Wednesday, June 25, 2008

The Happening @ GSC Alamanda

Kepada mereka yang belum tahu, GSC telah membuka satu lagi cineplex di Alamanda. Ini merupakan kali pertama saya menonton wayang di sini. Tiket Hari Rabunya pun murah... RM6 sahaja sekeping. Panggung wayangnya pun selesa.... setaraf dengan GSC KL Pavillion juga. Mungkin Putrajaya agak jauh... tapi tak jam kan, itulah bonus point untuk Alamanda dan Putrajaya.


The Happening menaruhkan dua nama besar; M Night Shyamalan sebagai penulis dan pengarah dan juga Mark Wahlberg sebagai tonggak utama. Idea untuk cerita ini amat bijak dan bernas sekali. Apa tidaknya... gas beracun yang dihasilkan oleh tumbuhan iaitu neurotoksin di mana sekumpulan manusia yang menghidu gas beracun ini akan berpewatakan pelik, mengalami kecelaruan fikiran dan bertindak nekad membunuh diri sendiri. Pelbagai teori muncul akibat fenomena ini... termasuklah tindakan pengganas (tipikal American). Namun seperti biasa... M Night Shyamalan tidak akan memberikan kita jawaban yang mudah, atau tidak akan memberikan jawaban langsung maka... 'twist' akan berlaku di akhir cerita. Ingat akan The Sixth Sense dan Unbreakble? Begitulah juga The Happening.
Cerita ini bermula dengan Elliot (Wahlberg) seorang guru sains cuba untuk menyelamatkan isterinya, Alma (Zooey Deschanel) dna juga Julian (rakan sekolah - juga guru matematik) bersama anak Julian (Jess) cuba mencari perlindungan di tempat yang lebih selamat tanpa menyedari mereka akan terperangkap. Cerita ini cuma mengambil masa sekita 1 hari sahaja.
Kalau nak tahu betapa dramatiknya cerita dari genre drama/thriller ini kenalah ke panggung.
Bagi saya, jalan ceria yang menarik, lakonan hebat oleh Mark Wahlberg dan Betty Buckley (Mrs Jones) meskipun kekadang terasa seperti Indie Movie. Memang layak ditonton...!!!

No comments: