Gambar-gambar di atas adalah makan malam saya dan Lisa hari ini. Lokasinya pula ialah di IOI Mall, Puchong. Menunya - Nasi Goreng Bawang Putih, Burger Ayam, Teh O Limau Suam & Ais Kelapa Laut. Inilah yang saya katakan rahmat di sebalik perpisahan - Kemaman Classic Kopitiam !!! Sesungguhnya kenyataan tadi tiada kaitan dengan saya. (malas bertanya sesat jalan.. kalau nak tahu kenalah bertanya).
Monday, April 27, 2009
Rahmat Di Sebalik Perpisahan - Kemaman Classic Kopitiam
Gambar-gambar di atas adalah makan malam saya dan Lisa hari ini. Lokasinya pula ialah di IOI Mall, Puchong. Menunya - Nasi Goreng Bawang Putih, Burger Ayam, Teh O Limau Suam & Ais Kelapa Laut. Inilah yang saya katakan rahmat di sebalik perpisahan - Kemaman Classic Kopitiam !!! Sesungguhnya kenyataan tadi tiada kaitan dengan saya. (malas bertanya sesat jalan.. kalau nak tahu kenalah bertanya).
Sunday, April 26, 2009
Seputar Di Rakaman Trek Selebriti Qhaud Benar
Pintu Masuk Rumah Keluarga Qhaud - Rumahku Syurgaku. Ini yang menggamit kami untuk datang. Bukan kami sahaja... ramai lagi. Bukan setakat sanak saudara, rakan2 dan juga penyokong Qhaud !!! Terima Kasih Kak Nor sekeluarga atas jemputan ini. kenyang kami makan tadi.
Sempat lagi Qhaud berposing sebelum rakaman bermula. Tengoklah t-shirt Qhaud tuu... boleh tahan juga rockersnya budak ni. Kira macam Ustaz Thrasher laa nii...
Maka rakaman pun bermula. Jadi saya perlu mengambil gamabar tanpa menggunakan 'flash'. Lihatlah gaya Jimmy tuu... Serious benar !!!
Piano ker Organ. Apa-apalah. Janji... lokasi ini sama juga ketika Tirai AF7 dahulu. Masih ingat tak lagi? Macam serious saja Qhaud menunjukkan bakat... hehehe
Seperti biasa... Jimmy pasti akan terjah ke dapur !!! Dapur rumah Qhaud ni kemas dan bersih. Warnanya pula seakan-akan kegemaran warna kegemaran saya iaitu oren !!! Di dapur inilah Kak Nor tiga beranak (termasuk Apis & Shahir) memasak juadah enak yang kami jamah tadi.
Lihat itu... File AF7 !! Lihat juga lilitan kepala Qhaud Benar !!! Siapa di sarawak tu? Eh... bukan 'girl friend' Qhaud di Sabah ke? Dengar cerita dah nak bertunang bila? OOppsss... Saya serkop jarang jer... Jangan marah ye Qhaud.
Ini pula close-up File AF7 Qhaud. Saya dah tengok isinya... Tapi isinya kan 'Private & Confidential'. Maka... 'For My Eyes Only'lah...
Oik... bila pulak si Qhaud ni tukar baju? Ok; Qhaud Benar Sekali Lagi sebelum pulang....
Saturday, April 25, 2009
Cupcake of Love !!!
Tak Mungkin Kerana Sayang The Video - Alyah
Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Nota Jase : Alyah... rasanya macam pernah masuk OIAM. Pernah juga merakam album sebelum ini rasanya. Artis EMI kalau tak silap saya. Lirik lagu ini biasa-biasa sahaja meskipun ditulis oleh Kak Chah. Frasa-Frasa dan perkataan yang digunakan seperti diulang-ulang daripada lagu-lagu cinta yang lain (dalam kata lain macam 're-cycle'). Melodinya pula... cukup mudah dan indah. Apa-apapun lagu ini memang 'easy listening'. Video klip... yang agak murah tapi nampak 'kellasss'. Saya cuma paling minat pada... "begitu hidup kita, tiada yang abadi", membuatkan rasa insaf seketika. Lagi satu... betul juga, sesekali pasti akan teringat akan kenangan lama... diganggu oleh kenangan lama... tapi bukan semua kerana sayang... cuma gangguan perasaan saja kan? Lagipun kan kotak fikiran kita ini penuh dengan memori dan nostalgia.
Satu Penghargaan - Dato' Khadijah Ibrahim
Minggu Lepas semasa Konsert Ke-6 AF7 saya sempat bertemu dengan Dato' Khaty... Jadi sempatlah saya mendapatkan tanda tangan beliau untuk CD Kompilasi yang baru diterbitkan ini. Nak di jadikan cerita; Dato' Khatypun sebenarnya tidak sedar akan kehadiran kompialsi ini di pasaran. Banyak juga lagu yang sedap-sedap yang terdapat di dalam CD ini; bayangkanlah EP (piring hitam) pertama (Dato') Khaty, ketika itu diterbitkan dalam tahun 1979 - sudah lebih 30 tahun jaraknya. Tentu kita masih ingat lagi dengan lagu 'Tangisan Hati Yang Derita', 'Ku Gembira Disamping Mu', 'Ku Sangka siang Kiranya Malam' dan 'Surat Terakhir'. Namun begitu lagu kegemaran saya hasil daripada Dato' Khaty sebenarnya ialah 'Hijrah Percintaan'. Bagi saya lagu ini amat 'perfect'. Yang ralatnya... dalam banyak-banyak lagu yang dimuatkan ada satu lagu patriotik Dato' Khaty yang ditinggalkan... saya tidak ingat tajuknya tetapi bait liriknya ada yang berbunyi... '... Oh Malaysia, Indah Mempersona, Terpikat Hati Ku Padanya... Oh Malaysia Takkan Kun Lupa...' Itu saja yang saya ingat... Mendiang Broery juga ada merakamkan lagu ini. Ada pembaca yang tahu akan lagu ini?
Wednesday, April 22, 2009
220409 = 10 X 8
Bahagian Pengembangan Sastera DBP buat julung-julung kalinya menganjurkan Festival Drama 10 Minit. Dengarnya festival ini bertujuan untuk menarik minta karyawan drama muda dan baharu untuk menghasilkan drama pendek yang berkualiti kantaran menjadikan DBP & Stor Teater DBP sebagai wadah kegiatan penggiat teater/drama tanah air. Di malam pembukaan ini saya dan Lisa telah bergegas ke Stor Teater DBP. Kami agak terlewat 5 minit kerana ketika memasuki ruang teater, drama Mico Yo-yo yang menghidangkan durian Gred 24 telah bemula. Drama arahan Dr Wong Oi Min dari Aswara ini antara lain mengisahkan mangsa buli yang tidak pernah membalas perbuatan rakan-rakannya. Namun begitu satu peristiwa yang terjadi yang kemudia telah mengubah perhubungan mereka... Jika berminat; pementasa bermula jam 8.00 malam. Tiket masuk dengan membeli brosur berharga RM10.00... murahkan?
Kotak Hari Jadi arahan Noor Hasnah Adam & Wan Hadad dengan tiga orang pelakon agak rumit. Parodi hari jadi yang mengisahkan tentang hadiah hari jadi mengupas soal kelahiran dan tujuan kehidupan. Anak-anak kecil telah di arahkan oleh datuk mereka untuk menvcari kotak yang penuh misteri.
Amir Amar pula agak 18SX. Pementasan dari Kumpulan ASWARA ini di arahkan oleh Amar Asyraf Zailuddin. Cerita mengenai pasangan kekasih terlarang ini terlalu posesif hinggakan membawa kepada pembunuhan. Namun gerakan pemegang watak ini menarik minat saya. kreatif dan penuh dengan nilai astetika yang tinggi.
Kencing Peluh. Sinis adan lucu. Meskipun boleh di jangka epilognya tetapi ia dipersembahkan dengan penuh gaya dan dramatik Bayangkan dengan hanya satu panggilan telefon; penipuan dan kekecohan berlaku demi wang ringgit. Situasi temuduga penuh dengan tipu muslihat !! Syabas kepada para pelakon.
Bagi saya ini merupakan drama yang paling tiada tarikan. Di tambah pula dengan simpton lupa dialog yang begitu ketara bagi kedua-dua watak. Drama Peristiwa Malam Itu ini adalah daripada Kumpulan Teater Badan Budaya DBP. Ceritanya pula berkisar kepada kisah seorang anggota polis menjejaki seorang penjenayah yang sedang bersembunyi di atas bumbung sebuah restoran. Boring kan?
Jika diukur dari gemuruhnya tepukan... Drama ini wajar menduduki tempat pertama. Apabila Ilham Menjelma adalah sebuah drama yang amat mudah. A. Nasir adalah seorang pencipta lagu yang kebuntuan idea. Lia adalah kekasihnya yang sering di abaikan dek kerana masih mencari ilham buat hantaran pernikahan. Begitu lelucon kerana A. Nasir asyik menulis lirik hasil daripada kekecohan diantara beliau dengan Lia sambil di bantu oleh orang tua yang cuma taghu menulis jawi !!!
Nota Jase (lagi) : Festival Drama 10 Minit ini akan tamat pada 25 April 2009. Ada masa lagi untuk menonton. Secara keseluruhan sebanyak 16 Naskhah akan dipentaskan. Jangan begitu menaruh harapan yang tinggi. Ini bukan produksi PGL The Muzikal !!! Konsepnya amat mudah, durasi drama cuma 10 minit sahaja. Ini merupakan persembahan TEATER, jangan risau kerana ia bukan MONODRAMA. Set dan propnya amat ringkas, mudah, murah dan peralihan props cuma mengambil masa yang amat-amat singkat !!!
Tuesday, April 21, 2009
Bawaku Terbang & Terima Kasih Arns !!!
Antara lagu kegemaran saya tahun lalu. Tapi tiba-tiba terminat kembali pula. Tentu ada sebabnya. Di kala gembira tentu saja kita berasa seperti di awang-awangan.. persis tumbuh sayap lantas terbang penuh bebas tanpa sempadan. Amboi... Metafora. Lagu ini memang membawa mesej yang membahagiakan. Kepada anda yang saya kenalkan dengan lagu ini boleh cuba-cuba dengar, mana tahu jatuh minat juga seperti saya.
Jap... Ada lagi satu mesej untuk Arns... Rakan Fasilitator Program BAKTI. Terima kasih banget kerana mengenalkan saya dengan satu laman sesawang yang 'cool' Sabtu lalu yang mana telah merubah sedikit sebanyak BLOG saya kini. Nanti kalau jumpa mana-mana 'gadgets' yang 'cool' lagi jangan lupa berkongsi ya !!
Monday, April 20, 2009
Jom Teater !!!
Bermula dari 21 - 25 April ini.... ESOK laaa.... DBP akan menganjurkan Festival Drama 10 Minit. Hantu Teater ??? Boleh dikatakan juga; meskipun sebenarnya saya memang tidak pernah menggiatkan diri dengan teater hatta sejak dari bangku sekolah sehinggalah menamatkan pengajian di menara gading. Suka menonton sahaja sebenarnya... kiranya lagi tersirat teater itu lagilah suka saya menontonnya. Sebanyak 8 naskhah teater akan di pentaskan setiap malam bermula dari jam 8.30 malam di Stor Teater DBP, Kuala Lumpur. Ada beberapa nama besar yang terlibat; antaranya U-Wei Haji Saari dengan naskhah KUTIPAN, Hello ! Nama Saya pula oleh Norzizi Zulkifli dan gandingan Amar Asyraf Zailuddin & Marlia Musa akan mementaskan Amir Amar. Belum lagi memutuskan bila saya akan menonton... pokoknya perlu berbincang dengan Lisa dahulu. OK... ini makluman sahaja... Kalau berminat apa lagi... Derapkan langkahmu !!!
Sunday, April 19, 2009
Seruan Sebelum Tersingkir !!!
Entry ini sebenarnya cuma ingin melengkapkan koleksi semua persembahan Qhaud ketika masih di dalam Akademi. Yes... sedikit sebanyak dengan persembahan mantap Qhaud malam tadi... telah meningkatkan sedikit graf saya untuk meminati lagu Seruan. Tadi saya terbaca di satu laman blog yang mengatakan sikap merendah diri Qhaud telah menyenangkan ramai wartawan dan mereka kira ini merupakan aset utama Qhaud untuk melangkah lebih serius di dalam arena seni tanah air. Entah bila saya dapat membuat entry mengenai Qhaud lagi. Mungkin saya akan dapat bertemu Qhaud lagi di Konsert Akhir kiranaya semua peserta dibenarkan untuk membuat persembahan. Namun begitu saya kira Qhaud tentunya akan muncul di dalam beberapa program Astro Ria... yang utama tentunya Trek selebriti bersama Jimmy Shanley. Kita nantikan sahaja sambil berdoa agar langkah Qhaud dipermudahkan, insyaAllah.
Qhaud Tersingkir..... Bermaruah !!!
Saturday, April 18, 2009
Kami Sahut Seruan Qhaud
Gigil menggigil aku
Ku dengar suara kebesaran
Terbangun dari tidurku
Suara azan berkumandang
Terketar ketika itu
Manakah arah tujuan
Berlinang air mataku
Menitis ke bumi penyesalan
Garis panduan tiada ku hindari
Ajal sentiasa tanpa kusedari
Baru kumengerti erti kehidupan
Mengenal diri dalam kehidupan
Tiadalah aku
Bawalah aku hampir kepada kepadamu
Jalan sebenar mengikut arahmu
Ya Tuhanku
Nota Jase : Setelah lama berfikir.. baru saya perasan kenapa lagu ini agak dekat dengan saya sedangkan sebenarnya saya tidak minat langsung lagu ini. Jika di sebut nama Lefthanded, lagu-lagu yang selalu bermain di ruang fikiran saya tentulah seperti Ku Di Halaman Rindu, Lagenda Cinta, Tiada Lagi Kidungmu, Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi, Debunga Wangi dan Maya Persada. Akhirnya saya mendapat jawabannya... Lagu Seruan sebenarnya adalah lagu kegemaran Mawi !!! Malam ini kita bakal menyaksikan Qhaud mendendangkan lagu ini di Konsert Ke-6 AF7 bersama Otai Lefthanded. Belum pasti apa yang akan berlaku... Tetapi saya amat mengharapkan satu MAGIKA akan berlaku, mungkinkah Qhaud akan menjadikan saya meminati lagu ini selepas ini? Tunggu dan lihat... !!!
Kita Bertemu Lagi ABPBH !!!
Friday, April 17, 2009
Harapan Sejak 4 Tahun Lalu Terlaksana !!!
You will experience the ultimate skydiving simulator fly in winds up to 193 km/hr in the one and only wind tunnel in Asia!
Our very experienced and friendly Body Fly instructors are at your service... To make your flight reservations, please call (603) 6105 9011.
Mengikut 'legendanya'... sudah 4 tahun saya menunggu saat manis ini. Setiap kali mengunjung ke Genting Highland semasa ABPBH sejak 2006 selalu saya menjenguk di Genting Sky Venture untuk mencuba (saya cuma ke Genting setiap tahun ketika ABPBH sahaja tau...). Namun jawabannya mengecewakan - tidak pernah ada kesempatan. (Tiada slot kerana ada group booking samada oleh pengunjung tempatan ataupun luar negara). Namun tahun ini alhamdulillah - memang tahun saya. Mendaftar dan terus boleh masuk, hebatkan. Berkat kesabaran mencuba selama 3 tahun maka di tahun ke-4 hasrat saya benar-benar tercapai. Benar Benar - macam lagu Adam AF2 lah pulak. Terima kasih kepada Lisa yang mengingatkan, menunggu sehingga proses selesai dan juga panik sebab aktiviti ekstreme ini memang agak membahayakan tetapi amat menyeronokkan. Bayangkan anda di tiup angin selaju 193 km/jam. Wow... satu pengalaman yang amat sukar untuk dilupakan. Jika ingin merakam memori belilah DVD anda semasa terapung yang dirakamkan. Kalau singgah di Genting... cubalah !!!
Terima Kasih Rabbani....
Setelah diperam oleh Asri lebih sebulan... barulah saya mendapat kembali CD ini. Tak pe Asri... janji... dapat tandatangan tuu. Seingat saya... saya titipkan CD ini semasa di Stadium Malawati Februari lalu semasa Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul. Tapi itulah... bukan senang untuk mencipta pertemuan kerana masing-masing sibuk. Nasib baik Genting & ABPBH memetri janji. Alhamdulillah... OKlah Asri... jenguk-jenguklah Blog saya... Ahaks !!!
Thursday, April 16, 2009
Siti Situ Sana Sini....
Bila sudah selesai temu bual tersebut maka saya pun terpaksa menunggu giliran untuk bergambar dengan beliau. Meskipun ramai yang menunggu, Datuk Siti tetap mengambil kesempatan ini untuk melayan para peminat yang menunggu. Hmm... ramai jugak ye peminat yang terlepas ke post party ye... hahaha. Eh... ini gambar saya bersama Datuk siti yang ke berapa ye? Jap... sebelum terlupa, dalam ruang singkat itu semapat lagi saya samapaikan salam seorang sahabat dari terengganu/pahang kepada Datuk Siti, katanya masa belajar dahulu tidak pernah terlepas persembahan Datuk Siti. (Dah.. langsai hutang, ok)