Sunday, April 24, 2011

Banjir Buku Melanda KL Lagi...






Saban tahun ini adalah acara tahunan untuk memborong buku untuk bacaan setahun. Saban tahun juga ini adalah sanggar untuk bertemu dengan penulis yang saya ikuti karya mereka. Namun kali ini dek kerana jadual yang tidak mengizinkan saya tidak berjaya untuk bertemu dengan Dr Faisal Tehrani dan Ramlee Awang Murshid. Namun begitu buat kali pertama saya dapat bertemu dengan Amir Muhammad (Yasmin Ahmad's Films), penulis novel sejarah Islam (Tn Hj Abdul Latip Talib dimana saya turut membeli naskhah Hulagu Khan) dan juga Ustaz Personaliti TV - Rohidzir Rais dimana saya mendapatkan buku Khutbah Rasulullah. Untuk kali ketiga saya bertemu dengan En Isa Kamari (novelis Terulung Singapura, kali ini saya mendapatkan novel terbaru beliau Duka Tuan Bertakhta).

Lama juga saya dan Lisa melepak di PBAKL 2011, hampr 5 jam !!! Sudahnya 10 Novel/Buku, 2 CD Zain Bikha dan 4 Majalah telah saya borong !!!

Senarai penuhnya adalah seperti berikut :

01. Yasmin Ahmad' Films - Amir Muhammad
02. Pecah - Khairulnizam Bakeri
03. Sutera Bidadari - Ramlee Awang Murshid
04. Rindu Eropah Tawan Damascus - Munir Ramli
05. Ranah 3 warna - A. Fuadi
06. Hulagu Khan - Abdul Latip Talib
07. Khutbah Rasulullah - Rohizir Rais
08. Sebongkah Batu di Kuala berang - Faisal Tehrani
09. Travelog Syahadah - Muhammad Rashidi Abdullah
10. Duka Tuan Bertakhta - Isa Kamari
11. 1415 The Beginning - Zain Bikha (CD)
12. Faith - Zain Bikha (CD)
13. Libur Mei 2011 (Majalah)
14. Anjung Seri Mei 2011 (Majalah)
15. Anjung Seri Bonus (Bilangan 10) (Majalah)
16. Majalah I Nov 2010 (Majalah)


Berjumpa lagi di PBAKL 2012 !!!

No comments: