Monday, December 20, 2010

IDOLAKU Mawi !



Sejak bila Mawi Pandai meniup seruling ini?


Kalau Kompang memang sahlah Mawi boleh memukul rentaknya...






"Menanti Hikmah" adalah Single Terbaru daripada album ini. Lagu ini juga adalah Lagu Tema kepada Drama Berantai "Seruan Pulau Nami". Bagi tahun ini, Lagu "Menanti Hikmah" saya kira adalah antara Lagu Terbaik bagi menutup Tirai 2010. Sebuah lagu yang agak berbeza dendangan Mawi. Sentimental, ala-ala lagu Korea. Dendangan Mawi juga lebih merdu untuk lagu ini.

Ini merupakan gambar terakhir yang saya sempat rakamkan bersama Mawi tahun ini...:)

Nota Jase :
Buah nangka yang ditunggu akhirnya gugurnya. Setelah hampir 2 tahun peminat Mawi menunggu akhirnya terbit juga buah tangan Mawi yang telah lama disebut-sebut ini. Yang dimaksudkan ialah album terbaru Mawi yang diberi judul Idolaku. Memang sudah lama disebut-sebut.

Album ini mengandungi 15 trek dan ditampilkan dalam tiga kategori iaitu lagu-lagu lama yang diterbitkan semula, lagu lama yang dirakam semula secara berduet dan lagu baru. Antara lagu lama yang diterbitkan semula ialah "Lagu Jiwa Lagu Cinta" dari album perdana Mawi, Lagu Raya Mawi "Ayah Aku Rindu Padamu" dan "Ya Salam" (duet Mawi bersama Yasin) dari Album Satu Dalam Seribu. Sementara Lagu-lagu lama yang dirakamkan secara berduet dengan penyanyi asal/idola Mawi termasuklah "Dari Kekasih Kepada Kekasih (duet bersama Hattan), Rela Menanti (duet bersama Fauziah Datuk Ahmad Daud (asalnya Ogy berduet dengan Ebby Saiful)) dan 'Menyesal Tak Berguna" duet beliau bersama Jay Jay. Dalam pada itu Lagu "Geram" nyanyian asal Black Dog Bone dinyanyi semula secara berduet oleh Mawi bersama Aznil (Ya... Pak Nil). Sementara lagu baru solo dendangan Mawi ialah Menanti Hikmah dan Barangkali.

Album ini memang wajar dimiliki oleh semua peminat Mawi !!!

1 comment:

Anonymous said...

boleh tak uploadkan gambar belakang cd ni..tq