manusia. Memandangkan Drupadi adalah seorang yang amat jelita maka kesemua pahlawan di muka bumi ingin mengambil hatinya. Maka satu pertandingan memanah telah di adakan dimana sesiapa yang menang akan menjadi suami kepada Drupadi. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Arjuna, Pahlawan Tengah Pandawa namun begitu akhirnya Drupadi menjadi isteri kepada kesemua lima-lima Pendawa akibat permainan buah dadu yang dikendalikan oleh Kuruna dimana takdir Drupadi telah dipertaruhkan oleh suaminya Arjuna. Bgaimana pendapat anda?

Sebenarnya pada 2001, seorang junior saya ketika di sebuah IPT di Selangor Darul Ehsan yang ketika itu sedang melanjutkan pelajaran di Palembang, SUMSEL (Sumatera Selatan) di Universitas Sri Vijaya di dalam bidang perubatan telah menghadiahkan patung di atas iaitu Patung Drupadi ketika dia pulang ke Malaysia. Meskipun saya sebenarnya tidak gemar untuk menghias rumah dengan patung (samada 'teddy bear', ukiran binatang atau yang 'seangkatan dengannya') tetapi saya terima juga hadiah ini dengan hati terbuka dan yang pasti ianya masih tersimpan rapi sehingga kini. Saya meletakkan patung Drupadi ini di pejabat sebenarnya. Dari Bangi berpindah ke Kuala Lumpur dan akan ke Bangi semula insyaAllah esok.

Sempat tadi saya berhubung dengan Aslan (Dr Aslan, kini - yang menghadiahkan saya patung Drupadi tersebut) tadi. Sekitar jam 9.45 malam beliau ditemani ibu, ayah, isteri dan anak, telah berada di KKIA untuk berangkat ke Mekah kerana mengikuti rombongan Haji Malaysia sebagai Pegawai Perubatan. Aslan; selain bekerja akan mengerjakan haji juga. Nikmatnya. Saya mendoakan Aslan anak Pak Bacho pemilik ladang buah salak di Tawau ini akana mendapat Haji yang Mabrur. Jangan lupa doakan saya juga, insyaAllah.

Yaa.. Drupadi akan pulang ke Bangi esok. 7 tahun dan masih cantik.

Sunday, November 2, 2008

Kemuncak Aidil Fitri (02/03)


Bagi peminat Mawi; tentunya puas pada malam tersebut. Tak kiralah samada membeli meja murah atau mahal. Dekat meskipun jauh daripada pentas. Mawi yang tidak turut serta ketika Putera2 AF menyampaikan lagu raya kerana masih menikmati hidangan cuma muncul di pentas selapas 3/4 majlis bermula. Mawi mendendangkan 2 buah lagu solo iaitu lagu raya; Ayah... Aku Rindu Padamu dan lagu dari album Satu Dalam Seribu, Ya... Salaam (dalam album beliau berduet bersama Yasin untuk lagu ini). Selain menyanyi; Mawi juga mengedalikan aktiviti bersama kanak-kanak iaitu pertandingan laungan siapa paling panjang, berlawak dengan pengacara majlis (dari Raja lawak2) dan juga membuat cabutan bertuah bersama Ekin. Mawi juga tidak lupa menyanyikan lagu Raya Juara bersama Zahid, Faizal, Mila dan Reez (yang menggantikan Khai).

Kepada mereka yang ingin bergambar dengan Mawi ataupun Ekin, jika memiliki Tag agak mudah kerana boleh bergambar di dalam dewan. Jika tidak; maka ada dua kesempatan lain. Satu - ketika Mawi dan Ekin keluar ke tandas dan kemudian ada sesi bergambar bersama Karangkraf di luar dewan. Bagi mereka yang rajin menunggu pula; satu jam selepas program tamat Mawi dan Ekin juga sempat meluangkan masa untuk bergambar tetapi agak lewat juga kerana ketika artis lain telah mulai meninggalkan Menara Yayasan Tun Razak Mawi masih dikelilingi wartawan untuk sesi temubual. MasyaAllah...

Dan kemuncak bagi 'sesi paparazi' ini tentunya bulan 12 nanti... hahaha.

Kemuncak Aidil Fitri (01/03)


29hb Syawal 1429H @ 29 Oktober 2008 yang baru lalu adalah hari terakhir kita beraya tahun ini. InsyaAllah jika dipanjangkan umur, kita akan dipertemukan lagi dengan Syawal tahun hadapan. Saya menutup sambutan Lebaran kali ini dengan menghadiri Majlis Kemuncak Aidil Fitri bersama Bintang2 AF anjuran AlNajwa & Mestro. Majlis seakan-akan reunion bintang-bintang AF ini telah dimeriahkan lagi dengankehadiran lebih kurang 18 bintang2 AF dari AF2 hingga AF6. Antaranya ialah Mawi AF3 (sebagai teraju utama yang juga membawa Cik Kikin bersama), Zahid AF2, Farah AF2, Marsha AF3, Faizal AF4, Mila AF5, Heliza AF5, Dafi AF5, Shawal AF5, Noni AF5, Stacey AF6, Nubhan AF6, Reez AF6, Saida AF6, Toi AF6, Nadia AF6 & Alif AF6.

Majlis ini meriah dan santai tetapi mereka (peminat) yang membeli meja mahal antara RM200.00- RM450.00 sahaja yang dibenarkan duduk, makan dan bergambar bersama-sama bintang-bintang AF. Saya dan Lisa pada awalnya cuma mendapatkan meja biasa yang berharga RM150.00 seorang tetapi akhirnya mendapat durian runtuh apabila Faizal FC telah 'mengupgrade' kedudukan kami ke meja 17. Terima kasih kepada Faizal FC yang amat bermurah hati terutama Ridz dan Kak LIB. Lantaran itu, Galzean pula yang mendapat hadiah istimewa daripada saya apabila mendapat jemputan di saat-saat akhir untuk mengisi kekosongan kerusi di meja yang saya dan Lisa tinggalkan.

Majlis berjalan agak lancar. Mula agak lewat tetapi tamat seperti yang dijangkakan. Rata-rata terhibur dengan nyanyian dan lawak jenaka semua bintang AF. Makanan pun boleh dikatakana menyelerakan meskipun di meja yang dihidangkan makanan agak terhad, kalau di buffet ia lebih banyak pilihan. Saya secara kasarnya amat berpuas hati kerana bukan sahaja dapat bergambar dengan Mawi seperti biasa tetapi juga kerana telah menjadi orang pertama yang memenangi cabutan bertuah. Alhamdulillah...

Akhir kata, rugi juga kalau tak pergi hari tuu...