Alhamdulillah akhirnya aktiviti membaikpulih blog saya menampakkan hasil juga. Dek kerana dengan tidak sengaja tertekan 'punat' menukar 'template' akhirnya blog saya kini telah berwajah baru. Bukankah ini satu anugerah yang saya dapat tanpa dirancang. Ketidakprihatinan yang membuahkan kemanisan. Mengikut sejarahanya; ini merupakan kali ketika blog saya bertukar wajah sejak April 2006. Terima kasih juga kepada ACAT, CUTE & YOYO yang banyak memberi panduan & membantu saya merealisasikan wajah baru ini.
Hari ini saya menghadiri mesyuarat lagi di Tangga Batu - Melaka, seperti selalu. Tapi kali ini situasinya agak berlainan kerana mengikut perkiraan ini adalah kali terakhir saya akan turut sama menyumbang dan membuat perancangan di dalam mesyuarat mingguan ini. Selepas ini, saya akan melangkah meninggalkan situasi ini untuk berteduh di situasi yang lebih mencabar (saya kira). Namun begitu, akan saya bawa semua pengalaman ini agar penghijrahan yang saya buat ini ke daerah baru akan lebih bermakna dan membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Mengikut perancangannya saya akan meninggalkan 'route' KLCC > Tangga Batu ini dan akan 'diam' di Lembah Bangi. Begitulah perancangannya. Namun saya masih menunggu surat rasmi. InsyaAllah esok atau lusa ia akan tiba dipangkuan saya.
Hari ketiga saya berpuasa sunat di bulan Syawal. Memandangkan mesyuarat tamat agak lewat jadi saya terpaksa berbuka di Sungai Udang sahaja dengan Faizal. Seperti berjanji, beliaupun berpuasa juga hari ini. Menu kami ialah Nasi Goreng Daging Batang Pinang dengan Telur Mata Kerbau. Sedap juga menu cadangan Faizal ni. Usai berbuka sayapun meluncurkan kereta untuk pulang. Tapi perjalanan sedikit terganggu memandangkan hujan mula turun dengan lebatnya di lebuh raya.
Sampai di rumah lebih kurang jam 10.00 malam. Terus dapat sms daripada Cikgu Jah & Cute yang mengingatkan tentang ulangan rancangan Dia... Mawi di TV1. Rakan sepejuangan saya; Shahriman juga menghantar sms yang berbunyi "peminat mawi (jefri m zain) kluar TV1". Mungkin beliau terlepas semasa 4hb yang lalu. Namun memandangkan saya telahpun menonton rancangan tersebut maka malam ini adalah malam dikhaskan untuk bermulanya episod baru 'Long Vacation'. Sebuah drama Jepun tahun 1996 yang semasa di tayangkan di TV saya tidak mengikuti sepenuhnya.
Inilah Coretan untuk 8 October 2008.

1 comment:
good job.... papa jahat
Post a Comment