Monday, June 2, 2008

Sparkling Korea (Siri 6) - Break Out With Mawi




Menonton persembahan Break Out ini merupakan acara terakhir yang melibatkan Mawi. Kerana selepas ini tiada lagi acara yang melibatkan Mawi sebelum rombongan berakhir keesokan harinya. Mawi pula akan terus bersama Heliza sibuk membuat 'shooting' untuk program makanan halal di Korea yang dengar ceritanya akan di tayangkan di Astro Oasis bulan puasa ini. Mawi juga akan pulang ke Malaysia lewat sehari iaitu Hari Khamis (29 Mei 2008). Kenapa saya tak tahu awal-awal? Kalau tak sayapun pulang lewat sehari... Hahaha.


'Break Out' mengisahkan tentang 5 orang banduan yang cuba untuk melepaskan diri dari penjara dengan pelbagai aksi lucu. Apa yang menarik ialah persembahan teater tanpa dialog ini cuma menonjolkan kreativiti 'non verbal communication, lawak slapstik yang high class, muzik dan gerak tari break dance yang hebat. Tag Line yang digunakan - 'Extreme Dance Comedy' menang tepat sekali. Proses melarikan diri yang dipamerkan adalah diluar imiginasi kita dan yang paling terpesona iala apabila mereka keluar melalui terowong bawah tanah dimana semua menjadi seperti puppet (kepala besar badan kecil) dan juga kareografi scene bersama dengan dengan kereta (ala-ala Grease). Para pemain watak utama ialah Grey, Joker, Lump, Dandy dan Tricky. Dibantu oleh Gundog, Swat dan pelbagai watak Beautiful Women dari polis wanita, jururawat hinggalah nun/biarawati !!!


Persembahan selama 1 jam 10 minit itu terasa sekejap sekali. Tapi jangan tak percaya, 5 minit terakhir masih lagi harus ditonton dimana kejutan helikopter, beat box dan tarian penuh bertenaga. Teater ini juga pernah memenangi berbagai anugerah di peringkat antarabangsa.


Apa penglibatan Mawi? Percaya atau tidak, para banduan telah menjadikan Mawi sebagai tebusan di mana mereka telah meletakkan bom jangka di badan Mawi. Nasib baik berjaya dinyahaktifkan oleh pasukan Swat !!! Kalau tak pasti Suzy, Cikgu Jah dan Cute juga akan menangis melihat Mawi meletup di pentas.... Kwang 3X.


Nota Jase : Bagi yang menonton Langkah Mawi World ke Korea, jika tak silap saya Mawi menonton Jump (juga menarik - saya pernah menonton preview Jump di DFP, KLCC). Bijak betul Mawi, kali ini Break Out pula. Kira satu lawatan satu teaterlah. Hahaha....


No comments: