Monday, December 31, 2007

Ucapan Selamat Hendaknya....

Ini adalah gambar terakhir yang saya ambil bagi tahun 2007. Lebih kurang jam 8.39 malam di perkarangan Kondo di mana Alif tinggal. Sebenarnya 31 Disember ialah tarikh ulang tahun perkahwinanan ayah dan ibu Alif. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ye Abg Satar & Kak Fiza. Yang keberapa entah....:) Lupa nak tanya semalam, tapi rasanya kalau tak 18 tahun, must be 19 tahun lah tuu.... Sebenarnya dah lama tak jumpa Alif, kali terakhir semasa Hari Raya Puasa yang lalu. Nak tahu perkembangan beliau; ye lah SPM pun dah abis kan.... Hmmm... Untuk kanak-kanak mungkin boleh menunggu Explorace for Kids Musim baru di mana Alif akan menjadi pengacaranya... dan sudah tentu Remajalah. Album... katanya baru nak rakam; lambat lagilah kot.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Masehi 2008 kepada semua rakan2 Bloggers & Readers (You Know Who You Are). Laksanakanlah segala Resolusi Yang Telah Tersemat Di Jiwa.


SELAMAT


TAHUN


BARU


MASEHI 2008


dari


JaseMario

Saturday, December 29, 2007

JaseBoard HOT 25 Lagu-Lagu Melayu Tahun 2007

JaseBoard HOT 25 Lagu-Lagu Melayu Tahun 2007

1. Izinku Pergi (Kaer AF2)
Lagu ni memang berhantu giler. Saya rasa memang berbaloi Kaer tunggu more than 3 years baru releasekan album. Untuk dapatkan lagu yang best memang kena tunggu kerya masterpiece yang bukan selalu boleh muncul. Tapi yang saya frust sikit sebab Kaer tak dapat join AJL 22 Januari 2008, Harap-harap Kaer available masa final Hits 1 bulan Mac nanti !!! But as a song; bagi saya lagu ni complete.
2. Angan dan Sedar (Mawi AF3)
Lagu yang ada gabungan rock dan 60an ni memang catchy habis. Tambah-tambah yang nyanyikannya ialah Mawi. Kalau tak goyang kepala, badan tangan dan kaki memang tak sah la bila dengar lagu ini. Saya suka lagu ini seadanya. Bila Mawi kata Loloq tulis lagu ni berkenaan seorang security yang berangan-angan syok kat seorang gadis… lagilah lucu jadinya. Apakah harapan Mawi dalam AJL tahun depan? Entahlah… yang penting dia masuk final, Tapi persembahan masa semi dahulu memang SUPERB !!!
3. 3 Malam Tanpa Bintang (Fiq Mentor 2)
Wow !!! Itulah perkataan yang keluar dari mulut saya masa pertama kali mendengar lagu ini di HOTfm. Lagu ini memang best, lirik panjang giler, suara Fiq pun memang ngam dengan lagu ini. Lagu pasal kekecewaan dalam suasana moderate. Pertama kali saya berjumpa Fiq masa final Hits 1 pertengahan tahun ini. Masa tu, rambut dia dah mula panjang… hmm… kalau pendek masa dalam Mentor 2 dulu kan lagi best? Tapi… yang frust sebab lagu ini tak berjaya masuk final AJL… tak per, tak per…. Boleh tengok Fiq berentap di final Hits 1 bulan Mac 2008 dengan Mawi, Kaer, Adam & ramai lagi.
4. Menghapus Jejakmu (Peterpan)
Lagu ini memang setanding dengan Mungkin Nanti. Cuma kurang airplay kat radio sahaja. Video Klip dia pun tidak kurang hebatnya. Suara Ariel best, melodi best, liriknya wow.
5. Ketentuan (Ramlah Ram)
Dah lama tak dengan lagu-lagu balada daripada kak Melah, kali terakhir lagu lagu slow Kak melah yang saya suka ialah “Siapa Yang Bersalah” masa tuu saya masih belajar di universiti. Kemudian bila Kak Melah muncul dengan lagu Dangdut (Selamat Datang Romeo) saya dah stop minat kat lagu-lagu Kak Melah. Lagu Eddie Hamid ni memang saya saya suka sebab menang tangkap jiwang habis.
6. Lelaki Ini (Anuar Zain)
Lagu yang paling kontroversi tahun ini, Lagu ciptaan Indonesia yang dinyanyikan oleh penyanyi tersohor Malaysia. Yang menambahkan kontroversi ialah keseluruhan album ini adalah hasil kreatif tanah seberang. Saya memiliki CD Anuar Zain ini, kali pertama saya membeli CD Anuar Zain, maka saya salah seorang yang menyumbang kepada 25, 000 salinan yang telah terjual…. Hahaha. (Akhbar dok sibuk kata album ini laku bagai goreng pisang panas, dan dok kutuk album Satu Dalam Seribu – Mawi tak laku sedangkan album Mawi ni dah terjual lebih 35, 000 salinan lebih dan saya dah beli 2 salinan (satu tu untuk sahabat saya di Indonesia).
7. Sekali Ini Saja (Glenn Fredley)
Seingat saya ini lagu lama. Memang ia tak diputarkan di radio Malaysia. Tapi saya memiliki CD Glenn “Selamat Pagi Dunia” yang mengandungi track ini. Bila ada satu sinetron yang ditayangkan di TV1 menjadikan lagu ini sebagai lagu tema…. Bagu perasan betapa indahnya lagu ini. YES !!! Inilah Ballad kedua Glenn yang mencapai tahap internasional selepas “Januari”.
8. Bunga (Kerana Aku Lelaki) (Ihsan Idol)
Saya mula diperkenalkan dengan lagu ini semasa terlibat dengan lawatan kerja ke Kalimantan baru-baru ini. Ketika itu Indonesia tengah demam Asian Idol. Di Indonesia mereka telah mempertandingakan semula kelima-lima Indonesian Idol untuk merebut satu tempat mewakili Indonesia di mana Mike (Idol 2) talah berjaya meloloskan diri. Ihsan menjuarai Idol musim Ke-4. Sampai di Balikpapan saya terus mendapatkan CD Ihsan di took terdekat. Suara dia memang superb dan keseluruhan lagu-lagu juga ngam.
9. Rama Rama (Ella)
Ella memang tak menghampakan. Lagu ni memang BEST. Walaupun saya tak tahu siapa penciptanya. Lagu yang membawa mesej positif ini memang susuai di dengar selalu. Video Klipnya juga boleh tahan. “Terbanglah ke sini mencari hakiki, terbanglah kemari mencari abadi”. Eh… lagu ini juga dipersembahkan oleh Ella semasa AE 2007 di Genting bersama seorang adik cilik yang memenangi ‘Detik Gemilang Hotlink” . Best juga… dan Ella juga sporting.
10. Merpati (HadyMirza)
Saya diperkenalkan dengan lagu ini oleh serang kawan. Dia savekan mp3 lagu ini dlaam laptop saya. Best juga; meskipun semasa itu saya tak kenal siapa HadyMirza. Cerita HadyMirza mula diperkatakan oleh wartawan Malaysia semasa beliau tidak mahu menjawab persoalan wartawan mengenai hubungannya denan Farzura. Kemudian di dicop sombong dan besar kepala. Hady menambahkan kegalamorannya bila memenangi Asian idol baru-baru ini. Nasib baik saya berjaya mencari CD HadyMirza ini disebuah kedai CD yang menual banyak CD rarities dengan discounted price. CD ini penuh dengan lagu Inggeris cover version. Cuma lagu Legenda (Sheila Majid) dan Merpati sahaja lagu melayu.
11. Mungkin Langitmu Lebih Biru (Mawi AF3)
Lewat tahun lalu Mawi releasekan Single ni. Saya rasa antara single Mawi yang paling lambat sekali menangkap halwa telinga para pendengar dan merangkak-rangkak dalam semua carta lagu. Punya ler lembab. Ada yang kata lagu ini untuk Ina… ya ia memang sebuah lagu kekecewaan. Tapi bukan Mawi yang buat liriknyakan. Saya frust betul dengan video klip lagu ni sebab macam pakai single kamera dan dibuat oleh seorang amatur. Tak ada ini sebarang high tech dan penceritaan dalam klip video ini. Meskipun begitu, dek pukulan raja sms ini, maka video klip ini telah dinobatkan sebagai video klip pilihan semasa AE 2007 mengalahkan Profesor Klon & Joget Lambak yang lebih hebat videonya.
12. Harapan (Fazli Zainal)
Lagu ciptaan Hazami ini saya suka kerna lirik dan melodinya. Pernah menonton beberapa kali Fazli Zainal menyanyikan lagu ini secara live. Boleh tahan juga. Salah satu calon AJL bagi kategori Balada. Lagu ini macam kecewa…. Tapi tajuknya positif. Satu perkembangan yang baik.

13. Terlalu Cinta (Rossa)
Banyak lagu-lagu slow Rossa yang saya suka. Sesuai dengan tajuknya, saya pun terlalu minat lagu ini. Rakan saya di Indonesia ada mengirimkan CD Bajakan Rossa ini, di sebabkan tak puas hati… saya terpaksa membeli yang original elepas itu.
14. Datanglah (Faizal AF4)
Lagu Faizal inipun saya suka juga. Lebih suka daripada Lihatlah yang menjadi single pertama beliau. Video Klip lagu ini tidak kuran hebatnya. Kalau lagi banyak airplay, mesti akan lebih porpular.

15. Joget Lambak (Adam AF2 feat EsDCo)
Lagi satu produk catchy KRU. Lagu ini telah membuatkan saya membeli CD Adam. Ohhh Tidak… malunya nak bagi tau. Tapi Adam dah sign CD saya tuh…. Kehebatan lagu ini antaranya ialah sebab ada featuring EsDCo, rakan-rakan Adam dari Sabah.
16. Ruang Rindu (Letto)
Ini stu contoh lagu yang first time dengar terus tangkap leleh. Suara vokalis dia biasa-biasa jer... tapi lagu ni memang meruntun jiwa... Hidup letto dengan tajuk album berbahasa inggeris....
17. Rimas (The Fabolous Cats)
Dulu Lemas dengan RuffEdge… kini Rimas pula…. “Lari aku lari tinggalkan semua ini untuk cari ketengan diri….”. Lagu ini macam lagu duet, ala-ala lagu mat saleh yang ada vocal, harmoni & rap. Sedap dan santai. Yang saya suka rapping part lagu-lagu daripada Cat Farish nii ialah bahasanya yang puitis.

18. Kasihnya Balqis (Aishah)
Tunggu Aishah nyanyi BEST, BEST kat AJL nanti. Lagu ini sebenarnya menambahkan lagi koleksi lagu dengan Putri Balqis, Siti dah ada, Kumpulan UNIC pun dah ada. Campur Aishah dan jadi tigalah.
19. Sesuatu Janji (Taufik Batisah)
Memang best lagu nii…. Catchy dan santai dari Juara Sulong Singapore Idol. Masih berfikir samada nak beli CD Taufik atau tidak….:)
20. Farhana (Putri Bumi Kenyalang) (Jinbara)
Bila Jinbara nak melebarkan sayap ke Indonesia. Boleh ngetop ke di sana? Sepatutnya Jinbara yang wakil Malaysia dalam Ikon ASEAN kan..kan…kan…
21. Sembunyi (Misha Omar & Andy Flop Poppy)
Ada orang kata Andy bukan pilihan pertama untuk duet dengan Misha. Katanya penyanyi Indonesia. Saya sebenarnya suka juga dengan suara Andy ni… macam ada serak-serak mendalam sikit. Hmmm…. Tapi bila tengok live… macam tak bestlah pulak. Selain AJL, Sembunyi juga akan berentap di Hits 1 Final, Mac nanti.
22. Cinta Zulaika (Mawi AF3)
Masa 1001 Gemilang baru-baru ini, Mawi telah mendendangkan lagu ini dalam versi balada. Lagi sedaplah pulak. Meskipun begitu… saya rasa lagu ini bakal berentap dalam AJL 23, tak caya…? Tunggu.
23. Gemuruh (Faizal OIAM)
Lagu tema My Starz LG ni memang sedap. Mula-mula macam tak pasti adakah ia suara Faizal. Malangnya lagu ini tidak dispin di Era, Cuma boleh dengar di HOTfm sahaja.
24. 2 X 5 (Ahli Fikir)
Ahli Fikir…. Memang sinis berfikir… quekquekquekquekquekquek….
25. Persis Mutiara (Mila AF 5)
Bila single versi studio nak dikeluarkan?

Nota Jase:
Susah gila sebenarnya nak dapatkan 25 lagu Melayu ini.... saya rasa makin kurang lagu-lagu yang sedap dihasilkan oleh komposer tempatan. Kalau kita ke Tower Records pun, kebanyakan CD yang dijual adalah CD Kompilasi lagu-lagu lama. Lagu-lagu Indonesia pula banyak yang good and have komersial value sebab itu mereka boleh eksportkan product mereka ke sini. Contoh, Judika kalah Ikon ASEAN tapi lagunya porpular di sini, bagaimana pula Jac yang kalah Asian Idol & Ikon ASEAN? Adakah lagu-lagu Jac porpular di Indonesia? Hmm.... Mawi tengah rakam lagu untuk pasaran Indonesia.... bagaimana nasib beliau nanti?

Friday, December 28, 2007

JaseBoard International HOT 25 for Year 2007 !!!

JaseBoard INTERNATIONAL HOT 25 for Year 2007

01. Sorry, Blame It On Me (Akon)
* Apa perlu lagi distorykan... inikan My Pop Anthem for 2007 !!! And Akon is REAL Superb masa Konsert kat Cyberjaya tempohari !!! I like the lyrics, I like the Melody, I like the Video Clip. Harap-harap Akon can come up with brilliant song like this lagi in 2008.

02. Give It To Me (Timbaland feat Nelly Furtado & Justin Timberlake)
* Jika Producernya Timbaland, lagunya mesti Superb abis... cuma yang saya tak puas hati... saya rasa lagu ni macam Nelly Furtado feat Timbaland & Justin lah... Hahahaha. Lagu ni selalu buat saya goyang2 dan tak jemu2 dengar.

03. Kiss, Kiss (Chris Brown feat T-Pain)
* The New Prince of R&B and he is just 18 !!! Lagu ni BEST giler, Video Clip pun BEST giler. CB memang teror menari giler. Kira pengganti Usherlah nii... Kalau memiliki CD si CB... ada lagi satu lagu yang BEST yang bakal masuk carta NEXT Year... With You tajuk dia. Kat US lagu ni dah hit dah...

04. Gallery (Mario Vazquez)
Tak sia-sia jadi DROP OUT from American Idol. Hasilnya Album yang "Mahal" dan diterbitkan oleh producer yang power. Single pertama dari Album Mario ialah lagu ni Gallery. Lagu ni abaou seseorang yang memerhati seorang gadis dari luar dan seimpati dengan nasib gadis itu... Apalah guna jika hidup seperti lukisan dalam sebuah galeri?

05. If That’s OK With You (Shayne Ward)
A real transformation the the winner of X Factor of UK yang datang ke Malaysia pertengahan tahun ini. Shayne dah boleh menari dan tak bergantung pada lagu-lagu mushy-mushy ballad lagi. Perkembangan yang sihat, Lagu yang catchy habis.

06. Stronger (Kanye West)
Another brialliant producer yang boleh come-out dengan lagu-lagu yang tak terjangkau di fikiran saya. Dengar lagu ini, jika tengah feeling down... it will make you feel stronger !!!

07. The Sweet Escape (Gwen Stefani feat Akon)
Masa tengok Gwen perform dengan Akon masa American Idol this year macam tak best sangat lagu ni. Akon pun nampak tak berapa serasi dengan Gwen. Tapi lama-lama... jadi makananlah pulak. Ini kira macam lagu yang lambat masuk bagi saya...

08. Umbrella (Rihanna feat Jay-Z)
Umbrella... atau Cinderella? Saya sebenarnya tak suka sangat suara Rihanna yang sengau-sengau sikit nii... Tapi lagu terlalau radio friendly. Kalau dah tiap-tiap hari on air, memanglah sedap juga akhirnya. Both singing and rapping part sama power.

09. Home (Daughtry)

This single was released during American Idol. From X AI jugak. Ada banyak lagu BEST dalam CD Daughtry nii... but this is my FAVOURITE. Sampai Sekarang saya masih tak percaya macam mana Chris boleh sampai Top 4 saja. He should win instead of Taylor Hicks. Taylor Who?

10. I Wanna Love You (Akon feat Snoop Dogg)
Another Akon's Song dalam Konvicted. I really LOOOOVEEEE this song. Antara lagu yang saya jadikan Ringging Tone. Memang tak jemu dengar walaupun saya x minat sangat dengan Snoop Dog, But Akon punya part superb. Forget about the lyrics, this is really a catchy song.

11. That Girl (Frankie J feat Chamillionaire)
With some R & B dan latin influence, this is really a good song ditambah pula dengan Cham... punya rapping... make it complete. Tak sangka mereka boleh collaborate. Suara FJ pun not badlah... Lagu ini mengingatkan saya pada suatu kisah lama.

12. Big Girls Don’t Cry (Fergie)
The Video is Superb. Actually the only Fergie's song yang saya suka. Boleh juga dia nyanyi ballad.

13. The Way I Are (Timbaland feat Keri Hilson)
Another production from Timbaland Shock album. Macam ada kesalahan grammar. Entah ler... But... ini memang catch giler. kalau boleh macam nak ulang berkali-kali dengar lagu ini dalam sehari. Accept me the way I am... or I are?

14. Make Me Wonder (Maroon 5)
Antara lagu yang sekali dengar saya dah suka. Adam punya suara saya tak gemar sangat. Tapi lagu ni best.

15. Say It Right (Nelly Furtado)
Nelly Furtado... apa lagi yang mampu saya katakan. If you want it, say it right.Timbaland turut menyibuk dalam video clip ni... jangan marah ker Tim...

16. Baby Love (Nicole Scherzinger feat will.i.am)
Entah bila lagu nii famous. Tup-tup saya rasa macam sedap sangat lagu nii... The only PCD yang boleh nyanyi. Antara lagu moderate yang tak jemu-jemu dengar. I need to have this mp3 lah.Kenapa will.i.am buat lagu rang sedap... lagu dia sendiri entah apa-apa.

17. Beautiful Girls (Sean Kingston)
A bad influence song? Betul jugak... kalau kena reject ngan beautiful girl... tak guna bunuh diri... carik lain aja. Bak kata pepatah melayu... bunagn biukan sekuntum. Terlalu santai.

18. Wait For You (Elliot Yamin)
Another drop out from American Idol yang dapat produce better single than juara dan naib juara. Actually Elliot & Chris yang patut masuk final. Another Love song yang bakal jadi malar segar.

19. Make Me Better (Fabolous feat Ne-Yo)
Another rapper yang perasan bagus dan produce lagu yang bagus. Lagu ni saya suka Fabolous punya part compared to Ne-Yo. Another good influence song. Nowadays... rapper & hiphopper pundah kurang buat lagu-lagu yang tak senonoh dah...

20. Wall to Wall (Chris Brown)
I missed this song masa di realease. Mula kenal lagu ni masa dah dengar Kiss, Kiss. Better late than never... Tapi memang sedap lagu nii... The Vidoe Clip pun best. CB jadi Vampire lagi... Adakah ini influence daripada Wacko Jacko?

21. Wadsyaname (Nelly)
Lagu Nelly mesti masuk Carta saya !!!! Tengah tungu Full Album from the only Non Gangster Rapper ni!!! I wish one day leh dapat sponsor tiket gi tengok Konsert Nelly kat US or UK... Bangkok pun tak per BUT with Back Stage Pass and I will bring all his CD that I collect.

22. 4 In The Morning (Gwen Stefani)
Half Malaysian? Yes.... Rugi tak gi tegok Konsert Gwen kat Malaysia tempoh hari. She's COOL. This song berhantu beb !!! Wow.. sesekali Gwen nyanyi ballad, cair !!!

23. Irreplaceable (Beyonce)
Hit Song 2007 di buka oleh lagu ini. Best juga.... to the left, to the left !!! Sebab dah lama sangat... left out sampai No 23... hahaha. Awek Jay-Z nii...

24. Hey There Delilah (Plain White T’s)
Antara lagu yang tak di sangka-sangka sedap. From No where. But... This song is so simple and nice.

25. Easy (Paula DeAnda feat Bow Wow)
Paula & Bow Wow. Bikin Goyang. It is so easy to love this song and the video clip. Good Work for both.




Nota Jase :
Banyak betul Single yang sedap-sedap direleasekan sepanjang tahun ini. Naik pening saya untuk memilih 25 lagu yang paling dekat di hati. Tahun ini agak berbeza daripada tahun lepas dimana cuma 1 lagu sahaja yang di terbitkan di UK yang masuk my personal chart; lain-lainnya semua US Based Artists dan juga US Citizen. Banyak artis yang singgah di carta saya dua tahun berturut2 seperti Akon, Justin Timberlake, Nelly, Nelly Furtado, Chris Brown dan Frankie J. Dan seperti yang dijangka... My Pop Anthem for 2007 menjuarai carta ini.

My Best Friend Enemy???



Bulan November 2007 yang lalu saya sempat menonton filem berbahasa Sepanyol dari Chile yang berjudul "My Best Friend Enemy" @ "Mi Mejor Enemigo". Sebetulnya, ada Pesta Filem di Wisma Kebudayaan Soka Gakkai Malaysia!!! Ibero American Film Festival ini menayangkan filem-filem berbahasa Sepanyol dari negara-negara seperti Brazil, Chile, Colombia, Cuba, Equador, Mexico, Peru, Uruguay, Venezuela & tentulah Sepanyol. Niat di hati memang nak menonton banyak filem menarik seperti 'Two Sons of Francisco - Brazil', & 'In Boundless City - Sepanyol' tapi tak terkejarlah pulak. Ada tuntutan lain...
My Best Friend Enemy, memang menarik. Kisah berlatar belakangkan konfrontasi di antara Argentina & Chile pada tahun 1978. Apabila kedua-dua angkatan tentera bertemu di Selatan Sempadan kedua-dua negara dalam situasi di mana sempadan juga kurang pasti maka banyaklah perkara-perkara yang tidak difikirkan berlaku. Di sana mereka belajar tentang kehidupan sebenar yang melangkaui batasan samada mereka adalah 'Chilean' atau 'Argentinan'. Lebih mengeruhkan keadaan sebenarnya tentera-tentera ini sebenarnya tidak tahu apakah tujuan sebenar mereka perlu berperang sedangkan di antara Chile dan Argentina sebenarnya rakyat mereka ada yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat. Tentera ini sekadar menurut perintah Pemerintah tanpa soal.
Begitukah kehidupan?

Thursday, December 27, 2007

27 Des 07

27 Disember 2007 bukanlah tarikh keramat atau istimewa untuk saya memilih tarikh ini bagi kembali 'memblog'. Setelah sekian lama menyepi, rasa ingin kembali lagi ke alam maya ini. Jari-jemari ini terasa semakin menggatal untuk menulis setelah beberapa purnama menyepi... lama juga.
Sebenarnya saya kecewa dengan penulis blog yang menggunakan blog untuk menghentam orang lain dan memalukan mereka dengan kata lain; memegang prinsip "blog ini aku punya, aku punya sukalah". Saya sama sekali tidak setuju kerana blog bukanlah seperti diari peribadi yang kita tulis dan simpan untuk tatapan persendirian. Blog dalam dunia tanpa sempadan ini, boleh di baca oleh 'any tom, dick and harry'; dan kesannya amat besar. Tapi rasanya saya malas nak mengulas panjang lagi. STOP - Kita tutup cerita.
InsyaAllah, saya akan terus 'memblog' selagi terdaya. Untuk rakan-rakan bloggers yang lain - Nizam, Cute, Zeyhey, Chotto & SpiderX... hari-hari anda tidak akan sepi lagi selepas ini. Tambahan pula bahang AF6 makin terasa... Gali Kak Mah jangan tak gali...
Selamat Tahun Baru Masehi 2008 !!!

Tuesday, September 4, 2007

Kamera Antik Untuk Bidaan (3)


Lagi satu kamera antik untuk bidaan. Kamera Digital jenama Canon. Canon PowerShot A80; 4 Mega Pixel, 3X Optical Zoom, CF 256MB, 4 Rechargeable Bateri Saiz AA. Still in good condition. Sila hantar bidaan anda ke jasemario@gmail.com. Bidaan bermula dari RM350.




Monday, September 3, 2007

Kamera Antik Untuk Bidaan (2)


Saya juga memiliki lagi sebuah kamera digital untuk dibida. Sebuah kamera digital jenama Olympus – Camedia FE-5500. 5.0 Megapixel, 12X Optical+Digital Zoom, Lithium Rechargeable battery, XD memory card = 256MB. Jika ada yang beminat untuk membeli sila letakkan harga bidaan anda dengan menghantar e-mail ke jasemario@gmail.com Nilai bidaan bermula dari RM350.

Jangan lupa sertakan No Telefon untuk dihubungi Jika ada kawan-kawan anda yang berminat juga boleh mrnghubungi saya di e-mail di atas juga.

Selamat membida.

Kamera Antik Untuk Bidaan (1)


Saya memiliki kamera antik yang masih menggunakan negative filem jenama Olympus µ - III Wide 100. Jika ada yang beminat untuk membeli sila letakkan harga bidaan anda dengan menghantar e-mail ke jasemario@gmail.com. Nilai bidaan bermula dari RM150.

Jangan lupa sertakan No Telefon untuk dihubungi Jika ada kawan-kawan anda yang berminat juga boleh mrnghubungi saya di e-mail di atas juga.

Selamat membida.

Monday, August 27, 2007

(7) Semarakkan Kemerdekaan Malaysia ke 50 - Mug Malaysiaku Gemilang


RASA Medan Selera - Food Arena juga tidak mahu ketinggalan untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan ke 50 tahun ini. RASA ada dua lokasi di Kuala Lumpur, satu di Alamanda Putrajaya dan satu lagi di Suria KLCC.
Jika ingin minum 'air kemerdekaan'bolehlah membeli Mug Malaysiaku Gemilang Edisi RASA ini. Tak mahal, cuma RM4.00 sahaja. Sayapun tidak ketinggalan membeli satu. Lain kali mungkin boleh beli lagi, manalah tahu jika ingin menghadiahkan kepada teman-teman di luar negara !!!

Friday, August 24, 2007

(6) Semarakkan Kemerdekaan Malaysia ke 50 - Kad Touch N Go Edisi Terhad Sempena 50 Tahun Kemerdekaan


Isnin lalu Touch N Go telah melancarkan Kad Touch N Go Edisi Terhad Sempena 50 Tahun Kemerdekaan. Kad Istimewa ini menggunakan Imej 'Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957'. Gambar yang usianya bakal mencecah 50 tahun.
Berhari-hari saya cuba mendapatkannya; baru tengah hari tadi berjaya memilikinya. Kad Istimewa ini cuma dijual di Touch N Go Hub di Kl Sentral. Dalam perjalanan untuk Solat Jumaat di Masjid Jamek; saya dan Jian telah melencong ke Kl Sentral. Kad ini berharga RM20 di mana RM10 harga kad & RM10 'top-up'.
Tidak ramai yang mengumpul Kad Touch N Go. Ada juga rakan-rakan yang pelik kenapa saya beria-ia sangat ingin memiliki kad istimewa ini. Tapi saya rasa berbaloi jika kita memiliki edisi terhad ini; kerana ia dilancarkan selaras dengan sambutan kemerdekaan. Setakat ini saya telah memiliki 4 Kad Touch N Go sebenarnya. Versi Original, versi Kad Kopetro, versi Edisi Terhad Visit Malaysia Year -Millions of Colours dan yang terbaru Edisi Kemerdekaan. Semuanya masih aktif digunakan. Satunya telah dihadiahkan buat yang tersayang.
Bagi saya; imej pengisytiharan kemerdekaan ini amat unik dan menarik. Jika kita lihat tangan Almarhum YTM Tunku semasa melafazkan 'Merdeka'; tangannya lepas (seperti mengangkat sumpah) - yang menandakan kita bebas dari penjajahan British. Sekarang ini jika kita melafazkan 'Merdeka' setiap kali ulang tahun kemerdekaan, tangan/jari-jemari harus digenggam - menandakan kemerdekaan mesti dipertahankan. Itulah simboliknya.

Thursday, August 23, 2007

MY NEW POP ANTHEM FOR 2007 - “SORRY, BLAME IT ON ME” BY AKON


Sorry, Blame It On Me"
As life goes on I’m starting to learn more and more about responsibility
I realize everything I do is affecting the people around me
So I want to take this time out to apologize for things I have done
And things that have not occurred yet
And the things they don’t want to take responsibility for
I’m sorry for the times I left you home
I was on the road and you were alone
I’m sorry for the times that I had to go
I’m sorry for the fact that I did not know
That you were sitting home just wishing we
Could go back to when it was just you and me
I’m sorry for the times I would neglect
I’m sorry for the times I disrespect
I’m sorry for the wrong things that I’ve done
I’m sorry I’m not always there for my son
I’m sorry for the fact that I'm not aware
That you can’t sleep at night when I am not there
Because I am in the streets like everyday
Sorry for the things that I did not say
Like how you are the best thing in my world
And how I'm so proud to call you my girl
[Bridge]
I understand that there are some problems
And I am not too blind to know
All the pain you kept inside you
Even though you might not show
If I can apologize for being wrong
Then it’s just a shame on me
I’ll be the reason for your pain and you can put the blame on me
[Chorus]
You can put the blame on me [4x]
Said you can put the blame on me [3x]
You can put the blame on me
Sorry for the things that he put you through
And all the times you didn’t know what to do
Sorry that you had to go and sell those packs
Just trying to stay busy till you heard from Dad
And you would rather be home with all your kids
As one big family with love and bliss
And even though Pops treated us like kings
He got a second wife and you didn’t agree
He got up and left you there all alone
I’m sorry that you had to do it on your own
I’m sorry that I went and added to your grief
I’m sorry that your son was once a thief
I’m sorry that I grew up way too fast
I wish I would’ve listened and not be so bad
I’m sorry your life turned out this way
I’m sorry that the FEDS came and took me away
[Bridge]
I’m sorry that it took so long to see
They were dead wrong trying to put it on me
I’m sorry that it took so long to speak
But I was on tour with Gwen Stefani
I’m sorry for the hand that she was dealt
For the embarrassment that she felt
Just a little young girl trying to have fun
Her daddy should never let her out that young
I’m sorry for Club Zen getting shut down
I hope they manage better next time around
How was I to know she was underage
In a 21 and older club they say
Why doesn’t anybody wanna take blame
Verizon backed out disgracing my name
I’m just a singer trying to entertain
Because I love my fans I’ll take that blame
Even though the blame’s on you [3x]
I’ll take that blame from you
And you can put that blame on me [2x]
You can put that blame on me
And you can put that blame on me
geovisit();
Nota Jase :
Bukan mudah untuk kita meminati sesebuah lagu dengan cuma sekali sahaj mendengarnya. Tapi Akon kali ini telah berjaya melakukannya, sekurang-kurangnya telah melakukan untuk saya. Cuma sekali dengar saya sudah jatuh cinta dengan lagu ini, melodinya - suaranya - liriknya; semuanya saling melengkapi. Maka saya isytiharkan "Sorry, Blame It On Me' sebagai 'My Pop Anthem for 2007'. Lagu yang dicipta selepas 'incident' yang berlaku di Club Zen, Trinidad ini memang betul-betul melambangkan kemurnian hati Akon memohon maaf. Jika di amati liriknya - juga turut menyentuh perkara-perkara yang pernah berlaku dalam hidup akon. Jika ada yang belum memiliki album Akon - Konvicted. Bolehlah dapatkan edisi Platinum ini yang menyenaraikan 3 lagu bonus termasuk lagu ini. Eh.... bila saya nak tulis pasal Konsert Akon di Cyberjaya ni??

Wednesday, August 22, 2007

(5) Semarakkan Kemerdekaan Malaysia ke 50 - Pakailah Unity Band !!!

UB50 @ Unity Band "Malaysia Tanah Airku" "I Love MY"
Pernah nampak tak Band ni? Inilah yang dinamakan Unity Band 50 @ UB50. Cantik dan menarik kan? Merahlah pulak tu. Saya dapat UB50 ni semasa menonton Smack That Party – Akon Live In Malaysia hari Ahad, 19 Ogos yang lalu kat Cyberjaya (Ingat nak buat posting pasal konsert tu… tunggulah bila ada mood…). Apa yang menariknya UB50 ni? Kenapa kita patut pakai untuk menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan ini?

Begini ceritanya… UB50 adalah symbol yang menjelaskan mengenai ciri-ciri mengenai kepelbagaian, bersatu sebagai Warganegara Malaysia. Sebagai tanda yang menunjukkan ciri-ciri keunikan kita sebagai rakyat Malaysia. Warna merah pula melambang darah yang mengalir dalam urat nadi kita. Meskipun kita berbeza bangsa, agama dan kepercayaan; satu faktor yang menyatukan kita semua ialah kita adalah rakyat Malaysia.

Sempena dengan sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 50 Tahun, marilah kita ramai-ramai memakai UB50 bagi meraikan keunikan kita Bangsa Malaysia dengan semangat Bersatu @ Unity.

Personality Selebriti mana yang telah memakai UB50 ini? “Duracell Bunny” @ Nicol David adalah salah seorang personaliti yang bukan sekadar menyokong projek UB50 tetapi juga memakainya !!! Yang lain-lain tuu…. Saya nak kena survey lagi…. Ahaks.

Maklumat lanjut ??? e-mel saja kepada
ask@ub50.com.my atau layari laman web www.ub50.com.my

Kat mana pula nak dapat UB50 ni? Hmm… hubungi Hitz.fm, Era.fm, Mix.fm, Lite.fm, Thr.fm

Lagi satu….. kita boleh daftar our UB50, saya pun nak daftar my UB50. No Siri saya ialah 0553079. Bila nak surf nii…?

Nicol David dengan Unity Bandnya...:)


Sunday, August 19, 2007

(4) Semarakkan Kemerdekaan Malaysia ke 50 - Beli CD Lagu-Lagu Patriotik dan Putarkanlah..!!!


Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ini saya pun sudah mula memutarkan lagu-lagu patriotik samada di kereta ketika memandu ataupun di 'laptop' sambil bekerja. CD 'Keranamu Malaysia' ini saya beli tahun lalu. Selaras dengan Tema Hari Kemerdekaan ke 49; Keranamu Malaysia. Jika ada yang ingin membeli CD tersebut tahun ini, EMI ada mengeluarkan kembali CD ini dalam bentuk 'Repackage' ini dengan nama baru iaitu 'Malaysiaku Gemilang'; sesuailah dengan Tema Hari Kemerdekaan ke 50 - Malaysiaku Gemilang. Tahun lepas harganya RM24.90, yang bagusnya tahun ini dah turun harga - RM19.90 sahaja. Hebat Tawarannya...
Antara lagu-lagu patriotik menarik dan malar segar dalam kompilasi ini termasuklah 31 Ogos (Sudirman); Warisan (Sudirman); Saya Anak Malaysia (dR Sam); Standing in Eyes of the World (Ella); Taman Rohani (Hillary feat Saleem & Arab) dan Radio Malaysia (Sudirman).
Setahun sekali layan lagu Merdeka.... apa salahnya !!!

Saturday, August 18, 2007

(3) Semarakkan Kemerdekaan Malaysia ke 50 - Mengingati Kembali Tema-tema Hari Kebangsaan Sejak 1970

Tema bagi Hari Kebnagsaan mula diperkenalkan sejak sambutan pada tahun 1970. Sejak itu berbagai tema telah digunakan. Yang paling menarik ialah penggunaan tema "Keranamu Malaysia"; yang digunakan sebanyak 7 kali dari tahun 2000 - 2006. Antara tema yang saya paling ingat pula ialah tema bagi tahun 1987 - Setia Bersatu Berusaha Maju. Sambutan Kemerdekaan bagi MRSM Utara ketika itu di adakan di MRSM Berseri, Perlis dimana saya telah mewakili Kontingen MRSM Kulim. Kami telah membuat Persembahan Sajak Patriotik dan juga saya mewakili MRSM Kulim dalam Pertandingan Berbalas Pantun.
Jika ada tema, mesti ada Lagu Temanya juga. Selain lagu 'Keranamu Malaysia' yang sebati dengan jiwa kita, saya juga amat meminati Lagu Tema Hari Kebangsaan 1986 - 'Bangsa Tegas Negara Teguh'.
Berikut saya senaraikan Tema-Tema Hari Kebangsaan yang telah digunakan sejak 1970 hingga 2007. Manalah tahu jika ada Kuiz Nasionalisme; bolehlah rujuk di sini. Tak gitu?

Tema Hari Kebangsaan 1970 – 2007

1970 - Muhibah dan Perpaduan
1971 - Masyarakat Progresif
1972 - Masyarakat Adil
1973 - Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 - Sains Dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 - Masyarakat Berdikari 1976
1976 - Ketahanan Rakyat
1977 - 20 Tahun Bersatu Maju
1978 - Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 - Bersatu Berdisiplin
1980 - Berdisiplin Berbakti
1981 - Berdisiplin Berharmoni
1982 - Berdisiplin Giat Maju
1983 - Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 - Amanah asas Kejayaan 1985
1985 - Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 - Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 - Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 - Bersatu
1989 - Bersatu
1990 - Berjaya
1991 - Wawasan 2020
1992 - Wawasan Asas Kemajuan
1993 - Bersatu Menuju Wawasan
1994 - Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 - Jatidiri Penggerak Wawasan
1996 - Budaya Penentu Kecapaian
1997 - Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 - Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999 - Bersatu Ke Alaf Baru
2000 - Keranamu Malaysia
2001 - Keranamu Malaysia
2002 - Keranamu Malaysia
2003 - Keranamu Malaysia
2004 - Keranamu Malaysia
2005 - Keranamu Malaysia
2006 - Keranamu Malaysia
2007 - MALAYSIAKU GEMILANG

Friday, August 17, 2007

(2) Semarakkan Kemerdekaan Malaysia ke 50 - Membeli Kemeja T Yang Bertemakan Hari Kemerdekaan ke 50 Tahun


Baiknya juga sekali sekala membeli Kemeja T yang bertemakan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 50. Tapi... janganlah membeli saja, perlulah dengan bangga menggayakannya juga. Saya kira makin banyak syarikat yang mengeluarkan kemeja T baik berkolar ataupun tidak berkolar bagi sama-sama meraikan kegemilangan ini; dan DFP dan MPO juga tidak ketinggalan. Aahh... ada yang tak tahu apa itu DFP & MPO.... hmmmm.... DFP ialah Dewan Filharmonik PETRONAS sementara MPO pula ialah Malaysian Philharmonic Orchestra.
MPO tahun ini menyambut ulang tahun kesepuluh, selain daripada mengadakan konsert-konsert hebat, MPO juga mengadakan jualan murah juga di perkarangan antara Menara 1 dan Menara 2, Menara Kembar PETRONAS. Sayapun ambil peluang untuk membeli t-shirt, payung, mug dan keychain. Kira memborong jugaklah.... Jika membeli lebih daripada RM40, maka kita akan dihadiahkan dengan satu (1) tiket persembahan. Hebatkan....:)
Apa-apapun, saya masih mencari masa yang sesuai untuk menggayakan t-shirt sambutan Kemerdekaan ke 50 Tahun ini.... kena tunggulah masa dan ketikanya.

Thursday, August 16, 2007

(1) Semarakkan Kemerdekaan Malaysia ke 50 - Memahami Tema & Logo Sambutan Kali Ini





Pagi tadi saya ada terbaca dalam sebuah blog yang menulis tentang 50 perkara yang boleh dilakukan untuk menyambut 50 tahun Kemerdekaan Malaysia. Saya pun turut teruja sama untuk menulis tentang apa yang saya boleh lakukan untuk menyemarakkan lagi sambutan yang gemilang ini.


Pertama sekali saya perlu memahami dan berkongsi maklumat dengan rakan-rakan mengenai logo dan Tema Sambutan Kemerdekaan ke 50 tahun ini.


Tema Sambutan Kemerdekaan ke 50 tahun ini ialah "MALAYSIAKU GEMILANG" (yang perlu disebut mengikut nada lagu rasmi sambutan kali ini..:))


Sementara rasional kepada rekabentuk logo ini yang diilhamkan dari Jalur Gemilang sedang berkibar, bendera kebanggaan kita. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan kita kepada Malaysia.

Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang pula angka kosong, maka hasilnya angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50.

Bahagian di hujung angka 5 adalah stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan kita bersama.

Dasar logo adalah bulat ‘italic’ ke kanan melambangkan dinamiknya kemajuan yang pesat yang dialami oleh Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan.

Bentuk bulat juga melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan.

Warna merah dan putih melambangkan keseluruhan rakyat Malaysia.


Warna biru bermaksud perpaduan rakyat.


Warna kuning adalah melambangkan ketua negara, Yang di-Pertuan Agong dan kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun usia kemerdekaan Malaysia.


Sama-samalah kita Menggemilangkan Malaysiaku Gemilang !!!

Wednesday, August 15, 2007

Pantun-Pantun Klasik Saya....

Main Sempua Atas Jambatan
Buah Delima Masih Di Tangan
Pengalaman Ketua Jadikan Ikutan
Ilmu Di Dada Jadikan Amalan

Medang Sila Cantik Buahnya
Jangan Dituba Ikan Bawal
Luaskan Minda, Tunjangkan Fakta
Timbangkan Rasional, Emosi Dikawal

Batang Jati Dibuat Titi
Mengkudu Dipetik Buat Hadiah
Dalam Diri Perlu Berbudi
Bagaikan Putik Menjadi Buah

Pohon Kundang Bercabang Empat
Buat Bekal Ke Kuala Derga
Resmi Seorang Ahli Korporat
Kailnya Sejengkal Lautan Diduga

Pohon Jati Tumbuh Di Rimba
Dahan Bercabang Jatuh Tercampak
Biarkan Berbudi Di Tempat Kerja
Duduknya Canggung, Berdirinya Tegak

Cahaya Kandil Bunga Senduduk
Melur Juga Dicari Dara
Jika Kecil Usah Menunduk
Jika Besar Usah Melanda

Kain Cindai Cantik Laksana
Jahit Langsir Di Waktu Senja
Kepalang Kita Mula Bekerja
Pasir Sebutir Jadikan Permata

Hendak Kubawa Sampan Kolek
Simpang Kuala Tanah Seberang
Mana Mungkin Ikhtiar Bergolek
Akal Pula Takkan Melayang
Nota Jase :
Entah bila saya karang pantun-pantun inipun saya tak ingat, tiba-tiba saja terjumpa di dalam laci meja di stor saya... elok juga dikongsi bersama... agar ada faedahnya.

Monday, August 13, 2007

Pantun-Pantun Nikah


SIRIH ADAT DIJUNJUNG SEDIA
GUBAHAN OLEH ANDAM BERADAT
JUADAH HIDANGAN TELAH TERSEDIA
JEMPUT PENGANTIN MAKAN BERADAT

BELACAN UDANG TANJUNG DAWAI
IKAN MASIN MASIH DIJEMURAN
KELUARGA YANG JAUH SUDAHLAH SAMPAI
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN

TERBANG SEKAWAN SI ANAK PUNAI
BURUNG SERULING MUKA MERAH
JEMPUT PENGANTIN MAKAN BERDAMAI
MARI MULAKAN DENGAN BISMILLAH

JONG PERAK NAKHODA KEMUDI
JONGOK BATU TEMPAT MENUMPANG
ABANG BERBUDI ADIK BERBUDI
DARI BUDI TIMBULNYA SAYANG

SAYANG SI RUMIA HATINYA CEKAL
DARI BUKIT TURUN KE DAERAH
ABANG DAH KASI EMAS SEJENGKAL
HARI INI KITA BERNIKAH

AJONG PERAK LAYAR KESUMBA
LAYAR KESUMBA SAMPAI KE MUARA
ABANG BERCINTA ADIK BERCINTA
KE JINJANG PELAMIN KITA AKHIRNYA

MAIN PANAH TANAH SEBERANG
HAJAT SAMPAI JARI SEPULUH
ADIK BERDOA UMUR PANJANG
SELAGI HAYAT KITA BERJODOH

MINUM SERBAT DI HUJUNG WARONG
TAMBAH MANAS SIRA GULA
JIKA ADINDA BERANAK SULONG
BERTEMU KEKANDA PUTERA BONGSUNYA

KAIN BIRU JADI PEMIDANG
KAIN DI JAHIT LIPAT TEPI
JAUH SUNGGUH TETAMU DATANG
TERIMA KASIH SEIKHLAS HATI

DALAM KENDI KAIN BERLIPAT
DITAMBAH PULA HARUM KASTURI
ANDAI BETUL ABANG NAK IKAT
IKAT ADINDA SAMPAI KE HATI

ANYAM KETUPAT TEBAKUL BARU
SAMBIL MENYAMYAM DUDUK BERSIMPUH
JIKA KASIH TELAH BERPADU
IKHLAS DI HATI TERPANCAR SUNGGUH

MALAM INDAH BINTANG MENINGGI
BINTANG KEJORA CAHAY BERLEKOK
JUMPA SEKUNTUM BUNGA YANG WANGI
LANTAS KU TURUT SAMPAI KE POKOK

ABANG BERPANTUN ADIK BERPANTUN
TIADA KALAH TIADA MENANG
KAMI MENYAMBUT SUSUN MENYUSUN
SAMA RAIKAN PENGANTIN DATANG

DALAM PETI BUNGA CEMPAKA
BUNGA MELOR DI TENGAH LAMAN
KASIH SAYANG SAMA DICIPTA
JODOH PERTEMUAN DI TANGAN TUHAN

BULAN MENGAMBANG DI MALAM HARI
CAHAYA SINGGAH, DATARAN PULAI
MAJLIS GAHARI INDAH BERSERI
SAMA MENYAMBUT PASANGAN MEMPELAI

PANJATKAN SYUKUR, RABUL ALAMIN
MENADAH TANGAN PENUH KEPASRAHAN
MEMPELAI TERSENYUM DI ATAS PELAMIN
SAMA CANTIK SAMA PADAN

PERAHU SINGGAH, MUATAN SARAT
EMAS PERAK, INTAN PERMATA
IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT
DALAM KUALI BERTEMU JUA

KANAK-KANAK MAIN SEMPUA
MAIN SEMPUA BERSAMA-SAMA
DAHULU SEORANG KINI BERDUA
SUSAH SENANG HIDUP BERSAMA

INDAHNYA MALAM LANGIT BERCAHAYA
SINAR BINTANG TAMPAK BERSERI
ASAL KENAL MULA BERMESRA
CINTA BERSEMI MENGIKAT JANJI

PESTA TAMU TEMPAT BERTEMU
SAMBIL MENJAJA BERAMAH MESRA
HATI BERTEMU JANJI DIPADU
SELANJUR BERCINTA BERUMAH TANGGA

MAIN RODAT DI KUALA DIPANG
DIPANGGIL AYAH BERTALU-TALU
SAHUT-SAHUTAN PALUAN KOMPANG
KEDUA MEMPELAI TERSENYUM MALU

PERAWAN JAWA JANGAN BERGUNDAH
TERUNA KEDAH MENGHULUR TEPAK
MANISAN, BUAH, SIRIH DIPERSEMBAH
ADAT DIJUNJUNG DIPINGGIR TIDAK

BUNGA MELOR DIHUJUNG DAHAN
TEPIAN KALI, SEPARAK JEJAWI
MARI MEMANJAT DOA KESYUKURAN
SEGALA ADAT SEMPURNA KINI

AYAH DAN IBU SELALU BERPESAN
ANAK MENANTU SAMA DIINGATKAN
SUAMI ISTERI BERKASIH KASIHAN
BERKASIH SAYANG SESAMA INSAN
Kepada rakan-rakan pembaca blog saya yang ingin menggunakan pantun-pantun ini untuk majlis perkahwinan masing-masing , keluarga terdekat atau rakan-rakan; saya izinkan. Kalau sudi berilah kredit untuk saya.

Sunday, August 12, 2007

Perdu Batu Seremban


Saya sempat pulang ke kampung pada 10-12 Ogos. Memandangkan kedua orang tua saya berada di rumah saya hampir seminggu, saya mengambil kesempatan untuk menghantar mereka pulang ke kampung Jumaat lalu. Kami sampai di kampung saya di Kulim, Kedah lebih kurang jam 4 pagi, 11 Ogos 2007. Perjalanan yang amat mencabar memandang sebelum itu saya perlu mengambil Angah saya di Genting Highland juga. Kami menuruni Genting melalu Batang Kali, cuma masuk semula ke Lebuhraya PLUS di Tanjung Malim.
Semasa lepak-lapak bersama emak sambil mengait buah rambutan di laman rumah di kampung; yang sudah tiba hujung musim sempat saya mengambil gambar bekas pokok pulasan yang kini cuma tinggal perdunya sahaja setelah di tabang oleh emak semasa ingin membuat paga batu baru. Kini perdu pulasan itu di jadikan sokongan untuk pokok-pokok orkid. Sayang sekali, jika tidak tentu saja saya dapat merasa lagi buah pulasan hasil usaha saya. Apa yang menggamit memori saya ialah pokok pulasan ini adalah hadiah kemenangan saya sebagai Juara Pertandingan Batu Seremban semasa Pesta Konvo UPM tahun 1991 semasa saya baru menjejakkan kaki ke sana. Meskipun tinggal perdu sahaja, kenangan ini adalah manis setiap kali pulang ke kampung. Kali terakhir saya memenangi pertandingan batu seremban ialah dalam tahun 2002 di TIKA 2002 di PERMATA, Bangi. Teringin juga nak masuk lagi pertandingan rakyat ini...

Sunday, July 29, 2007

8TV Wet & Wild Party - 21 July 2007

Thanx to Alif OIAM kerana 'reserve'kan saya 2 tiket 8TV Wet & Wild Party.... boleh gak saya gi sana ahaks... ingat nak gi ngan Lisa.... tup2 plan berubah, so gi lah ngan Mus. Tapi kami tak mandipun... di sebabkan awal sangat... tak laratlah saya nak tunggu sampai konsert... akhirnya tak sempatlah nak tengok Alif beraksi... :)

Ini acara permbukaan... Tarian Hakka kot. Yang selalu pemain ragbi New Zealand buat masa pertandingan ragbi... boleh tahan jugak ler penari2 Sunway ni agaknya... Kalau saksikan sampai habis.... penari pompuan lagi daring... siap ada api lagik.



Antara finalis So You Think You Can Dance.... Alam tak adalah pulak. Saya tak follow sangan rancangan ni sebenarnya... tapi ada jugalah tengok sikit-sikit



Saya dengan Shake.... dan peserta yang India ni lupalah pulak nama dia.....:) Boleh tahan jugak dia orang ni menari sebenarnya





Antara permainan yang ada, tapi saya tak cuba pun sebab dok habis masa jawab soalan Kuiz !!! Pukul... jangan tak pukul... kasi terlentang. Jawab kuiz?...Banyak jugalah free gift yang saya dapat bawa balik...



Quickie !!!


Bergaya ngan keter 8TV lah pulak !!!


Ni haa... Alam dah sampai.... penari Malaysia yang dapat RM 50K tuh !!!



Terkejutlah pulak jumpa Stef Music Unlimited !!!








Thursday, July 19, 2007

9 Jun 2007 - Undangan Tenda Jingga


Bahasa Cinta (2)
Bahasa Cinta
Nan Terbentang
Meresap di Jiwa
Lantas Hati Jadi Pasrah
Melihat Semua Citra Jadi Terindah
Detik Ini Sebenarnya Bukan Lagi Rahsia
Tika Cinta Berada di Puncaknya
Tika Dua Jiwa Patrikan Janji Untuk Bersama
Lantara Ijab dan Kabul pun Jadi Saksi
Kasihpun di Meteri Padu
... dan Pawana Seakan Menyanyi Tanda Merestui
Terlafazlah Kasih dan Sayang Penuh Kerelaan
Kerana Ia Lahir dari Jiwa
Suci dan Mulia
Ungkapan Bahasa Cinta Ini
Tersemat Rindu dan Kasih
Kerana Di Sini
Bermula Kehidupan Lebih Bermakna...
Reedza; April 2007

Wednesday, July 18, 2007

26 Mei 2007 - Undangan Tenda Biru


Bahasa Cinta (1)
Indahnya Bahasa Cinta
Membuat Aku Rasa Gembira
Mewarnai Sukma dan Rindu
Menjiwai Pesona Hati
Menjadikan Maya
Impian Seisi Persada
Begitulah Saktinya Bahasa Cinta
Membuatkan Tubuh Terpaku, Hati Terkesima
Membuka Mata, Meluruskan Minda
Terus-terusan Mengamati
Terasa Ingin Memiliki dan Dimiliki
Selanjur Bahasa Cinta Ini
Mengukir Seribu Janji Manis
... dan Begitulah Bahasa Cinta
Indahnya Tika di Kemuncak
Tika Dua Jiwa Jadi Satu
Terikut di Gerbang Rumah Tangga
Reedza; April 2007

Sunday, July 15, 2007

Terbang Helang - Treasure Hunt KKP 2007


Bila KKP kembali lagi, saya pun teringin juga untuk turut serta dalam treasure hunt. Niat mulanya memang nak kekalkan kumpulan Tekad Bukit Pantai kami yang asal. Malangnya Amiza tidak dapat turut serta. Bila Aizan dapat tahu dia pun ingin turut serta dan diajaknya pula Wafa (her office mate). Maka genaplah kumpulan kami seramai 4 orang semuanya yang gila dan gila-gila.
Pencarian bermula seawal 7 pagi dengan dimulakan dengan pendaftaran, senam robik, Misi 1 (mencari kesalahan logo 50 tahun kemerdekaan) dan seterusnya hunt sekitar Bangi. Soalannya ya amat susah.... sign boad pula banyak yang kecil-kecil. nak dipendekkan cerita, kami tidka berjaya menggondol sebarang hadiah utama ataupun tak utama.
Yang pastinya Aizan, Naz & Wafa.... U Guys ROCK !!!!
Eh... Terbang Helang tu nama Kumpulan kami... konon-kononnya nak tandingi Flying Monkeys !!!

Friday, July 13, 2007

Saya Percaya Mawi !!!

Gambar terbaru Mawi dengan saya di AC Di Sini, 13 Julai 2007. Jangan risau Mawi, sokongan padu sentiasa di sisi.



Mawi... merenung akan nasib beliau yang tak habis-habis dilanda tsunami gossip !!!

Saya baru pulang dari menyaksikan secara live AC Di Sini di Astro sebenarnya. Rasa terpanggil untuk terus mengemaskinikan blog saya. Rasa macam banyak sekali yang ingin saya tulis, meskipun begitu... macam tak sanggup sahaja. Mengantuk sangat... tambahan pula esok seawal 7.00 pagi saya perlu berada di Bangi untuk 'Treasure Hunt'.

Sudah lama sebenarnya saya tidak menonton AC Di Sini secara live di studio. Seingat saya semenjak musim kedua bermula, belum pernah sekali saya menjejakkan kaki. Sehinggakan Konsert AC Di Sini di Dataran Merdeka juga saya terlepas !!! Sampai ada rakan-rakan yang mengusik, bertanyakan samada saya telah di'ban' dari Astro !!! Mana mungkin...

Ada dua perkara penting yang ingin saya perkatakan/jelaskan sebenarnya. Pertama, saya percaya Mawi tidak terlibat dengan ganja,dadah atau yang seumpama dengannya dan tidak lalok di Sydney. Apa lagi yang saya perlu sangsikan jika Mawi sanggup bersumpah secara eksklusif di AC Di Sini yang beliau tidak terlibat seperti yang di dakwa dan sanggup pula menjalani ujian air kencing bila-bila masa.

Setelah dua hari berturut-turut saya berjumpa Mawi saya juga memang tidak percaya sama sekali yang beliau terlibat. KES DI TUTUP.

Yang Kedua pula, saya juga sempat berjumpa dengan AC Mizal. Alamak... memang dah lama menghilangkan diri dari rancangan ini. Sempat berbual pendek. AC pun bertanyakan akan kehilgan saya. Masih ingat lagi beliau akan geng-geng saya yang sejak awal menyokong rancangan ini (siri pengenalan yang menjemput Datin Seri Tiara & suami, Datuk Seri Effendi, sejarah tuh). Jawaban standard saya kenapa lama tak nampak kelibat mestilah kesibukan bekerja dan asyik out station sahaja.

