Thursday, April 16, 2009

Siti Situ Sana Sini....


Datuk Siti sedang sibuk diinterview oleh para wartawan.... sudah tentu tidak boleh diganggu. Sudahlah di post party, Siti makan di kelompok VIP jadi lagilah sukarlah untuk 'menerjah'. Tapi tak mengapa... Masanya tentu akan tiba juga. Di luar 'frame gambar'.... Datuk K sedang menunggu Datuk Siti dan ada seorang kawan saya telah mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Datuk K. Laarrriiiiiik... !



Zoom- In Bersama Datuk Siti.... Hahaha. Ambil kesempatan cuma. Mesti ada peminat Datuk Siti yang ingin melihat gambar terbaru beliau dari dekat kan (terutama yang mengaku orang Pahang). Itulah gunanya Compact Digital Camera yang mempunyai 10X zoom kan, dari jauh pun boleh mengambil gambar. Nampak relax sahaja Datuk Siti menjawab soalan-soalan 'maut' daripada para wartawan yang saya sendiri kurang jelas butir bicaranya.


Bila sudah selesai temu bual tersebut maka saya pun terpaksa menunggu giliran untuk bergambar dengan beliau. Meskipun ramai yang menunggu, Datuk Siti tetap mengambil kesempatan ini untuk melayan para peminat yang menunggu. Hmm... ramai jugak ye peminat yang terlepas ke post party ye... hahaha. Eh... ini gambar saya bersama Datuk siti yang ke berapa ye? Jap... sebelum terlupa, dalam ruang singkat itu semapat lagi saya samapaikan salam seorang sahabat dari terengganu/pahang kepada Datuk Siti, katanya masa belajar dahulu tidak pernah terlepas persembahan Datuk Siti. (Dah.. langsai hutang, ok)

Nasib baik saya ada membawa CD terbaru Datuk siti - Lentera Timur yang telah saya miliki sejak disember 2007 yang lalu. Lagu kegemaran saya sudah tentu "Di Taman Teman' & 'Cinta Ini'. Alamak... terlupa pula saya membawa permanent marker. Nasib baik kakitangan di lokasi tersebut memiliki white board marker hmm... Datuk Sitipun ada menegur "boleh tahan ke?", tapi... saya kata saya ada cara untuk mengekalkannya.... InsyaAllah.


Kalau nak kekalkan white-board marker tuu... senang ajer... lepas ditanda tangani... lekat ajer dengan seloptape !!! Then, scan jer... kan... kan... kan...

No comments: