Sunday, April 5, 2009

My 2009 F1 Adventure




Saya ingatkan musim F1 saya telah tamat tahun lalu. Bukannya apa, apabila berpindah ke tempat kerja yang baru sejak Oktober tahun lalu saya kira memang agak sukar untuk menjengah perlumbaan di Sepang memandangkan bidang tugas yang amat berbeza dan sudah tiada perkaitan secara langsung. Tahun-tahun sebelumnya ada saja 'clients/distributors/authority bodies' yang boleh saya bawa dan selit bersama... hehehe.

Namun, AJ telah menjadi penyelamat kepada saya tahun ini setelah melayangkan undangan 1 hari sebelum perlumbaan sebenar berlangsung. Alhamdulillah. TQ AJ, you make my day. Nak kata saya ini fanatik F1 tidak juga. Fanatik teknologi kereta pun bukan. Dahulunya tuntutan kerja... Tapi yang paling menarik minat saya sebenarnya ialah 'ambiance' ketika F1 itu berlangsung sebenarnya. Ketika di sana... terasa seperti berada di dunia lain. Di tambah pula dengan para peminat F1 daripada luar negara yang 'crazy' tahap 'gaban'.

Saya kira semua pun sudah tahu akan keputusannya di mana perlumbaan ini telah di batalkan kerana hujan lebat. Nasib baik saya membawa payung. Ye lah... ketika sampai di SIC jam 1.45 petang pun hujan masih rintik, tempat parkir becak. Hujan lebat pula turun sebaik sahaja saya keluar dari rumah.

PM Ke-6 Malaysia - Datuk Seri Najib membuat penampilan sulong sebagai PM sebelum perlumbaan. Tetapi para 'spectators' bagaikan tak teruja. Makanan boleh tahan... Cup Cakes PETRONAS masih di hidang seperti tahun dahulu. Air mengalir free flow. Persembahan sebelum perlumbahan biasa-biasa sahaja - bukan utama pun. Pakaian Grid Girls makin decent. Yang tak menarik... ada yang tidak menghormati Lagu Negaraku ketika di mainkan !!! Lu Pikirlah sendiri....

Nota Akhir... saya bangga kerana dapat turut serta melakar sejarah !!!

No comments: