Friday, January 8, 2010

Jelajah Persada : Episod 1 (Belum Rainforest Resort)





Akhirnya kami sampai di Jeti Awam Pulau Banding lebih kurang jam 7.45 malam. Andainya kami sampai sebelum matahari terbenam tentu lebih banyak ciptaan tuhan yang kami bisa amati sepenuh hati. Tidak begitu ramai orang pada malam tersebut dan cuma ada sebuah restoran, sebuah kedai runcit dan gerai burger yang beroperasi bagi mengisi permintaan pengunjung. Usai mengambil beberapa keping gambar yang kejelasannya terbatas dek kerana kesemua kami menggunakan 'normal compact digital camera' kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan dengan membuat singgahan sebentar sekali lagi di Belum Rainforest Resort (BRR).

Banyak cerita tentang keindahan pusat peranginan di pinggir hutan hujan tropika yang berusia lebih 100 tahun ini telah sampai ke telinga saya, namun begitu inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke sini. Setelah siri perbincangan dan 'negotiation' dibuat antara kami bersama, maka kami akhirnya mengambil keputusan untuk menginap 1 malam di sini. sele[as itu barulah kami belum makan malam, jadi sesudah check-in maka kami terpaksa ke Jeti Awam Pualu Banding sekali lagi untuk mengisi perut dengan burger special dan pau kaya. Untuk makluman jika ingin ke bandar tentulah terpaksa memandu lebih 50 km untuk sampai ke Gerik.

BRR memang indah. Mungkin antara tempat penginapan yang tercantik yang pernah saya sampai. Ada bilik yang mengadap tasik dan ada juga bilik yang mengada hutan. Bilik airnya pun boleh tahan seperti mandi air hujan. Bagi mengajak penghuni menikmati keindahan Tasik Banding seepenuhnya makan tida tv di sediakan di dalam bilik tidur. (Apabila pulang dari makan malam dan sesungguhnya kami semua keletihan jadi apa lagi mandi, membersihkan diri lantas tidur sehingga subuh keesokkan harinya).

Pagi Ahad 20/12/2009 memang menarik sekali. Indah kerana bukan sahaja bangun dari kejauhan hiruk pikuk kota tetapi kerana segar di kelilingi dengan tumbuhan-tumbuhan hijau pelbagai species. Kami berempat mulakan hari ini dengan sarapan pagi di 'coffee house' BRR (yang saya terlupa namanya). Meskipun makanan yang dihidangkan tidak begitu enak tetapi keindahan BRR membuatkan kami terpukau lantas tidak mampu untuk mengkritik akan makanan tersebut. (Jadi semua terasa sedap). Usai bersarapan pagi kami mengelilingi sekitar taman herba dan sekeliling BRR dan sudah tentu mengambil gambar untuk menikmatai keindahan yang teramat sangat sebelum 'check-out' kira-kira jam 9.50 pagi bagi meneruskan perjalanan yang sebenarnya masih jauh meskipun cuma tinggal satu sahaja destinasi utama.

Memandangkan Mas hampir kehilangan jaket kesayangan beliau jadi saya dan Lisa mempunyai masa yang lebih sedikit untuk terus menikmati keindahan Tasik Banding semasa Mas cuba untuk menjejaki jaket beliau. Alhamdulillah berjumpa juga akhirnya...

Sambil menghidupkan enjin dan tayar kereta mula berputar saya berjanji akan ke sini lagi. Sedikit ralat sebenarnya kerana masa tidak berada di pihak kami untuk kami menjejaki Royal Belum State Forest untuk bergambar dengan Bunga Pakma yang sedang berkembang mekar . "Banding... akan ku tawan dikau nanti bila tiba ketikanya..." Bisik hati saya...

No comments: