Wednesday, January 13, 2010

Cekodok Ooh La La





Semasa kecil antara menu kegemaran saya untuk sarapan pagi ialah Cekodok Pisang atau mengikut loghat Kedahnya kami panggil 'Cucoq Kodok Pisang' buatan ibu (yang saya panggil mak, tak lah 'skima' sangat panggil ibu kan?). Lebih enak menurut saya ketika itu jika makan cekodok ini semasa ianya telah sejuk dan dicicah dengan kopi-o panas 'kaw-kaw' (kopi kampung ya, bukan Nescafe). Apabila mak menggoreng cekodok pisang (selalunya mak akan menggunakan pisang emas, menurut mak pisang emas paling enak untuk cekodok), abah pula akan mengajak kami untuk makan sambil menggelarkan cekodok 'home-made' ini sebagai "Cekodok Ooh La La" (Saya pun tak pasti kenapa abah ada 'influence' Peranchis dalam hal ini). Namun begitu, semua itu tinggal kenanangan kini bila saya sudah mula merangkak ke alam dewasa, tinggal di asrama dan apatah lagi setelah bekerja di Lembah kelang; peluang untuk merasai cekodok mak semakin berkurangan. Sesekali apabila pulang ke kampung barulah boleh merengek pada mak meminta itu dan ini.

Nak di jadikan cerita, lewat tahun 2008 apabila saya berpindah tempat kerja di Bangi saya terjumpa dengan sebuah gerai di Medan Selera UNITEN yang menjual cekodok pisang yang tidak kurang enaknya (meskipun belum sampai ke tahap masakan mak). Gerai ini mula menjual cekodok pisang setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad dari jam 11.00 pagi senhingga habis 'tepung ulian' yang selalunya sekitar jam 6.00 petang. Kami rakan-rakan menggelar cekodok ini sebagai 'The Best Cekodok in South East Asia". Lucu. Kelakar pun ada. Hebat kan? Jika ingin menyertai saya bagi membuktikan 'dakwaan' saya ini; maka cubalah singgah di Izzat Corner, Medan Selera UNITEN. Tentukan sendiri. Benar atau tidak.

2 comments:

fathi said...

macam kenal je tempat ni

JaseMario said...

Pati Ayam Brand.... X kenal maka X cinta. Huhuhu...