Kiss Me Thru The Phone
Songwriters: Sceffer, J; Way, Deandre;
Soulja Boy Tell 'Em
Baby you know that I miss you, I wanna get with you tonight
But I cannot baby girl and that's the issue
Girl you know I miss you, I just wanna kiss you
But I can't right now so baby kiss me thru the phone, I'll see you later on
Kiss me thru the phone, see you when I get home
Baby I know that you like me, you my future wifey
Soulja Boy Tell 'Em, yeah
You can be my Bonnie, I can be your Clyde
You could be my wife, text me, call me
I need you in my life, yeah all day everyday I need ya
And every time I see ya my feelings get deeper
I miss ya, I miss ya, I really wanna kiss you but I can't
Six, seven, eight, triple nine, eight, two, one, two
Baby you know that I miss you, I wanna get with you tonight
But I cannot baby girl and that's the issue
Girl you know I miss you, I just wanna kiss you
But I can't right now so baby kiss me thru the phone, I'll see you later on
Kiss me thru the phone, see you when I get home
Baby I been thinking lately so much about you
Everything about you, I like it, I love it
Kissing you in public, thinking nothing of it
Roses by the dozen, talking on the phone
Baby you so sexy, your voice is so lovely
I love your complexion, I miss ya, I miss ya, I miss ya
I really wanna kiss you but I can't
Six, seven, eight, triple nine, eight, two, one, two
Baby you know that I miss you, I wanna get with you tonight
But I cannot baby girl and that's the issue
Girl you know I miss you, I just wanna kiss you
But I can't right now so baby kiss me thru the phone, I'll see you later on
Kiss me thru the phone, see you when I get home
She call my phone like
Da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da
We on the phone like
Da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da
We taking pics like
Da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da
She dial my number like
Da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da
Six, seven, eight, triple, nine, eight, two, one, two
Baby you know that I miss you, I wanna get with you tonight
But I cannot baby girl and that's the issue
Girl you know I miss you, I just wanna kiss you
But I can't right now so baby kiss me thru the phone, I'll see you later on
Kiss me thru the phone, see you when I get home
Nota Jase : Alamak... malas giler nak update blog. Bukan sahaja banyak kerja di 'kantor' malahan aktiviti persendirian pun boleh tahan banyaknya terutama di hujung-hujung minggu. Apa-apa pun harap-harap anda semua berada di dalam situasi yang amat memberangsangkan dalam kehidupan sambil mendengar dan menonton video klip salah satu lagu yang amat saya minati tahun ini. This boy is so amazing !!! Baru jer 18 tahun but this song is marvelous. This song is from his second album. Mesti tahu kan... kan.. kan... Dan... esok saya akan menghadiri program latihan residential selama 5 hari. Waduh... Waduh....
Sunday, June 14, 2009
Kiss Me Thru The Phone The Video - Soulja Boy Tell 'Em
Sunday, June 7, 2009
Tahniah Alif OIAM 1 !!!

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH kepada ALIF OIAM 1 kerana telah mengharungi cabaran PLKN dengan berjaya sekali. Tahniah juga kerana telah di anugerahkan Anugerah Khas Komandan, Kem PLKN Princess Haliza, Kumpulan 2 Siri 6/2009. Sebenarnya, saya berkesempatan menghadiri Majlis Penutup Program Latihan Khidmat Negara Kem PLKN Princess Haliza pagi tadi bertempat di Padang Kawad, Kem PLKN tersebut. Meskipun tiba agak lewat tetapi masih sempat menyaksikan peristiwa-peristiwa penting. Kami pulang lebih kurang jam 1.00 petang setelah semuanya selasai. Terasa benar yang kehadiran Alif di dalam program ini bukan sahaja memberi impak yang positif terrhadap program PLKN itu sendiri tetapi juga membuahkan hasil yang amat lumayan buat Alif dalam menempuh kehidupan sebagai artis selepas ini. Kita nantikan sahaja...:)Nota Jase : Lagu Alif "Akan Tiba" baru sahaja di calonkan di dalam MuzikMuzik 2009. Bagaimanakah lakaran lagu ini di dalam carta? Dari apa yang saya difahamkan Alif yang muncul dengan Album baru. Yang ini memang saya tunggu !!!
Saturday, June 6, 2009
Is This My New Dream Car?

Mula-mula nampak iklan KIA Soul ini di dalam surat khabar inggeris di dalam penerbangan dari Doha ke KLIA. Terus jatuh cinta akan reka bentuk kereta ini. Tambahan pula kereta yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut berwarna Oren dengan motif perak yang amat ranggi dan anggun. Betul-betul mengancam!!! Bila pulang ke tanah air, puas saya 'meng'Google dan 'meng'YouTube mencari maklumat lantas bertemulah dengan iklan KIA SOUL yang menggunakan hamster ini. Cute giler !!! Hmm... adakah di Malaysia nanti ia akan di namakan 'NAZA Soul' ataupun 'NAZA Jiwa'? Kita tunggu saya. Yang pasti saya akan ke ruang pameran kerana telah teruja. Namun persolan terus bermain difikiran... Adakah Jiwa ini akan menjadi kereta kelima yang akan saya beli? Cuma masa dan kedudukan ekonomi yang akan menentukan. Jika ada rakan-rakan adala maklumat berkenaan kereta ini... jangan lupa berkongsi ya !!!
Friday, June 5, 2009
...at The Southernmost Point of...
Istimewanya Taman Negara ini adalah kerana ia merupakan "the southernmost point of Mainland Asia". Memandangkan saya dan Lisa pernah menjejaki "The Tip of Borneo @ Tanjung Simpang Mengawai" maka lawatan ini merupakan pelengkap kepada lawatan tersebut. Sementara Arnie pula ini merupakan lawatan kali kedua ke sini. Dalam pada itu, Tanjung Piai adalah impian 'Cuti Cuti Malaysia' saya yang telah lama tertangguh sebenarnya. Ketika menghadiri Majlis Menyambut Memantu di Kampung Mawi (FTA) Disember lalu imipan ini lebur dek kerana keletihan dan semua ahli rombongan ingin pulang awal.
Taman Negara Tanjung Piai adalah santuari alam sekitar di mana tanah, pinggir laut, unggas dan ikan dan tumbuhan paya bakau serasi mengharung hidup. Lebih kurang 90 kilometer dari kesibukan Bandaraya Johor Bahru, cara yang terbaik untuk sampai ke sini ialah dengan memandu (dek kerana tiada perkhidmatan bas yang samapai ke sini). Tiket masuk adalah RM3.00 seorang. Taman Negara ini di buka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kami meulakan perjalanan agak lewat setelah menikmati sarapan pagi di Old Town White Coffee. Perjalanan agak mencabar juga dan kami tiba lebih kurang jam 11.30 pagi setelah menghampiri 1 jam perjalanan. Bermula di lebuhraya, melewati jalan persekutuan sehinggalah merintis denai tanpa tar.
Antara kemudahan yang terdapat di sini termasuklah jeti, menara pandangan, denai laluan, tapak perkhemahan, galeri informasi, kompleks pelancong, platform memancing, kiosk cenderamata dna juga kedai makan. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah 'bird watching', 'raptors migration', 'park trails' dan 'sunset view'. Kami menghabiskan masa lebih kurang 1 jam 30 minit di sini sebelum meneruskan perjalanan. Kan... Muzium Nenas dan Jom Heboh dah menanti !!!

Thursday, June 4, 2009
Let's Go Ananas !!!
Hujung minggu lalu di mana 'kegilaan' saya dan Lisa menjadi-jadi, kami meluncur ke selatan tanah air selepas waktu kerja hari Jumaat. Sebagaimana yang telah di ketahui rakan-rakan YM, saya dan Lisa singgah untuk 'bertanya khabar' dan 'bertandang' ke rumah Arnie di Taman Perling JB. Memang banyak cerita, tetapi untuk entry ini saya akan fokuskan kepada 'Cuti Cuti malaysia' kami di Muzium Nenas di KM 52 Jalan Pontian. Kiranya ini merupakan perjalanan pulang kami dari Tanjung Piai setelah gagal untuk meninjau Muzium Bugis (sebab terlepas) dan makan di Restoran Kak Erna dan Abang K dek kerana hari Ahad ianya cuma di buka jam 4 petang dan Kak Erna juga ketika itu sedang berada di KL. Jadi lokasi menarik yang kami singgah ialah Muzium Nenas.
Muzium ini terletak di laluan pelancongan "JB - Kukup - Tanjung Piai" mengambil masa kira-kira 45 minit dari JB. Muzium ini menjadi rujukan utama jika kita ingan mengetahui tentang industri nenas negara. Antara pameran yang di ketengahkan ialah berkenaan sejarah nenas di Malaysia, pengenalan kepada tanaman nenas (ada banyak maklumat biologi yang cara-cara mengenal nenas). Di pameran Agronomi nenas pula kita boleh mendapatkan maklumat berkenaan penyelidikan nenas di Malaysia. Jika berminat untuk menjadi pengilang nenas tin ada pameran menunjukkan pemerosesan nenas kaleng. Tahukah anda yang terdapat 18 jenis nenas? Muzium ini dikendalikan oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor Darul Takzim. Jika tersesat di Pontian apa salahnya berkunjung ke sini, lagipun tiket masuk cuma RM2.00 seorang. Dan saya... puas meninjau muzium ini.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa gambar ini tidak di ambil di Muzium Nenas. Apa yang pasti tiada jualan nenas di muzium tersebut. Jadi, jika ingin merasa keenakan Nenas Josephine, Nenas Moris, Nenas Sarawak dan lain-lain lagi bolehlah singgah di tepi jalan di kawasan ini yang banyak menjual hasil pertanian Negeri Johor Darul Takzim !!!
Wednesday, June 3, 2009
Adik Angkat Harian Metro !!!
Saya mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Iqwal... seingat saya saya lebil suka memanggilnya Iwal sahaja... Nasib baik sempat berjumpa di JB. Mula-mula memang beria sakan nak menghadiri Pelancaran Album Iqwal '09 pada 30/5/2009 di istana Budaya tetapi sebab kami telah menyusur ke JB maka memang elok sangat melunaskan janji dengan Iqwal di sini meskipun lewat sehari !!! Iqwal yang mula dicungkil bakat ketika berumur 12 tahun kini telah remaja, 17 tahun lah tu... dah ada jerawat pun... Ooppsss !!!
Sempat lagi Iqwal menandatangani CD terbaru beliau untuk saya. Pertemuan memang singkat. saya pun perlu memberi peluang kepada peminat Iqwal juga untuk beramah mesra dengan beliau. Lgipun tak apa... saya masih boleh berhubung dengan Iqwal melalui FB kan. Hmm... kalau nak tahu Iqwal ini di katakan boleh menyanyikan lagu di dalam 14 bahasa termasuk Spanish, Itali, Hindi, Mexico, Jepun, Tagalog, Arab dan sudah tentu Bahasa Melayu & Inggeris !!! Hebat tuu...
Ini adalah kulit CD Iqwal yang ditunggu-tunggu itu. Mengandungi 8 buah lagu dengan 4 trek bonus minus one. Dijual dengan harga RM25 sekeping (katanya harga istimewa di Jom Heboh). Berbaloikah untuk melabur? Sudah tentu berbaloi. Album ini bersandarkan kepada kemampuan Iqwal menyanyi lagu pelbagai rentak. Sesuai untuk semua golongan, meskipun ada lagu yang terlalu 'muda' untuk saya. Dari 8 lagu ini 4 memang betul-betul telah menghantui saya berlandaskan dengan 3 kali pusingan CD yang saya putarkan ketika pulang dari JB ke KL pada 31/5/2009 yang baru lalu. Trek pumbukaan "Akan Ku Kembali (Nas Afandi)" memang akan membuatkan kita melekat untuk terus mendengar keseluruhan album. Sedikit sebanyak menaikkan lagi 'rating' Iqwal di mata saya. Trek Ketiga " Sendiri (Hadi Hassan/J Looi)" juga hebat dan memenuhi halwa telinga saya. Saya juga meminati "Iqwal '09 (Pak Ngah/Siso) yang berentak Irama Malaysia dan "Ku Bawa Cinta (M. Nasir/Ad Samad)" yang sedikit berat. Jika di radio, kini Iqwal berkumandang di udara dengan "Cukup Cukup (Hadi Hassan/ J Looi)". Apa ditunggu lagi, dapatkan segera di Music Store berhampiran !!!. Jika ingin mengetahui perkembangan terbaru Iqwal; klik di sini.Monday, June 1, 2009
Jom Metro !!!

Sekali sekala memang berbaloi membayar RM5.00 untuk menghiasi muka depan akhbar tabloid utama Malaysia. Memang benar saya lebih menggemari Kosmo berbanding Metro malangnya tiada pula 'booth' Kosmo di Jom Heboh @ Danga Bay Ahad lalu. Dan tentunya banyak cerita yang ingin saya kongsi tentang apa yang berlaku hujung minggu lepas. Tetapi nanti dulu... izinkan saya berehat. Di 'booth' Metro juga saya bertemu dengan Adik Angkat Metro. Siapa dia? Tunggu saya entry selepas ini. Ada lagi... Apakah hubungan singa, tanjung & nanas?
Subscribe to:
Posts (Atom)