Wednesday, April 15, 2009

Corat-Coret K05AF7... Sorry Banget Lambat Update !!!


Ini adalah antara lambaian-lambaian terakhir buat Sidi daripada 8 orang pelajar AF7 yang masih tinggal. Mungkin juga lambaian untuk kaum keluarga, sahabat handai dan para penyokong (termasuk saya !!!). Bak kata Qhaud... kini tinggal 5 bujang lapok !!! Situasi ini adalah antara berbaur sedih dan bersyukur. Saya kira Qhaud yang paling bersyukur kerana terselamat (bukan lagi, OK). Ya... Qhaud memang patut bersyukur dan mengambil persembahan Konsert ke-5 sebagai iktibar untuk terus meningkatkan prestasi. Saya juga berdoa agar beliau belajar dari kesilapan yang mempersembahkan sesuatu MAGIK di Konsert Ke-6 !!!



JaseMario mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Plakad Qhaud yang dicetak oleh seorang peminat Qhaud dari Melaka (jika tepat pendengaran saya). Cantikkan Plakan Hitam-Putih kehidupan ini. Siap dengan tulisan jawi lagi... Tapi... berhati-hati ya... Qhaud bukan KLON Mawi !!!



Ramai sangat yang bertanyakan tentang Hafiz @ Apis. Apis mana lagi. Apis abang si Qhaudlah. OK... yang kat sebelah saya tu lah Apis. Siapa lagikan? Dia sporting aja... bukan nak kejar 'glamer tau'. Tetapi memenuhi permintaan saya untuk bergambar supaya ramai boleh kenal. Ahli Keluarga Qhaud memakai lilitan kepala Hitam Emas ketika menghadiri konsert. Apis tua setahun dari Qhaud. Hmm... masih single (ooopppsss... terlebeh sudah), 'since' Qhaud dah ada awek... kalau gadis-gadis kat luar sana nak jadi Kakak Ipar Qhaud... SILAKAN. No telefon? Mintak sendiri.... OK.


Jangan tak caya.... Cute Wonderland juga penyokong tegar Wiwi... ooppss Qhaud laa.


Galzean... selain dari SpiderX (yang hilang entah ke mana ketika ini... mungkin mengejar Anggun... ooppss salah konsert) mengikut delegasi saya. Lantaran itu telah mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Kak Nor. Kak Nor adalah ibu kepada Qhaud. Gambar ini lebih jelas dan dekat daripada entry sebelumnya.


Di atas ini merupakan dua keping gambar lama Qhaud, mungkin dalam 2 atau 3 tahun sebelumnya. Kiranya gambar semasa Qhaud masih muda. Satunya saya kira di Genting Highland dan satu lagi mungkin di rumah.... dengar cerita banyak gambar Qhaud yang di bawa masuk Akademi... sebab tuu susah nak dapatkan gambar-gambar nostalgia beliau. Hmm.... kalau ada kesempatan saya akan korek lagi.

2 comments:

qhaud admin said...

minta kebenaran utk ambik gambar n letak kat blog qhaud ..her her her

JaseMario said...

ok... aja. demi qhaud... alamak... terlebey sudah.