Wednesday, April 22, 2009

220409 = 10 X 8


Bahagian Pengembangan Sastera DBP buat julung-julung kalinya menganjurkan Festival Drama 10 Minit. Dengarnya festival ini bertujuan untuk menarik minta karyawan drama muda dan baharu untuk menghasilkan drama pendek yang berkualiti kantaran menjadikan DBP & Stor Teater DBP sebagai wadah kegiatan penggiat teater/drama tanah air. Di malam pembukaan ini saya dan Lisa telah bergegas ke Stor Teater DBP. Kami agak terlewat 5 minit kerana ketika memasuki ruang teater, drama Mico Yo-yo yang menghidangkan durian Gred 24 telah bemula. Drama arahan Dr Wong Oi Min dari Aswara ini antara lain mengisahkan mangsa buli yang tidak pernah membalas perbuatan rakan-rakannya. Namun begitu satu peristiwa yang terjadi yang kemudia telah mengubah perhubungan mereka... Jika berminat; pementasa bermula jam 8.00 malam. Tiket masuk dengan membeli brosur berharga RM10.00... murahkan?



Kotak Hari Jadi arahan Noor Hasnah Adam & Wan Hadad dengan tiga orang pelakon agak rumit. Parodi hari jadi yang mengisahkan tentang hadiah hari jadi mengupas soal kelahiran dan tujuan kehidupan. Anak-anak kecil telah di arahkan oleh datuk mereka untuk menvcari kotak yang penuh misteri.


Amir Amar pula agak 18SX. Pementasan dari Kumpulan ASWARA ini di arahkan oleh Amar Asyraf Zailuddin. Cerita mengenai pasangan kekasih terlarang ini terlalu posesif hinggakan membawa kepada pembunuhan. Namun gerakan pemegang watak ini menarik minat saya. kreatif dan penuh dengan nilai astetika yang tinggi.



Kencing Peluh. Sinis adan lucu. Meskipun boleh di jangka epilognya tetapi ia dipersembahkan dengan penuh gaya dan dramatik Bayangkan dengan hanya satu panggilan telefon; penipuan dan kekecohan berlaku demi wang ringgit. Situasi temuduga penuh dengan tipu muslihat !! Syabas kepada para pelakon.


Bagi saya ini merupakan drama yang paling tiada tarikan. Di tambah pula dengan simpton lupa dialog yang begitu ketara bagi kedua-dua watak. Drama Peristiwa Malam Itu ini adalah daripada Kumpulan Teater Badan Budaya DBP. Ceritanya pula berkisar kepada kisah seorang anggota polis menjejaki seorang penjenayah yang sedang bersembunyi di atas bumbung sebuah restoran. Boring kan?





Ini lagi satu Drama 18SX/SG. Isteriku Tiada Susu ini adalah daripada Kumpulan UiTM. Secara ringkasnya ia mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang lenanya diganggu oleh teriakan anak mereka. Konflik berlaku kerana masing-masing tidak mahu bangun memberikan susu. Berkisahkan tentang eskapism dan solution yang pengakhirannya tentang ugutan membunuh anak tersebut. Saya kurang pasti jika ada yang mesej tersirat dari drama ini. Tapi amat kejam !!!


Jika diukur dari gemuruhnya tepukan... Drama ini wajar menduduki tempat pertama. Apabila Ilham Menjelma adalah sebuah drama yang amat mudah. A. Nasir adalah seorang pencipta lagu yang kebuntuan idea. Lia adalah kekasihnya yang sering di abaikan dek kerana masih mencari ilham buat hantaran pernikahan. Begitu lelucon kerana A. Nasir asyik menulis lirik hasil daripada kekecohan diantara beliau dengan Lia sambil di bantu oleh orang tua yang cuma taghu menulis jawi !!!


Slot terakhir diisi oleh Drama Dalang dari Kumpulan Teater Nun yang mengisahkan Nurul Asyikin seorang lepasan universiti yang ingin menjadi Tok dalang Wanita. Beliau telah bertemu dengan Tok Dalang yang ragu-ragu akan keluruhan hatinya untuk mempelajari ilmu pendalangan.


Nota Jase (lagi) : Festival Drama 10 Minit ini akan tamat pada 25 April 2009. Ada masa lagi untuk menonton. Secara keseluruhan sebanyak 16 Naskhah akan dipentaskan. Jangan begitu menaruh harapan yang tinggi. Ini bukan produksi PGL The Muzikal !!! Konsepnya amat mudah, durasi drama cuma 10 minit sahaja. Ini merupakan persembahan TEATER, jangan risau kerana ia bukan MONODRAMA. Set dan propnya amat ringkas, mudah, murah dan peralihan props cuma mengambil masa yang amat-amat singkat !!!

8 comments:

Wanpetunjuk said...

Salam bang....dua tiga hari lagi...ruang ini akan bertukar wajah...

Bagi lah sedikit masa...budak ini kembali sibuk dengan tugasan kerja dan pelbagai perkara...

semoga yang baik dipermudahkan yang tidak baik langsung tak dapat...

banyak pahala...kurang lah dosa...

JaseMario said...

InsyaAllah.. Abg tunggu aje. "Aja-Aja Fighting !"

Peminat teater said...

salam. saya salah seorang penonton yg turut hadir malam semalam di DBP. saya setuju dengan kamu. rugi kalu tak dtg. sebagai rumusan dari saya, Kencing Peluh, Mico Yo Yo dan Dalang antara yang terbaik malam semalam. saya sangat sukakan Kencing Peluh. sama seperti Mico Yo Yo, mesej kedua-dua teater ini simple dan mudah difahamkan. yang penting disampaikan dengan baik. Puas bergelak ketawa semalam. ysng lsin ok jugsk cums falsafah teater berat agak bosan dan gagal dibawa dengan baik. menyebabkan mesej yang disampaikan tidak jelas. Peristiwa malam itu dan Ilham tidak berat, tetapi pembawakan watak oleh pelakon gagal. overall festival ini boleh dianggap berjaya untuk first night.

Kutu Teater said...

teater isteriku tiada susu memang tersirat. 18sx/sg? I dun think so. Bukan baby yang dibunuh, tapi lain. Maybe rakyat. Penuh satira.
Kencing Peluh ok tapi ending cliche.

JaseMario said...

Peminat Teater : Terima Kasih sebab sudi komen kat blog saya. Jika sudi selalu-selalulah singgah lagi.

Kutu Teater : Wow... pemahaman saya memang agak terbatas. Mungkin sudah sebab lama tidak menonton teater2 artistik, sekarang ni makin banyak teater komersial saja yang saya tonton. Namun begitu saya amat setuju dengan pendapat anda tentang KP.. memang cliche !!!

penonton malam 1, 2, 3 said...

hmm pasal KP, anda tengok x pementasannya yg ke-2? diorng dah tukar ending. dengar2 org ckp watak bos tu accident, sbb tu tukar ending..

JaseMario said...

penonton malam 1, 2, 3 : Saya tgk malam pertama jer.... macam mana ending barunya?

Anonymous said...

yup.. KP tukar ending. i was so surprised! i was there from Rabu until Jumaat. the first day, my favourite one was KP and dalang. on second day, my favourite was from U-wei. and KP stole my heart for the third night. the ending was totally different. watak bos dah takde. yang di interview tahu dia kena tipu oleh mat despatch by nota yang ditinggalkan. lepastu dia tension. sedang dia tension n membebel, ada satu orang lain masuk bawak sijil. nak interview. dia pulak yang tipu mamat tu. huhu.. kelakar giler. the whole dewan was laughing wild. and so far, that show yang dapat tepukan after show paling kuat sepanjang tiga malam tu. i like it very much! i dont know why, but i think im a fan of KENCING PELUH now. haha.. to penonton malam 1, 2, 3... saya pun ada dengar pasal watak bos tu accident... hope tak teruk..