Thursday, October 23, 2008

SALAM SATU DALAM SERIBU UNTUK CHE WIWI & CIK KIKIN


Maaf jika terlambat, namun lebih baik lambat dari tidak. Lantaran itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah di atas pengumuman Mawi untuk menamatkan zaman bujang beliau bersama gadis idamannya – Ekin pada 20hb Oktober 2008 yang lalu di Palace of Golden Horses yang telah disiarkan secara langsung oleh Astro Awani – Gerbang Dunia Kita !!! Niat di hati memang saya ingin menghadiri majlis penuh bersejarah ini namun komitmen terhadap kerja baru membuatkan saya perlu mengutamakan periuk nasi saya… Hahaha.

Mawi sebenarnya telah melamar Ekin pada 30 April 2008 melalui panggilan telefon semasa pasangan tersebut berjauhan. Dengan selamba dia mengajak Ekin berkahwin pada bulan 12. Majlis merisik telah diadakan sekitar bulan Jun 2008. Katanya mereka tidak akan bertunang.

Majlis pernikahan di Johor Bahru telah ditetapkan pada 20 Disember 2008. Lokasi masjid bagi majlis tersebut dengar ceritanya belum ditetapkan lagi. Resepsi sebelah Ekin akan diadakan di Stadium Tertutup Johor Bahru berkonsepkan Moden Kontemporari. Busana bagi majlis ini adalah rekaan Putra dari Cosry.

Majlis Menyambut Menantu (sebelah Mawi lah tuu…) pula akan di adakan pada 28 Disember 2008 di Dewan Felda Taib Andak, Kulai. Majlis ini berkonsepkan Jawa dan busananya nanti adalah rekaan Zulfadzli Suhadi dan Arma Couture. Tak cukup dengan itu, Konsert melibatkan Mawi dan Bintang-Bintang AF yang lain pula akan diadakan pada 27 Disember 2008 di Padang FELDA Taib Andak, Kulai.

Kemuncak bagi ‘Wedding Of The Year’ ini adalah Majlis Resepsi Istimewa yang bakal di adakan di Palace of Golden Horses pada 11 Januari 2009 yang bertemakan Arabian Night. Bagi Majlis ini busana dan pelamin adalah hasil ilham Bon Zainal & Rizalman Ibrahim.

Saya ingatkan Galzean, Azwan, Mus dan Cute dapat mengambil kesempatan untuk mendaftarkan diri dan mengikuti Kursus Perkahwinan bersama Mawi & Ekin pada 4 November 2008 nanti di Masjid Putrajaya namun… harapan saya hampa belaka kerana kursus ini hanya eksklusif untuk mereka berdua sahaja… Terlepaslah 'korang'....

Untuk Semua ‘Die Harderst Fan Mawi’ rasanya bolehlah menunggu di depan TV masing-masing untuk program-program yang saya senaraikan ini :

17/12/2008 – ASTRO Oasis – 9.30 malam – Kursus Kahwin Mawi – Ekin (Bahagian 1)

18/12/2008 – ASTRO Oasis – 9.30 malam – Kursus Kahwin Mawi – Ekin (Bahagian 2)

19/12/2008 – ASTRO Oasis – 9.30 malam – Kursus Kahwin Mawi – Ekin (Bahagian 3)

20/12/2008 – ASTRO Oasis – 11.00 pagi – Siaran Langsung Majlis Pernikahan Mawi - Ekin

28/12/2008 – ASTRO Prima – 11.00 pagi ke 6 petang – Majlis Menyambut Menantu dari FELDA Taib andak, Kulai & Dokumentari Kisah Cinta Mawi – Ekin.

11/01/2009 – ASTRO Ria – 6.00 petang – Dokumentari Persiapan Persandingan Mawi – Ekin.

11/01/2009 – ASTRO Ria – 7.30 malam – Majlis Resepsi Istimew Mawi – Ekin dari Palace of Golden Horses.


Akhir sekali untuk Mawi & Ekin… Seikhlas-ikhlas TAHNIAH dari saya JaseMario !!! Semoga apa yang dirancangkan menjadi kenyataan dengan izin Allah.