3hb Ogos 2008 merupakan hari yang paling padat untuk saya. Sudahlah semalam (2/8/08) saya cuma dapat tidur lebih kurang jam 1.30 pagi kerana meng'update' blog. Pagi ini pula perlu bangun awal untuk sarapan, baca surat khabar dan bergegas ke LCCT untuk mengambil Lisa. Sampai di LCCT lebih kurang jam 10.45 pagi, kira ontimelah tu. Kemudian terus balik rumah untuk ONkan lampu 'porch' kerana dijangka akan cuma pulang semula kerumah sebelah malamnya. Lepas tuu.. terus bergegas ke Ampang untuk menghantar pesanan Meda. Tak sampai 15 minit, tak sempat bersembang panjang... dah kena hidupkan enjin semula kerana jam telah menunjukkan pukul 12.50 tengah hari. Kami perlu sampai ke Restoran Jejantas Sungai Buluh Arah Utara jam 1.30 petang (atau paling lewat 1.40 petang) setelah jadual di awalkan dek kerana ada antara kami yang perlu menonton Senandung Muhibah di Angkasapuri jam 8.30 malam.
Saya dan Lisa sampai lebih kurang jam 1.20 petang. Dek kerana lapar saya beli Donut + Kopi dahulu (aduh kenapa J.Co tak ada kat sini). Lisa terus solat. Usai solat saya terus memecut ke Esso (macam jauh sangat) sebab dah dapat sms dari KY, ada yang dah menunggu di sana. Hmm... kami akan berkonvoi lima buah kereta (sahaja?). Ada BMW, Inokom, Mitsubishi dan kereta kebanggaan rakyat Malaysia Proton. Ada Tuan tanah... Abg Burn & Kak Husna sefamili, saya dan Lisa, Mael & Nadia, Lynn + KY + Cikgu Jah dan Rafizah + Rafidah. Yang agak lambat dan terpaksa mengejar kami hingga sampai ke Tol Tanjung Malim. Kami mula memaju roda kira-kira jam 1.50 petang. "Tanjung Malim !!! Here we serbu"
Setelah menempuhi jalan yang penuh ranjau berdebu... terutama untuk kereta kami yang bukan 4WD nii... akhirnya sampai ke dusun Abg Burn & Kak Husna lebih kurang jam 2.50 petang. Masing-masing teruja melihat 'Bed of Durians' yang dah tersedia menunggu kami untuk menjamah mereka. Sebenarnya famili Abang Burn yang lain dan penjaga kebun (warga seberang) memang sudah berada di sana. Jadi tak cukup dengan durian.... kelapa pandan, rambutan, pulasan, cempedak dan manggis pun dah tersedia. Setelah menghampar tikar kamipun tanpa berlengah lagi menjamulah selera. Saya baru tahu ada yang mengosongkan perut dari pagi... ahaks, kantoi !!! Menu pertama ialah mee goreng Kak Husna... Kesian cikgu yang dok menggali taugeh. Tapi semua makan sikit jer mee goreng Kak Husna nii... bukan tak sedap, tapi panggilan Dak Doyan tuu lagi mengancam... Memandangkan saya duduk di hujung sekali... maka setiap kali abang Burn mengopek durian... sayalah yang akan jadi QCnya. Namun... semua buah yang dikopek sedap-sedap belaka. Implikasinya... saya kekenyangan paling teramat sangat sekali !!!
Seingat saya... habis pusingan pertama kami makan... semua dok sibuk berposing mengambil gambar sekitar kawasan dusun yang cantik, menarik lagi tetarik ini. Seperti biasa acara berposing pasti akan dimulakan oleh Lynn & KY; yang selalu menang 'amazing race' bab-bab mencari lokasi menarik untuk berposing ni. Sambil berposing kami mengutip rambutan dan pulasan juga. Terutama si Mael dan Nadialah.
Masuk round kedua... saya mengeluarkan beberapa petua... ooppss 'pemuda' yang berkaitan dengan durian. Antaranya ialah, kalau tak nak bagi tangan berbau durian lepas makan, kita perlu basuh tangan dengan air yang dialirkan melalui kulit durian. Untuk menyejukkan badan pula... perlu makan manggis selepas selesai makan durian. Kalau susah sangat minum jer air badak tuu...
Setelah semua kenyang.... kami bukan sahaja bergotong royong membersihkan kawasan (yo...yo... aje) kami juga membersih semua buah-buahan yang ada dengan memasukkan buah-buah tersebut ke dalam kereta kami. Baik sungguh hatimu berdua wahai Abang Burn dan Kak Husna, dah ler bagi makan free... siap boleh tapau lagi. Hahaha. Masa nak bawa balik durian ni... semua dah tak kisah dah kereta berbau...., apa nak susah... habis pokok pandan Abang Burn kami tebas !!!
Lagi satu... lupa nak cakap.... Kalau nak tahu... si KY ni makan durian pakai sudu... betul... lupa nak snap gambar !!!
Kami semua bergegas pulang lebih kurang jam 5.00 petang. Semua nak balik cepat sebab ada yang nak ke Angkasapuri iaiatu 'hard core' Cikgu Jah yang ada date ngan 'Che Wiwi' dan Kak Husnalah (calon Top 20, hehehe).
Dalam perjalanan balik yang di lead oleh Mael.... dia buat hal pulak.... mabuk durian agaknya sampai sesat kami 4 kereta yang mengekori beliau. Nasib baik saya ni teror sikit pi tanya Abang Polis yang dok tengah tension menangkap orang salah dengan parang tuu, hahaha. Selamat kami pusing balik.
Semuanya menepati masa. Sempat lagi balik rumah untuk punggah buah-buahan, mandi dan solat maghrib. Sampai di Angkasapuri jam 8.10 malam. Masuk Auditorium Perdana dan enjoy the konsert... terutama untuk dua lagu terakhir. Hehe..
Saya bagi 4.0 kat durian Abang Burn dan kak Husna (ABKH).... "Passed with flying colours".
2 comments:
jase.. dalam tapau2 nek penoh bonet ngan sit blakang tue, takdek ke yg dikirim utk org klg n shah alam.. huhuhuhu.. kempunan tau??
burppppp.. kenyang tengok!
Jom aa gi lagi ahad ni. Same time, same place. Rendezvous at Restoran Jejantas Sg Buluh Arah Utara. 1.40 pm. Ahad ye..
Post a Comment