Sunday, November 13, 2011

Sempat Bertemu Adik Saya !

Siapa sangka Alif Satar telah menghasilkan album kedua beliau yang berjudul 'Lelaki Seperti Aku'. Meskipun menunjukkan sedikit sisi kematangan Alif tetapi masih dalam kepompong santai, 'simple', 'catchy' dan mudah di dengar. Lagu 'Lelaki Seperti Aku' meskipun bukan kesinambungan 'Jangan Nakal' tetapi seakan 'trade mark' kepada Alif pula dengan lagu-lagu sebegini. Album ini mengandungi 7 buah lagu. Sekurang-kurang ada 3 lagu yang amat saya suka iaitu 'Lelaki Seperti Aku', 'Rapuh' dan 'Dalam Sunyi'. Memang sudah lama saya tidak bertemu Alif, (janji nak makan kari kambing Alifpun belum tertunai); berjumpa di AIM dapatlah mengubat sedikit rindu. Sebelum ini kami hanya berBBM sahaja, itupun selalunya pasal 'Suria di Cordoba'. Kan... Kan... Kan...


No comments: