Friday, June 13, 2008

Dapur Untuk Darfur


Inisiatif Tabung Dapur Untuk Darfur rasanya macam sudah lama dilancarkan. Seingat saya semasa saya mengikuti Treasure Hunt Mawi KL > Ipoh tahun lalu (bulan Ogos), sudahpun ada program ini. Ingatkan dah habis.. Rupanya tidak. Tiba-tiba ketika saya hendak bersolat jumaat di Masjid KLCC tadi, ada pula pengutip derma bersama tabung dan brocure ini di luar masjid itu. Sesungguhnya saya belum menderma lagi, tapi saya ingin mengajak mereka yang mempunyai kelapangan untuk menghulur derma. Siapa lagi Spoke Person untuk program ini kalau bukan Mawi dan lagu "InsyaAllah" telah dipilih sebagai lagu tema. Program ini adalah anjuran Dewan Pemuda Masjid Malaysia & TV3.
Macam mana nak menderma? Hmm... cuba masuk website ini : www.pemudamasjid.com cuba lihata apa yang ada kat wesite tu.
Ada lagi yang menarik? Cam ni... Jika sumbangan mencecah RM50.00 kita akan mendapat cenderamata berupa diari 2008 yang bergambar Mawi. Tak cukup dengan itu, kalau nak t-shirt bergambar Mawi, dermalah RM100.00 !!! Jom !!!
"Syukur nikmat Tuhan yang kita perolehi selama ini, dengan membantu mereka yang hidup dalam derita dan sengsara. Menyumbanglah kepada TABUNG DAPUR UNTUK DARFUR..." Mawi.