Sunday, December 19, 2010

Cinta & Air Mata



Sudah lama sebenarnya saya dihadiahkan CD Cinta & Air Mata ini oleh pemiliknya. Saban hari saya seperti 'terbeban' untuk memberi pandangan tentang lagu ini. Bukan di paksa atau terpaksa, cuma setulusnya saya memang berniat untuk melahirkan pandangan sekadar mampu terhadap lagu dan penampilan Bahrain untuk 'single' kali ini. Ada, pada suatu hari itu saya mendengar lagu ini lebih daripada 10 kali untuk mencari 'Faktor Wow'nya. Saya kira dari segi komersial, saya lebih menyukai lagu 'Kau Bagaikan Udara'. Namun begitu, lagu ini amat istimewa kerana pertamanya, buat julung-julung kalinya seorang penyanyi berjaya menampilkan Guru Vokal terkenal, Siti Hajar untuk berpadu suara dengan beliau. Dek kerana terpampang nama Siti Hajar di kulit cakera padat, maka tentulah kitapun menaruh harapan yang tinggi kepada lagu ini. Keistimewaan kedua pula saya kira kepada maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh penyanyi dan penulis lirik lagu ini. Sekilas terdengar, ianya seperti lirik cinta biasa, namun jika ditelek dengan mendalam cinta sebenar yang dimaksudkan ialah kepada Kekasih Allah s.w.t., iaitu Baginda Rasulullah s.a.w. Begitulah hakikatnya.

Saya amat berharap agar lagu ini berjaya diputarkan di corong-corong radio swasta yang makin ligat mengejar 'rating'. Agar lebih ramai yang dapat menikmati hasil yang tulus mulus ini.

Untuk Bahrain - Tahniah !!!

No comments: