Tuesday, October 7, 2008

Esok Masih Ada



Setelah tiga hari menonton... akhirnya semalam saya (atau kami - termasuk Lisa) berjaya menamatkan mini siri 10 episod drama Jepun - 'Tomorrow' yang berkisarkan kisah di sebuah hospital komuniti di sebuah bandar di Negara Matahari Terbit itu. Sebuah kisah tentang perjuangan, semangat kekitaan, kasih sayang dan professionalisme bidang perubatan dan kejururawatan. Sebuah kisah kasih sayang masyarakat dan keluarga tanpa di campur aduk dengan kisah cinta trilogi murahan (seperti dalam kebanyakan drama melayu di kaca tv termasuk yang terbaru "Ampang Medikal"). Seperti biasa drama Jepun tidak lekang dalam mempromosikan masyarakat mereka yang tidak mudah kalah dengan cabaran dan halangan dan berdiri teguh dengan prinsip dan falsafah yang dipegang. Berakhir dengan epilog kegembiraan dan kejayaan sudah pasti membuatkan saya puas apabila menutup alat perakam DVD lewat malam tadi !!! (Sesuai dengan tajuk 'entry' ini.... Walau apapun cabarannya kita harus hadapi juga dengan penuh ketabahan dan kesabaran, kerana esok mentari tetap akan bersinar lagi... Esokkan Masih Ada.)

Ada tiga industri perfileman yang besar di dunia iaitu Hollywood, Bollywood dan Hongkong. Tetapi ada juga beberapa industri pefileman yang agak kecil tapi berjaya melahirkan karya yang 'world class' seperti Iran, Brazil dan Indonesia. Antara yang menarik minat saya termasuklah Industri perfileman Jepun (meskipun rata-rata kenalan dan taulan lebih gemar kepada hidangan 'Kimchi' dari Korea seperti Winter Sonata, Autumn In My Heart dsb). Sebab itulah saya secara tidak langsung telah menjadi pengumpul Box Set Mini Siri dari Jepun sejak dahulu lagi. Industri-indistri perfilemanen ini telah berjaya melahirkan aktor-aktor berkarisma hebat yang selalu membuat kita melekat di kaca televisyen/skrin panggung wayang ataupun menunggu pada setiap karya baru mereka dihasilkan. Berbalik kepada isu tadi, saya sebenarnya lebih gemar membeli/menonton DVD @ VCD daripada menikmatinya di 'bioskop' - sebab kita boleh menonton at our own 'paste', boleh 'forward, 'rewind', 'pause' dan 'stop'. Antara aktor-aktor yang saya ikuti filem/drama mereka ialah Takenouchi Yutaka (Jepun), Fauzi Baadila (Indonesia), Andy Lau, Takeshi Kineshiro & Simon Yam (Hong Kong), Hrithik Roshan (Bollywood), Sean Penn (Hollywood) dan Eman Manan & Zulhuzaimy Marzuki (Malaysia). Banyak juga tu... meskipun tidak terlalu serius. (InsyaAllah saya akan kongsi berkenaan Box Set Mini Siri lakonan Yutaka yang saya miliki dalam masa terdekat).

Apa yang berlaku hari ini? Di kantor... saya yang masih 'honeymoon' meskipun sebenarnya ada banyak kerja yang melibatkan rakan sekerja lain yang perlu dibereskan. Termasuk juga 'Mid Year Review' yang saya tak tahu apa nak tulis. dalam pada itu... Masih ramai yang cuti juga. Tapi alhamdulillah pagi tadi 'monthly report' sudah selesai di buat dan telah dihantar kepada 'pihak berwajib'. Kemudian pula terjadi satu episod yang 'unsangkarable' menyebabkan blog saya berubah wajah dan banyak 'features' hilang. Memandang di kantor banyak function yang 'kena sekat' saya cuma boleh menggodak semula malam ini di rumah, insyaAllah. Doakan saya... Ya... saya perlu menyambung kerja. Jumpa lagi...

2 comments:

Anonymous said...

Salam, Jase. Selamat Hari Raya. Saya pun suka drama Jepun juga. Tapi Tomorrow ni belum tonton lagi. InsyaAllah kalau ada kesempatan nanti. Mcm best saja.

JaseMario said...

Salam Nortel, Thank You sebab sudi singgah. YES... Most of Drama Jepun kat TV tuu memang BEST. Kegilaan ini bermula dari zaman Beach Boys lagi...