Friday, January 1, 2010

Harapan Di Tahun 2010


10 Perkara Yang Dapat Kita Harapkan di Tahun Baru :

(01) Harga gula naik 20 sen mulai 1 Januari 2010 kepada RM 1.65 sekilogram.

(02) Cukai Perkhidmatan sebanyak RM50.00 untuk setiap Kad Kredit baru yang diluluskan akan dikenakan mulai tahun ini kepada semua pengguna Kad Kredit.

(03) Untuk para perokok pula harga paling murah untuk pek 20 puluh batang rokok ialah RM 6.40 sekotak.

(04) Bola Sepak Piala Dunia di Afrika Selatan akan memulakan sepak mula pada 11 Jun 2010.

(05) 16 September @ Hari Penubuhan Malaysia akan mula diiisytiharkan sebagai Hari Cuti Umum seluruh negara mulai 2010.

(06) Penguatkuasaan 10 + 2 Subjek untuk SPM.

(07) Parlimen akan membentangkan usul GST. Jika lulus kadar 4% akan mula dikenakan tahun ini atas semua pembelian.

(08) AFTA akan mula berkuatkuasa kepada 1943 jenis komoditi yang akan menjadikan barangan yang diimpot dari negara ASEAN ini akan turun HAGRA !!!

(09) Saluran HD (High Definition) akan mula di tawarkan oleh ASTRO. Salah satunya ESPN.

(10) Lebih banyak cerita menarik dari The World of JaseMario !!!

No comments: