Friday, April 8, 2011

Sidang Nyawa Terakhir

Sudah lama saya tidak menonton teater naskhah berat di panggung. Istana Budaya pun sejak akhir-akhir ini asyik mementaskan Muzikal sahaja (seakan-akan terikut dengan langkah DFP yang cuma mementaskan Drama Tari). Tiba-tiba, dua hari lepas kotak e-mel saya telah di lawati dengan sebuah e-mail yang mempromosikan teater di atas - SIDANG NYAWA TERAKHIR. Lantaran itu kenangan menonton teater-teater seumpama ini satu ketika dahulu muncul kembali di benak rasa. InsyaAllah, saya akan tandakan kalendar saya samada pada 19 ataupun 20 Mei 2011 untuk untuk menjejaki MATIC. Harap-harap dapat bertemu dengan ramai peminat teater di sana. Jom lah !

No comments: