Semalam... Maka selesailah saya mengkhatam JIBAM untuk kali kedua setelah lama tertangguh. Ye... Lah, setelah sekian lama terperap di 'workstation' saya hampir 3 bulan, YES... saya memborong novel ini semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bulan April yang lalu. Tambahan pula... Joseph Brodsky, Penerima Anugerah Nobel Kesusasteraan pernah berkata, "Terdapat jenayah yang lebih buruk daripada membakar buku. Salah satu daripadanya ialah tidak membacanta", terasa amat bersalahlah pula saya. Seingat saya novel hasil tulisan Abang Ujang ini teramatlah popularnya ketika saya masih di kampus. Kalau tak silap saya, pertama kali novel ini memaut minat saya sekitar tahun 1993-94. Itupun setelah saya ternampak naskhah yang hampir lunyai di bilik serang rakan lantas membacanya sehingga tamat dalam masa sehari suntuk, yang mengakibatkan saya terpaksa skip kuliah dan tidak tidur atau makan. Ini memang 'masterpiece' Abang Ujang. Menggunakan Tagline... "Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau akan mengerti"; memang amat 'inviting' sekali. Yang menariknya lagi, saya cuma ingat ending dan beberapa wataka penting sahaja ketika membaca kali kedua novel ini. Yang lainnya kabur. 14 tahun memang suatu jangkamasa yang lama.
Dengar khabarnya, novel JIBAM telah dilayar perakkan beberapa tahun lalu. Mungkin saya ketinggalan agaknya. Tajuknya JIBAM The Movie. Siapa pengarahnya, penulis skripnya, pelakonnya? Siapa yang memegang watak Jibam, Tok Ngah Sudin, Suman, Usup Kidung, Fakir, Piah, Miah dll.
Kepada rakan seangkatan yang pernah membaca Novel ini, tentunya entry ini menggamit memori. Kepada yang belum pernah membaca... apa lagi inilah masanya untuk mengenali siapakah Jibam.
2 comments:
Acik, nak pinjam?
Bila nak? Bila nak jumpa? Leh kirim kat Naz or Aizan aje?
Post a Comment