Monday, April 13, 2009

Tahniah.... MAWI !!!


Mawi tengah berposing dengan Trofi Penyanyi Lelaki Popular ABPBH 2008 di belakang pentas Arena of Stars Genting Highland semalam. Ini merapakan kemenangan keempat berturut-turut bagi Mawi. Ramai yang mengatakan saingan kali ini amat sengit (oleh Aizat dan Nubhan) tetapi Alhamdulillah; yang nyatanya... Aura Mawi belum suram. Ada juga yang bertanya berapa banyak borang undian yang saya hantar kali ini... jawabannya BIARALAH RAHSIA janji... my favourite singer is still on TOP !!! Tahniah ye... Che Wiwi !!!





Usai sesi fotografi dengan jurugambar rasmi... maka 'paparazi' pun terpaksalah menyelit. Seperti biasa Mawi akan mengambil peluang untuk bertanyakan rakan-rakan kami yang lain yang tidak dapat hadir. Hahaha... Mawi yang sporting telah meluangkan masa untuk bergambar dengan saya dan Cute juga. Tak cukup dengan tuh... siap boleh pegang trofi Mawi lagik. WORLD Class kan? Berapa pulak harga busana sentuhan tenunan Mawi kali ini?


Gambar ini untuk menjawab mereka yang bertanya tentang busana Che Wiwi & Cik Kikin !!! Sama cantik dan sama padan kan? Dalam kaca TV kan tak berapa jelas... Ini haaa saya tunaikan permintaan. Tetapi seperti biasa... saya kenalah 'enter framekan'... Hahaha. Gambar kedua saya bersama dengan Mawi malam tersebut, maksudnya ada lagi, OK. Ini masih lagi di Arena of Stars. Selepas tamat siara di kaca TV... para artis perlu bergegas di Post Party !!! bas di sediakan... namun kami, including Mus berjalan kaki dalam suasana dining Genting Highland.



Bukan senang nak dapatkan duo TERHARU di dalam satu masa... kan. Cerita ini amat menarik... Kami menegur Abang Jamal untuk bergambar di Post Party... dalam usaha saya untuk mengambil gambar Cute bersama Abang Jamal... tiba-tiba Mawi yang sedang mengambil makanan muncul di sebelah untuk 'enter frame'. Apala lagi... pucuk dicita ulam mendatanglah kan. Bila tiba masa saya pula... sayapun meminta Mawi untuk 'just stay' untuk gambar terkahir saya dengan Mawi di ABPBH 2008 - Nostalgia TERHARU, ok.



YES..... !!!! Penyanyi Wanita & lelaki Paling Popular 2008 di seantero Malaya mengikut para pembaca Berita Harian !!! Jika pembaca surat khabar lainpun inilah jawabannya sama juga... kan.

No comments: