Sunday, January 3, 2010

Juadah Terbaru dari Istana Budaya Tahun 2010


Gema Zafana menjadi penutup tirai kepada hidangan Istana Budaya (IB) bagi tahun 2009. Meskipun niat murni di hati ini ingin sangat menonton persembahan tersebut namun tanggungjawab terhadap pekerjaan menandingi segala-galanya dek kerana saya perlu melangsaikan tugas di Bukit Tinggi, Pahang dan Miri, Sarawak. Untuk itu saya akur akan ketentuan yang telah direncanakan.

Aha... Godak punya godak akhirnya saya bertemu dengan beberapa perencanaan terbaru dan menarik Istana Budaya (IB) untuk sepanjang tahun ini. Antaranya yang mencuit hati saya dan jika jadual tidak berubah ialah :

(01) Makyung Anak Raja Dua Serupa (22 - 24 Januari 2010) yang mana kemungkinan besar saya terpaka melupakan persembahan ini kerana mengikut jadual saya akan berada di luar negara. Huhuhu... 'maaf karto' ya Rosnan. Memang nak nonton sangat Makyong ni...

(02) Konsert Syahadah Sempena Maulidur Rasul (30 - 31 Mei 2010) yang telah saya sematkan di hati nurani akan cuba menonton persembahan ini setiap tahun. Jika umur panjang dan tiada aral melintang tahun ini akan menjadi tahun ketiga berturut-turut saya menonton. Terima Kasih 'banget' Kak Erma kerana membawa sebuah pementasa yang sangat menyedihkan dan menginsafkan. Mawi ada lagi tak tahun ni?

(03) Konsert Datuk Shake (4 - 6 Jun 2010) yang pasti akan membangkit nostalgia lama. Along juga tentu akan teruja. Terutama kerana ketika remaja dahulu Along amat 'menggilai' Dato' Shake. Pernah satu ketika Along akan duduk di hadapan radio kaset dan mengulang berkali-kali lagu 'Tell Me Why' tanpa henti-henti dan.... (saya pun masih sangsi sehingga kini?). Harap-harap menjadilah perancangan ini. Dapatlah nanti saya menikmati alunan lagu-lagu seperti Pulanglah, Umi, Kau Bungaku, Anugerah Dari Kegagalan, Cinta, Hidup, Bicara Tentang Cinta, Utusan Untuk Keluarga dan banyak lagi...

(04) Estet The Muzikal (18 - 27 Jun 2010) Hmmm.... Filemnya belumpun di tayangkan kepada khalayak, Mamat Khalid telah merancang Muzikalnya? Saya akan masukkan di dalam diari tetapi keterujaan masih 50-50.

(05) Teater Uda dan Dara (10 - 20 Julai 2010). Romeo & Juliet versi Melayu. Drama yang menjadi salah satu warisan seni negara ini memang ditunggu-tunggu akan pementasannya oleh saya. Sudah 'berabad' tidak dipentaskan di mana-mana sanggar teater. Saya harap IB dapat memilih para pelakon yang mantap untuk merealisasikan karya agung Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang ini dengan jujur.

(07) Cucu The Muzikal (27 Julai - 10 Ogos 2010). Yang paling penting kita semua berharap agar kontroversi AC & Hans telah tamat waktu ini dan AC kembali semula ke pentas Cuci kerana cuma AC sahaja yang mampu membawa watak tersebut. Biarlah Reefa dengan watak asal beliau yaa...:) sebab Reefa pun amat mantap sekali jadi waiter & juru acara olimpik cuci tuu..

(08) Muzikal Che Det (24 Ogos - 2 September 2010). Teater Muzikal yang ditujukan khas untuk Bapa Pemodenan Malaysia ini pastinya menarik. Kita tunggu sahaja siapakah yang akan menggalas watak Tun Dr Mahathir nanti. Adakah dia Remy Ishak? Adakah dia Fahrin Ahmad? Kita juga pasti akan menunggu kehadiran replika Menara Kembar PETRONAS, Litar Antarabangsa Sepang & KLIA di bawa ke pentas IB !!! Tidak lupa juga Pekan Rabu & Klinik Maha.

(09) Impak Maksima The Muzikal (26 November - 6 Disember 2010). Zul kita jumpa lagi ya !!! Mesej untuk Ahmad Idham... Kami mahu Zulhuzaimy Marzuki kembali menggantikan Kamal Adli. Kami juga mahu Dina & Adeep kekal. Kami juga masih mahu dengar Slot Akasia di pentas Impak...

(10) Muzikal Budak Kampung (17 - 31 Disember 2010). Adakah ini muzikal khas untuk Allahyarham Datuk Sudirman? Saya pun kurang pasti. Tetapi ia sangat menarik untuk menyambut ambang tahun baru di Istana Budaya kan !!!

Ini senarai saya. Kita boleh sama-sama merancang untuk membeli tiket-tiketnya nanti bila tiba masanya... InsyaAllah.

p/s : En Juhari, sila jawab kenapa Teater Natrah Musim Ke-2, PGL Musim ke-4 & P. Ramlee The Musical Musim Ke-3 tiada dalam Jadual Persembahan 2010 IB ?

No comments: