10.10.2008 telah melakarkan satu lagi sejarah kepada Mawi. Rakan kami (kami di sini membawa maksud penyokong Mawilah) Abang Khalid & Kak Erna yang baru mendirikan sebuah cafe dan 'homestay' telah menjemput Mawi untuk merasmikan kedua-dua entiti ini semalam di Pusat Perdagangan Baru Pontian yang berdiri megah mengadap Selat Melaka. Ya.. pemandangan di sini sangat indah dan tenang. Setelah melalui berbagai ranjau akhirnya cuma Cikgu Jah, Galzean dan saya sahaja yang berjaya meghadirkan diri ke sana untuk perasmian gemilang ini. Ini adalah kerana setelah Nora, Cute, Mus & SpiderX yang di duga dengan pelbagai rintangan yang akhirnya mereka terpaksa akur untuk tidak turut serta kerana gagal meloloskan diri dari ujian tersebut. Kami bertiga bertolak lebih kurang jam 1 petang dari Kuala Lumpur setelah saya mengambil Cikgu Jah di sekolah beliau dan Galzean di STAR BTS. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam di lebuhraya (dari Sg Besi > Simpang Renggam dengan hentian selama lebih kurang 30 minit untuk solat jamak di Tangkak) dan 30 minit di jalan persekutuan setelah 'exit' di Simpang Renggam melalui Benut, MRSM Pontian dll. Meskipun begitu kami telah menggunakan masa kecederaan selama 30 minit akibat tersasar jalan sehingga melewati Rimba Terjun dan Muzium Bugis !!! Sebab itulah kami cuma selamat sampai di destinasi lebih kurang jam 5.30 petang. Kami memang mengosongkan perut dan cuma makan makanan ringan sepanjang perjalanan kerana tahu menu yang sedap 'banget' menanti kami !!!
Mengikut jadual acara sepatutnya bermula jam 5 petang tetapi lebih kurang jam 6 petang barulah ia betul-betul bermula dengan di mulakan dengan dendangan 3 buah lagu dan celoteh mesra kampung oleh Kumpulan Hayat dari Johor Port. Pak Su; salah seorang dari ahli Kumpulan begitu 'mesra alam' sekali berceloteh dengan mereka yang hadir. Kumpulan ini mendendangkan 2 lagu original mereka dan sebuah lagu 'malar segar' Kopratasa - Masihkah Kau Ingat. Memandangkan rombongan Mawi masih belum tiba, kami dibenarkan untuk merasai hidangan dahulu iaitu Briyani Gam, Mee Rebus, Rojak Pasembor, Berasak, Lemang Bugis, Kek Lapis dan macam-macam lagi.
Mawi (dan Ikin dan Keluarga Kakak Ikin) cuma tiba ketika azan hampir bekumandang. Menurut Mawi merek bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 4 petang. Untuk rekod Mawi pulang dari Jakarta lewat malam semalam (kami cuma menerima 'confirmation beliau sekitar jam 1.50 pagi) sementara esoknya (Sabtu) pula seawal 7 pagi Mawi perlu terbang ke Alor Star kerana ada program Hotlink di Jitra, Kedah. Begitulah sibuk dan komitednya insan bernama Mawi.
Majlis perasmian di mulakan terus dengan Mawi menandatangani plaque Kharina Cafe setelah diiringi dengan selawat yang diketuai oleh Kumpulan Hayat semasa menyambut kedatangan beliau tadi. Usai menandatangani plaque tersebut majlis tentulah diteruskan dengan upacara mengambil gambar. Daripada kamera rasmi hinggalah kepada kamera paparazi yang entah dari mana datangnya.. Ternyata AURA Mawi masih ada apabila 'flash' kamera tak pernah padam-padam. Seterusnya Mawi naik ke Tingkat 1 untuk menandatangi plaque Kharina Homestay pula. Di sini Mawi perlu memotong riben dahalu sebelum boleh dibenarkan masuk ke dalam. Nasib baik saya ni jemputan khas Abang Khalid & Kak Erna. Dapat juga kami merasa melepak di Tingkat 1, kalau tak sudah tentu kami bertiga juga tidak dapat meloloskan diri di sini.
Di Kharina Homestay kami melepak sakan. Terlalu santai. Homestay kecil molek ini seperti sebuah rumah yang mempunyai satu bilik kelamin dan 'hall' luas yang ditempatkan 5 buah katil bujang. Ada 2 bilik mandi/tandas dan tv. selesa jugalah. Kalau nak sewa ramai-ramai pun okay juga.. bentangkan 'toto' sahaja. Jangan risau.. ada alat penghawa dingin.
Masa inilah kami habiskan dengan melepak, solat jamak, sambung makan dan juga bersembang dan menemani Mawi dan Ikin makan. Banyak juga soalan-soalan peribadi yang sempat kami borakkan samada dengan Mawi dan Ikin dan tentunya saya tidak boleh tuliskan di sini sebab OFF RECORD kan. Nanti kena ISA... hahaha. Apa-apapun tentunya saya akan teruja menunggu Majlis Hari Raya di rumah Mawi selain daripada majlis Perkahwinan Mawi-Ikin yang entah BILA? Ye ke entah bila?
Macam-macam berlaku kat atas ni. Macam-macam gelagat dapat dilihat juga. Saya pun hampir merajuk dengan Galzean yang berkali-kali mengambil gambar saya tetapi asyik BLUR saja. macam nak sabotajlah pulak.. Bila saya view balik hari ini memang benar, semua pix saya low kualiti. Sedangkan gambar Galzean.. cun melecun; bright and clear sebab saya yang ambilkan gambarnya. Hmmm.... dah nasib. Teringat akan saya kepada Mus yang memiliki sijil fotografi tapi bila ambil gambar 'hampeh'. Cute pula ambil gambar ok.. tapi dia akan lebih sibuk untuk saya mabil gambar dia daripada dia ambil gambar saya.. hahaha. Tetapi itulah yang dinamakan kawan... menerima seadanya.
Ternyata Mawi makan berselera sekali. Mee Rebus saja 2 pinggan. Nasi briyani 1 pinggan. Sori ye Che Wiwi, saya terpaksa tulis. Inipun di akui oleh mawi sendiri yang beliau sebenarnya memang 'makan banyak'. dari sudut ini, saya kira tentu ada potensi untuk cafe ini akan menjadi kesukaan ramai nanti - ye lah menu-menunya ENAK-ENAK belaka. Dengar ceritanya Nasi Briayani Gam ini di masak sendiri oleh Abang Khalid. Hmmm... tak sabar nak rasa lagi hujung bulan ini.
Mawi turun dari Tingkat 1 untuk bertemu peminat lagi sekitar jam 8.15 malam. Sempat lagi beliau membuat lawak dengan mengatakan yang beliau tak sangka dapat menandatangai plague untuk kali pertama. Itulah mawi. Mawi juga sempat menyanyikan serangkap lagu Ku Pohon Restu Ayah Bonda atas permintaan ramai. lebih kurang jam 8.30 malam, rombongan Mawipun meninggalkan majlis untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Sementara kami bertiga pula di tahan oleh Abang Khalid dan Kak Erna untuk sesi beramah mesra lagi. Termasuk jugalah GOSSIP-GOSSIP Terkini. Bukan itu saja, kami dibekalkan dengan buah duku, mee rebus dan kuih muih. Tak lupa juga DUIT RAYA !!! (Bukan jumlah yang jadi ukuran tetapi ingatan... hahaha. Duitnya akan saya simpan sebab dah lama benar tak dapat duit raya ni. Thank You ye Kak Erna dan Abang Khalid.
Apa yang pasti kami semua puas dan puas meskipun terpaksa menempuh 5 jam lagi perjalanan sebelum saya dapat tiba semula di rumah !!! Sudah tentu saya kan berhenti di Tangkak lagi (untuk membeli nenas dan Seremban juga untuk makan nasi lemak). Ya.. saya perlu menghantar Cikgu dan Galzean ke rumah masing-masing kan sebelum pulang ke rumah saya.
Ada banyak yang nak di ceritakan, banyak juga yang tak boleh di ceritakan. Akhir kata, saya doakan perniagaan Abang Khalid & Kak Erna mencapai kejayaan hendakNya, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment