Thursday, January 21, 2010

Ulang Tahun Ke 2 murai.com.my





Terima Kasih kepada Slen kerana sudi menjemput. Terima Kasih kepada Cute kerana sudi memanjangkan jemputan tersebut kepada saya juga. Jika tidak tentu saya perlu 'melepaskan' majlis ini. Lantas dapatlah saya membuat liputan secara tidak rasmi. Jika nak dikiranya tujuan saya ke majlis ini selain daripada menyambut Ulang Tahun Kedua portal hiburan MURAI tentulah kerana ingin bertemu dengan Mawi & Ekin.

Lagi? Apa ko tak puas-puas ke kau ni? Bukan masalah puas atau tidak. Namanyapun memberi sokongan, jika ada kelapangan tentulah sokongan akan diberikan kepada Mawi kan?. Lagipun saya ingin mendapat penjelasan daripada mulut Mawi sendiri berkenaan dengan LambaiLambai dan jika kesempatan mengizinkan tentunya ingin membawa rombongan ke JB untuk pelancaran medan selera tersebut. Itupun begantung kepada jadual semua "Kawan Kawan Mawi" juga. Kalau nak ikut, jenguk-jenguklah selalu di sini. OK? Tunggu sahaja maklumat lanjut.

Menurut statistiknya juga ini merupakan kali pertama saya bertemu muka dengan Black. Semasa Mentor 3 saya cuma menonton di kaca televisyen sahaja. Hajat tidak kesampaian untuk memberi sokongan secara dekat. Tahniah kerana Black sekarang ini 'dijaga' oleh Man PA. Aha... Qhaud & Aishah pun ada juga. Iya lah... semasa AJL dahulu Aishah datang seorang kerana Qhaud ada penggambaran drama. Kali ini ambil kesempatanlah datang berdua. Bukankah begitu?

Yang lama saya tidak berjumpa, Alif juga ada. Selalu berbual di telefon sahaja, itupun kerana Alif tidak mempunyai FB. Kali ini baru berjumpa tetapi malangnya saya tidak sempat berbual panjang dan bergambar !!! Jangan Nakal ya Alif...


Ella yang datang agak lewat juga diserbu ramai peminat. nasib baik saya sempat bergambar meskipun tidak sempat mendapatkan tanda tangan beliau di CD Ella yang saya ada bawa bersama. Mungkin lain kali lah.. Lagipun Ella akan bersaing di HITS 1 Akhir 28 Februari ini kan..

Eh... Majlis bertemakan 80an ini tampak meriah sekali. Makanan yang dihidangkan juga sedang elok kerana menu tidak terlalu 'lavish' dan waktu makan juga mengikut jadual. Memandangkan hidangan berbentuk 'buffet', maka bolehlah berulang kali tetamu menambah. Persembahan artis juga ada yang menyentuh hati. Lagu Careless Whisper (Fazli Zainal), Lagu Ku Ke Udara Lagi (Alyah) antara dua dari banyak-banyak yang saya suka. Sekali lagi, tahniah murai.com.my !!!

No comments: