Friday, August 24, 2007

(6) Semarakkan Kemerdekaan Malaysia ke 50 - Kad Touch N Go Edisi Terhad Sempena 50 Tahun Kemerdekaan


Isnin lalu Touch N Go telah melancarkan Kad Touch N Go Edisi Terhad Sempena 50 Tahun Kemerdekaan. Kad Istimewa ini menggunakan Imej 'Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957'. Gambar yang usianya bakal mencecah 50 tahun.
Berhari-hari saya cuba mendapatkannya; baru tengah hari tadi berjaya memilikinya. Kad Istimewa ini cuma dijual di Touch N Go Hub di Kl Sentral. Dalam perjalanan untuk Solat Jumaat di Masjid Jamek; saya dan Jian telah melencong ke Kl Sentral. Kad ini berharga RM20 di mana RM10 harga kad & RM10 'top-up'.
Tidak ramai yang mengumpul Kad Touch N Go. Ada juga rakan-rakan yang pelik kenapa saya beria-ia sangat ingin memiliki kad istimewa ini. Tapi saya rasa berbaloi jika kita memiliki edisi terhad ini; kerana ia dilancarkan selaras dengan sambutan kemerdekaan. Setakat ini saya telah memiliki 4 Kad Touch N Go sebenarnya. Versi Original, versi Kad Kopetro, versi Edisi Terhad Visit Malaysia Year -Millions of Colours dan yang terbaru Edisi Kemerdekaan. Semuanya masih aktif digunakan. Satunya telah dihadiahkan buat yang tersayang.
Bagi saya; imej pengisytiharan kemerdekaan ini amat unik dan menarik. Jika kita lihat tangan Almarhum YTM Tunku semasa melafazkan 'Merdeka'; tangannya lepas (seperti mengangkat sumpah) - yang menandakan kita bebas dari penjajahan British. Sekarang ini jika kita melafazkan 'Merdeka' setiap kali ulang tahun kemerdekaan, tangan/jari-jemari harus digenggam - menandakan kemerdekaan mesti dipertahankan. Itulah simboliknya.

No comments: