Friday, January 15, 2010

Jelajah Persada : Episod 1 (Epilog)


Ini adalah 'PSS Challange' saya. Ramai sangat yang bertanya jadi saya 'terpaksalah' mengeluarkan satu daripada gambar eksklusif ini. Gua Musang adalah antara lokasi yang ingin saya kunjungi sekian lama dan sudah tentu saya akan mencari Stesen ini. Dalam Jelajah Persada kali ini; kesian juga kepada Lisa yang asyik kena paksa rela menjadi juru gambar. Mas dan Oxford pula terpaksa menunggu dan sama-sama memasang radar untuk mengesan di mana letaknya Stesen-stesen PETRONAS di laluan kami. Akhirnya saya berjaya melunaskan 9 Stesen PETRONAS semuanya sepanjang 3h2m penjelajahan kami !!!


Perasan macam pandai mengutip daun teh sahaja. Begitulah lagaknya. Ada juga yang mengatakan seperti cerita hindi di pawagam. Semasa melanjutkan pengajian di bidang pengurusan ladang dahulu antara tanaman yang saya tidak dapat mendalami ialah tentang penanaman teh. Jadi pengetahuan saya cuma sekitar Geografi Darjah Lima yang menyentuh tentang Penanaman Teh di Cameron Highlands. Meskipun ini bukan kali pertama ke Cameron Highlands tetapi ini mungkin kali pwertama dapat curi-curi masuk ke dalam ladang teh untuk beraksi !!!


Wakaf ini letaknya di salah satu gerai menjual durian di Kamunting. Namun ketika gambar ini di ambil; kami semua telah menghabiskan durian yang sebiji tersebut. Jadi yang tinggal cuma gambar bersama rambutan sahaja. Makan durian di tempat durian di beli memang menyeronokkan. Lagipun ini boleh menghindarkan daripada seisi kereta berbau durian.


Batu Peringatan ini didirikan untuk memperingati para perajurit yang telah gugur ketika mempertahankan negara daripada serangan komunis. Meskipun ia tidak di jaga rapi dan tidak diuar-uarakan oleh Tourism Malaysia namun jika melalui Lebuhraya Timur Barat saya kita ada baiknya kita singgah meninjau, bertafakur dan mensedekahkan al-fatihah kepada mereka.


Bunga Pakma. Saya akan kembali ke sini juga suatu hari nanti untuk melihat dengan mata dan kepala sendiri untuk melihat dari dekat akan Bunga Pakma yang berkembang mekar di dalam hutan simpan ini. Semasa sinngah di sini dek kerana waktu malam dan kesungtukan masa maka Bunga pakma tidak mampu saya jejaki. InsyaAllah jika diizinkan suatu hari nanti hajat ini pasti tercapai.

Nota : Ini merupakan catatan terakhir saya berkenaan Jelajah Persada : Episod 1. Perjalanan kami yang jaraknya sekitar 1105.10 km bermula dari Bandar Putra Permai > R & R Sungai Buloh > R & R Rawang > R & R Tapah > Hentian Simpang Pulai Utara > Sungai Palas Boh Plantation > Puncak Gunung Brinchang > > Equatorial Cameron Highland > Tanah Rata > Stesen keretapi Gua Musang > Gunong Stong > Jeli > Jeti Awam Pulau Banding > Belum Rainforest Resort > Gerik > Kamunting > Taiping > R & R Sungai Perak > R & R Ulu Bernam > Tol Sungai Buloh > Bandar Putra Permai. Maka berakhirlah perjalanan 3H2M. Penjelajahan ini memang menjadi titik mula tetapi tidak mungkin tamat di sini sahaja, insyaAllah kami akan menjelajah lagi selagi terdaya.

No comments: