Wednesday, April 13, 2011

Timbunan Buku di PWTC



Antara aturcara rasmi tahunan saya ialah PBAKL. Selalunya akan menjelajah PBAKLlebih daripada 2 kali setiap tahun; iaitu di tengah minggu (yang agak kurang pengunjung) dan juga hujung minggu (yang penuh sesak dengan anak-anak sekolahan). Medan untuk bertemu Dr Faisal Tehrani (antara penulis terulung anah air). Tambahan pula tahun ini terdapat sekurang-kurangnya 4 karya beliau yang baru dipasarkan (antaranya 3 X Seminggu, Sebongkah Batu di Kuala Berang dan 1515 (English), jadi tentulah naskhah-naskhah hebat beliau akan dijual di PBAKL 2011. Bagaimana pula dengan Ramlee Awang Murshid? Saya kurang pasti. Yang pasti Rayyan Fantasi... telah habis saya baca. Masih menunggu nukilan terbaru !!! Jika hendak membeli bahan bacaan memang sedang elok kerana terdapat diskaun (atau diskon di Seberang) yang kadang kala hampir 'hilang akal' dibuatnya.


Adakah A Fuadi dan Andrea Hirata akan tampil lagi? Tunggu saja... Yaa... pertama kali jatuh cinta dengan lagu-lagu Maher Zain di sini; di PBAKL 2010 !!! Jom kita buat temu janji dari 22 April - 1 Mei 2011 di PWTC !!!

No comments: