Saturday, April 25, 2009

Tak Mungkin Kerana Sayang The Video - Alyah



Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Nota Jase : Alyah... rasanya macam pernah masuk OIAM. Pernah juga merakam album sebelum ini rasanya. Artis EMI kalau tak silap saya. Lirik lagu ini biasa-biasa sahaja meskipun ditulis oleh Kak Chah. Frasa-Frasa dan perkataan yang digunakan seperti diulang-ulang daripada lagu-lagu cinta yang lain (dalam kata lain macam 're-cycle'). Melodinya pula... cukup mudah dan indah. Apa-apapun lagu ini memang 'easy listening'. Video klip... yang agak murah tapi nampak 'kellasss'. Saya cuma paling minat pada... "begitu hidup kita, tiada yang abadi", membuatkan rasa insaf seketika. Lagi satu... betul juga, sesekali pasti akan teringat akan kenangan lama... diganggu oleh kenangan lama... tapi bukan semua kerana sayang... cuma gangguan perasaan saja kan? Lagipun kan kotak fikiran kita ini penuh dengan memori dan nostalgia.