Namun begitu, saya rasa... saya akan kembali ke AC Di Sini dan menyokong rancangan ini, insyaAllah. Untuk AC... AC Di Sini memang Sempoi. InsyaAllah minggu depan jumpa lagi.

Eh.... Mana Zizan???

Thursday, July 12, 2007

'Lelong' Mawi di Mid Valley

A... ha... bergambar lagi ngan Mawi. masa ni dah abis program dan Mawi dah nak balik ni kot. Tersengih sakan Mawi bila saya suruh dia senyum. Katanya asyik nak kena senyum lebih saja selalu...:)

Ni lak si Galzean; tak ngaku minat Mawi. Bila dah dapat bergambar siap suruh saya print cepat-cepat sebab nak tunjuk kat awek dia lah pulak...


Ni bukti yang saya memang sampai kat Maybankard Treats Fair.


Mawi nyanyi tiga lagu dengan baik. Terhibur dan kelakar habis persembahan kali ini. Angan dan Sedar, Demi Dia dan Kian. Tengoklah tuu... dengan penuh perasaan.


Sakan Mawi dok melelong M-Mobile. Sayang saya baru beli HP baru... kalau tak boleh jugak join sekaki masuk 'auction'.

Begitulah serius bercampur kelakarnya Mawi dalam acara lelongan HP M-Mobile. Tak cukup dengan HP, siap sign kat kotak, poster dan campur sekali ngan cap yang saya nak tuh...

Mawi tengah sign kotak HP. Dengan cuma 6500 points... ada sorang nyonya dapat memilikinya...

Mula-mula saya berjanji dengan Mus, Cute dan Galzean. Akhirnya... setelah Cute kurang sihat dan Mus pula masih terperangkap di Tanjung Malim 'Kundang'. Cuma saya dan Galzean yang dapat turut serta. Itupun Si Galzean ni sempat nak main sandiwara lagi, sebelum betul-betul sampai ke KLCC. Akhirnya... Mid Valley... here we Come !!!

Demi mengejar masa, kami naik Putra LRT dari KLCC ke KL Sentral. Sambung pula dengan KTM Komuter dari KL Sentral ke Mid Valley. Sampai di Mid Valley... makan di tempat paling murah..... "Makan Place" dan Solat Maghrib. Nasi Ayam Portugis..... macam sedap jer....

Lepas Solat Maghrib... bekejaran kami ke Maybankard Treats Fair. Jam sudah menunjukkan 8.15 malam. Ingatkan Mawi dah nyanyi, rupanya 'auction'pun belum bermula lagi. Sempat juga saya 'diganggu' oleh seorang Sales Girl Credit Card Maybank yang menawarkan saya menjadi pelanggan. Oh Tidak.... saya ada masalah dengan kad kredit sekarang, nak kena rasionalise semulalah. Setelah mengambil tempat duduk, saya minta tolong Galzean untuk bertanya awek tadi.... samada dia boleh bagi kami back stage pass jika saya ambil kredit kad dengan beliau. dan jawapannya sudah tentu tidak. "No Back Stage Pass, No Credit card sign up"... Selamat, Hahahaha.....
Selepas Auction untuk pemegang Maybankard, Mawi teruskan lelongan HP M-Mobile di Booth M-Mobile; sempat juga saya jengok ke sana.

Persembahan Mawi diteruskan semula selepas itu. Mawi nyanyi 3 lagu... Angan dan Sedar, Demi Dia (ini lagu tone untuk in-coming sms saya sekarang) dan Kian (makin lama makin sedap pula lagu nii....).
Secara keseluruhan.... BEST !!!

Wednesday, July 11, 2007

The New 7 Wonders Of The World

070707… memang satu tarikh keramat yang cantik, menarik dan banyak ditunggu oleh pelbagai lapisan masyarakat. Antara yang menarik ialah ramai pasangan ‘love birds’ yang mengambil tarikh ini untuk memetri janji dengan ikatan perkahwinan, pasangan suami isteri pula inginkan anak lahir pada tarikh ini, membeli hartanah dll. Tetapi yang paling menarik ialah pada tarikh ini ialah ‘Official Declaration of The New 7 Wonders’ of The World' telah dilakukan di Lisbon, Portugal dengan gilang gemilang.

Jika "the Ancient 7 Wonders' of The World" dahulu cuma dipilih oleh seorang individu; yakni penulis purba Greek – Antipater of Sidon; kali ini suasananya lebih meriah di mana kita sebagai penduduk dunia telah diberi peluang untuk menyatakan pendapat (yakni mengundi) secara on-line, sms & panggilan telefon sejak beberapa tahun lalu lagi. Diberitakan lebih kurang 100 juta undian telah diterima (kurang daripada penduduk Indonesia sebagai perbandingan, sebenarnya atau 4 kali ganda penduduk negara kita). Saya pun tidak ketinggalan untuk turut serta. 7 pilihan saya semasa membuat undian secara on-line bulan Disember yang lalu ialah The Great Wall of China, Petra of Jordan, Taj Mahal of India, Angkor Watt of Cambodia, Piramids of Giza in Egypt, Hagia Sophia in Turkey and Alhambra of Spain. Undian saya Cuma mengena tiga sahaja, sedangkan senarai rasminya ialah :

1. The Great Wall of China
2. Petra of Jordan,
3. Taj Mahal of India
4. Christ Redeemer of Brazil
5. Machu Picchu of Peru
6. Chichen Itza of Mexico
7. The Roman Colosseum of Italy

Antara senarai rasmi ini, yang paling saya rasa mengarut dan ‘x wonder’ langsung ialah Christ Redeemer of Brazil. Secara peribadi saya rasa Piramid adalah lebih layak. Jika ingin tahu dengan lebih lanjut, sila klik di sini

Kalau ada yang sudah lupa dengan ‘The 7 Wonders of The Ancient World’ di sini saya senaraikan semua wonders yang telah lenyap dari pandangan mata @ sudah lenyap itu melainkan Piramid Giza.

1. The Great Pyramid of Giza
2. The Hanging Gardens of Babylon
3. The Statue of Zeus at Olympia
4. The Temple of Artemis at Ephesus
5. The Mausoleum at Halicarnassus
6. The Colossus of Rhodes
7. The Lighthouse of Alexandria

Tuesday, July 10, 2007

Gadget Terbaru Saya...


Setelah sekian lama saya bernyanyi-nyanyi ingin memiliki laptop sendiri, akhirnya Ahad lalu (8 Julai 2007) tercapai juga. Dua hari saya dan Lisa 'survey' di Plaza Low Yat sebelum memutuskan apakah bentuk, 'brand' dan 'spek' lap top yang ingin saya miliki. Banyak faktor yang perlu di ambil kira... hendak memutuskan 'brand' sajapun mengambil masa yang lama. Apa keperluan saya untuk memiliki laptop? Hmm.... selain daripada 'gadget' ini telah lama dimiliki rakan-rakan terdekat.... saya juga ingin selalu meng'update' blog, 'download' lagu... ooohhh tidak... ahaks, 'burn cd', nonton movie, 'check e-mail', buat keje pejabat di rumah dan 'surf internet'lah...
Budget saya? Entahlah... dah terlebih budget sikit nii.... tapi tak mengapa (macam lagu V.E. lah pulak)... Berikut saya senaraikan 'spec' laptop saya...
- Intel Core 2 Duo processor T5500
- 1.66GHz, 667 FSB/2MB L-2 Cahce
- 1024MB DDR2 RAM, 160GB SATA HDD
- 14.1" Wide Screen CrystalBrite TFT LCD
- ATi Radeon HD 2300 with up to 896MB Hyper Memory
- DVD Super Multi Double Layer Drive
- Modem, LAN, 802.11 a/b/g Wireless LAN
- 3xUSB, TV Output, VGA Port
- Intergrated Bluetooth, 5-in-1 Card Reader
- 1.3MP Camera, Express Card Slot
- Microsoft Windows Vista Home Premium
Tentunya selepas ini... makin banyak 'posting' dalam blog.... dan bolehlah kita selalu chat dan berbalas e-mel.... kan... kan... kan...