Thursday, October 9, 2008

Sesekali Merasai Makanan Timur Tengah




Hari ini saya 'break' dari puasa sunat di bulan Syawal. Antara plan dan tidak sebenarnya. Memandangkan saya sudah boleh makan di waktu tengah hari, maka langkah kaki pun menjadi semakin panjang. Asalnya pagi tadi ingat nak 'breakfast' dengan Raja JJCM - Mr Pye. Tetapi dia pula kelewatan ke kantor, lantas niat itu dilupakan begitusahaja. Bila tiba waktu tengah hari maka idea tersebut muncul semula. Memandang suasana redup dan sama-sama free - jadi kami bersetuju untuk 'pekena' Sup Daging di Restoran Sururi bersebelahan dengan Masjid Alam Shah, Kuala Lumpur. Sekali lagi hajat tak kesampaian kerana setibanya kami di restoran tersebut, sup daging cuma tinggal kuahnya sahaja!

Kemudian Mr Pye muncul dengan idea bernas, Katanya; 'we should eat where everybody knows our name' - Macam 'Cheers'lah pulak. (Nama dialah kot... takkan pulak nama saya, dia yang Raja JJCM). Maka; muncullah idea untuk merasai makanan arab dibelakang Hotel Crown Princess setelah saya agak keberatan untuk menjamu selera di Asam Pedas Komando lagi. Lagipun, saya kan cuma penumpang, Mr Pye yang memandu... ikut sajalah jawabnya.

Samapai di sana agak lewat... hampir jam 1.40 petang. Mr Pye yang memesan makanan... saya menurut sahaja setelah beliau berkali-kali mengatakan ini adalah kedai makanan arab yang kedua terbaik di ibu kota !!! (Mana tidaknya, semasa bulan puasa yang lalu; Pye dan keluarga datang untuk bersahur di sini !!!) Lantaran itu kami memesan Lamb Mandy (dengan nasi briayani), Taboulah (daun pasley, green onion, tomato tanpa biji, bulgur weat, olive oil & lemon juice, pepper & salt), Chicken Kebab dan minuman botol dari UAE (Dubai) - Barbican (malt berperisa epel & lemon - Pye memesan perisa peach sebenarnya).

Suasana restoran agak nyaman. Tandas pun bersih. Saya tak pasti ada surau atau tidak. Ada skrin besar untuk 'live' event dari Stadium/Pentas Astro. Saya rasa kalau malam mungkin lagi 'happening'. Kami habis makan lebih kurang jam 2.20 petang dan sampai semula ke pejabat jam 2.30 petang. 'Not bad'... untuk dua orang cuma RM55.00 sahaja. Restoran ini boleh dihubungi di talian 012-6692562 @ 03-21439151.

No comments: