Tuesday, January 11, 2011

Sungguh Puitis : Tolong Ingatkan Aku





Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Oo ooh.. oo ooh...

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku

Nota Jase :
Begitu indah lirik lagu 'Tolong Ingatkan Aku' ini yang mengisahkan tentang cinta meskipun begitu indah dan sempurna lantas membuatkan insan terleka dan terlena; namun ia sebenarnya terdedah dan mudah untuk dilukai lantaran akan musnah begitu sahaja. Sebelum ianya berlaku, 'Tolong Ingatkan Aku'. Lagu-lagu cinta beginilah yang harus kita sokong dan hayati. Tahniah untuk Ana Raffali kerana menjuarai AJL Edisi 25 !!!

No comments: