Sunday, November 13, 2011

Ezad Kembali !!!



Semasa kegemilangan Ezad bersama dengan Exist saya tidak pernah bertemu muka dengan Ezad. Begitu juga apabila Ezad mula menempah nama sebagai pelakon anak mami bersama Prof Razak Mohaideen; juga tidak berjaya menemukan saya dengan beliau. Meskipun agak lama menyepi, ucapan terima kasih perlu di hadiahkan kepada MVM dan Universal Music Sdn Bhd kerana telah memasarkan album terbaru Ezam Lazim (Ezad telah menjenamakan semula nama beliau) yang berjudul 'Mengharap Bintang' yang bukan sahaja mengandungi trek lagu-lagu hits beliau yang terdahulu (seperti 'Dirantai Digelangi Rindu', 'Mengintai Dari Tirai Kamar' & 'masih Terserlah Ayumu') tetapi juga sebuah lagu 'berhantu' PERCINTAAN INI' yang amat syahdu dan indah sekali. Juga terima kasih kepada AIM yang menemukan saya dengan Ezad yang juga orang KEDAH DARUL AMAN !





No comments: