Rasanya masih belum terlambat untuk mendapatkan AKSI keluaran keempat ini. Ada cerita tentang Qhaud yang seronok untuk di baca. Boleh juga di buat koleksi. Hmm.... Bila dah habis musim AF7 mungkin juga boleh dapatkan tandatangan Qhaud... kan... kan... kan...
Sejurus selepas konsert saya sempat berjumpa dengan 'so called UNSTOPPABLE TEAM'... siapa lagi kalau bukan penyokong kuat Qhaud yang di pelopori oleh keluarga Qhaud terutama ibunya yang saya panggil Kak Nor. Pada yang nak sangat berkenalan dengan Abang Qhaud yang benama Hafiz tuu... hehehe... lihat pada gambar di atas, dia berdiri di sebelah kiri dua dari tepi. Ibunya pula di sebelah kanan sekali yang berbaju putih. Yang menarik kali ini.... para penyokong Qhaud Benar memakai lilitan kepala berwarna hitam tertulis "Qhaud Benar". Ah... Yang Benar, jangan lupa AFUNDI QHAUD hantar ke 32999.
Persembahan kali kedua oleh Qhaud setelah berlaku masalah teknikal di mana jika menonton di kaca TV. Di bahagian tengah persembahan cuma video yang nampak tanpa audio. Saya kira Qhaud pun menggelabah sebab itu kedapatan sekurang-kurangnya 3 bahagian yang Qhaud lupa lirik. Tapi kalau nak dibandingkan, lontaran suara Qhaud untuk kali kedua lebih baik, lebih merdu dan lebih yakin. Dalam masa yang sama... adlib dan alunan 'qasidah semakin jelas yang indah. Seakan Qhaud terus mempraktikkan apa yang di sentuh oleh 'Tok Iti' semasa kritikan sebelumnya. Saya kira..... Ucapan Syabas amat perlu !!!
Satu rangkap Isabella.... "Siang Jadi Hilang....." adalah penyelamat Qhaud yang seBENARnya malam ini. Dengan lontaran suara yang menyakinkan dan lunak menyebabkan ramai yang menghantar AFUNDI lagi. Yes... memang jelas - terang lagi bersuluh yang selain irama etnik, slow rock adalah genre yang sesuai dengan suara Qhaud.
1 comment:
e9w52u3i78 d2q66n8j57 j4n28a2r97 e7i54v4f90 h8r02a5n91 s1j11f2t65
Post a Comment