Sunday, April 19, 2009

Qhaud Tersingkir..... Bermaruah !!!













Nota Jase : Semasa saya mula menulis ini... saya memang mengantuk habis. Mahu sahaja kepala ini menghempap skrin laptop. Jam telah menunjukkan pukul 2.23 pagi. Selepas konsert tadi lebih kurang jam 11.30 malam saya terpaksa menunggu sehingga tamat sidang akhbar (di Dewan Seri Putra rasanya). Qhaud cuma tiba di tempat yang dijanjikan kira-kira jam 1.00 pagi. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang menunggu Qhaud... biar sampai Qhaud sampai seperti yang dijanjikan. Oh... maklumat pertemuan ini saya dapat dari keluarga Qhaud tentunya. Memang amat tidak diduga yang saya akan bertemu Qhaud secepat dan sepantas ini. Jangkaan saya Qhaud pasti akan melangkah ke pentas final. Namun Qhaud terpaksa akur dek undian terendah di Konsert Ke-6 !!! Namun Qhaud keluar BERMARUAH. Persembahan SERUAN Qhaud malam tadi memang 'pukul habis'. Ini merupakan persembahan terbaik Qhaud sebenarnya. Jika tidak tersingkir sudah pasti Qhaud akan dinobatkan sebagai pelajar cemerlang buat kali kedua !!! Carta AFUNDIpun menunjukkan peningkatan yang amat ketara sekali. Bayangkan dari 3 - 4% peratus yang berjaya diperolehi sepanjang minggu; Qhaud telah berjaya mengumpul 9 % setelah undian ditutup dan cuma 1% di belakang Aishah. Jika tidak dek kerana SERUAN di simpan sebagai penutup konsert sudah tentu Qhaud akan berjaya memintas Aishah, Claudia mahupun Yazid !!! Namun suratan ini adalah Ketentuan Yang Maha Esa. Sebagai penyokong saya akur dalam kesedihan. Saya terima keputusan ini seadanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kitapun lihat dengan jelas yang Qhaud juga menerima keputusan dengan penuh ketabahan.
Banyak sekali yang saya ingin katakan. Antara yang paling manis ialah Qhaud sebenar perasan akan kehadiran plakad (nak kata banner... kecil sangatlah pulak) sokongan sejak minggu pertama. "Jom Ke Taman Qhaud" antara yang paling diingati. Ya... siapalah saya - penyokong yang entah datangnya dari mana. Sebagaimana peribadi Qhaud yang kita lihat di dalam Diari saban malam, saya kira pertemuan lebih kurang setengah jam tadi sebenarnya membuktikan Qhaud sebenarnya seorang yang jujur, rajin, peramah, berbudi bahasa dan menghormati orang dewasa. Kerinduan Qhaud terhadap ibu dan adik beradiknya juga jelas. Saya kira saya memang telah menyokong pelajar AF7 ini yang tepat atau BENAR seperti Tag Line Qhaud.
Sebelum terlupa... semasa ucapan perpisahan Qhaud tadi, yang pasti Qhaud bercakap begitu lancar dan menyampaikan ucapan yang saya kira lengkap merangkumi semua yang perlu diucapkan TERIMA KASIH. Tenang dan bersedia. Siapa yang akan membaca wasiat Qhaud Isnin nanti? Kita sama-sama tunggu. Pastikan juga tidak ketinggalan menonton Trek Selebriti Qhaud juga ya... OK, saya perlu berhenti. Perlu rehat. Perlu tidur. Jumpa lagi...

5 comments:

LadyM said...

jase, kim salam kat qhaud tau...smlm mmg the best performance kalo x out tentu dpt persembahan terbaek atau best student... mmg terkluar dgn bermaruah, respek sgt dgn ketenangan n keredhaan di wajah qhaud smlm...pssss beritau lah kalo ade peluang jumpe qhaud lagi k...jgn lupe tau...hehehhe

kaka K O K A said...

comel doang adek beradek ;)

JaseMario said...

Atikah nak kenal yer... Boleh aja saya kenalkan..:)

JaseMario said...

Malis... malam tuu x sempatlaa nak sampaikan salam... InsyaAllah kalau saya jumpa Qhaud lagi laaa saya sampaiakan.

Anonymous said...

off white
fear of god essentials hoodie
yeezy 700
palm angels
golden goose sale
supreme new york
yeezy boost 350
off white shoes
off white
air jordan