Saturday, May 23, 2009

Sudan... My First Overseas Business Trip in 6 Months...:)




Kami empat sekawan tiba di Lapangan Terbang Khartoum Sudan lebih kurang jam 7.50 malam waktu tempatan. Ada sedikit kekeliruan berlaku ketika 'mengadap' Imigresen Sudan mengenai Visa Masuk ke Sudan tetapi Alhamdulillah telah berjaya di selesaikan dengan aman. Kalau tidak, mungkin saya kena kuarantin !!! Baru sahaja selesai satu masalah timbul pula lagi satu masalah. Tapi sebelum itu... seperti biasa, kami disambut oleh Agen Pelancongan Olympia Travel (ini merupakan proses biasa - semua kemasukan ke Sudan perlu diuruskan oleh agen yang kemudian akan menyimpan tiket penerbangan dan passport antarabangsa anda - jadi jangan terkejut). Yaa... kejutan seterusnya ialah kesemua 4 kotak yang kami bawa (termasuk manual peserta kursus, manual ahli panel, hadiah, buku, cenderamata, alat tulis dan makanan yang dipesan oleh sahabat) di geledah oleh kastam. Penat jugalah menjawab semua persoalan sebelum di lepaskan 20 minit kemudian tanpa sebarang cukai.

Perjalanan ke Kompleks Penginapan memakan masa lebih kurang 20 minit sahaja - nasib baik. Alhamdulillah. Sampai sahaja di kompleks tersebut kami telah disambut oleh rakan-rakan samada yang telah di kenali ataupun tidak. Tn Haji Ayob pula kemudian mengajak kami untuk makan malam di rumahnya usai 'check-in' dan menghantar barang-barang. Kami dijamu dengan satu makanan istimewa ala-ala mee bungkus !!! Enak juga makan sambil bersembang dengan Haji Jenal dan isteri... tidak sedar pula waktu di Malaysia ia telah menunjukkan jam 2.30 pagi !!! Dan keesokannya saya ada tiga mesyuarat yang perlu di hadiri. Cabaran !!!

Pada 14 Mei 2009 saya cuma menghabiskan masa dengan bermesyuarat dengan 3 potensi klien bagi membuat perancangan untuk program latihan mereka dari bulan Ogos sehingga Disember 2009. Di samping itu sempat lagi melawat Kompleks Pejabat baru PDOC. Pizza yang dihidangkan Sudapet juga tidak habis di makan namum 'fruit punch'nya amat menyelerakan. Kami menikmati makan tengah hari di Amwaj dan sudah tentu 'kharuf' menjadi hidangan utama. Mango Juicenya... Wow !!! Marvelous. Di sebelah petang setelah kembali ke kompleks saya, Mail & Oxford membantu Mas untuk sesi temua bual dengan Pegawai No 1 di sana. Big Boss. Apa lagi, ambil kesempatan untuk bergambar jugalah saya. Lebih kurang jam 6.30 petang kami pulang untuk berehat sehinggalah kami keluar semula lebih kurang jam 8.15 malam untuk sesi supper !!! Early Supper dengan rakan-rakan baru dan lama. Ada yang mencuba Sisha Sudan di sini. Sembang punya sembang sampai mengantuk !!!

15 - 16 Mei 2009, hari-hari saya dan rakan-rakan di penuhi dengan persiapan dan finale program. Banyak jugalah kerja-keja minit terakhir yang perlu saya lakukan seperti membuat montaj, meyiapkan sijil peserta, cenderamata untuk panel, mengambil gambar dan lain-lain lagi. Banyak juga momen menarik yang tak mampu saya ceritakan di sini - ada juga yang confidential. Tapi ini semuanya pengalaman berada di Sudan yang tidak mampu saya lupakan. Di sebelah malam pada 15/5/2009 kami sempat makan malam di rumah salah seorang kawan Mail - En Paska Mia (orang besar yang minat melukis). Mas yang banyak bercakap. Bila saya sebut tentang Yusof Gajah... So Oxford buat lawak lantas bertanyakan samada Mas kenal akan Norman Tikus??? Chicken Chop & Tiramisu Kak Zuraidah enak sekali. Di sebelah petang (16/5/2009) kami sempat ronda-ronda Bandar Khartoum mencari cenderamata dan bergambar. Kami cuma sempat bergambar di Burj Al Fateh yang seakan-akan Burj Al Arab di Dubai. Saya juga membeli jubah di Souq Arabia. Sempat lagi Solat Magrib dan jamak bersama Isya' di Masjid (khabarnya Masjid ini Sumbangan kerajaan mesir - saya lupa pula namanya). Kami pulang dengan keadaan yang amat letih sekali.

17 Mei adalah hari terakhir kami di Khartoum. Di sebelah paginya saya ada lagi satu mesyuarat begitu juga dua rakan lain. Usai mesyuarat dan melawat Guest House WNPOC saya mengajak rakan-rakan lain untuk menjamah sarapan pagi tradisi Sudan (dah jam 10.00 pagi - kira 'Brunch') . Tempat 'breakfast' ini agak 'back door' - mungkin bagi yang terlampau mementingkan kebersihan tidak sanggup makan agaknya..:). Tapi makanannya cukup enak sekali. Balik semula ke Kompleks penginapan untuk mengambil Kak Jas (tour guide kami) dan meneruskan sesi berjalan-jalan dan membeli belah di Khartoum. Kami ke Omburman untuk mencari cenderamata dan rasanya hampir 4 souq yang kami jelajahi (saya lupa namanya pula tetapi salah satunya Souq Libya). Tidak banyak yang dapat di beli. kerana tidak banyak yang berkenan di hati... (tapi saya terkilan kerana tidak membeli seterika besi buatan India yang sememangnya murah). Singgahan terakhir ialah hotel milik Malaysia iaitu Holiday Villa untuk bergambar dan membeli kek buat Kak Jas yang menemani kami sepanjang perjalanan. Tiba semula di Kompleks kira-kira jam 3.30 petang untuk makan tengah hari. Saya pula perlu bergegas bertemu dengan rakan sekerja di sana kerana ada beberapa lagi pesanan. Tambahan pula Jam 5.30 petang kami sudah perlu bertolak ke lapangan terbang. Perlu mandi dan 're-pack' bagasi. Sempat ke?

Kami tiba di Lapangan Terbang Khartoum kira-kira jam 6.15 petang. 'Check-in' semula memang tiada masalah. Cuma Business Loungenya tidak menarik sangat dan Kapal terbang bertolak awal. On time cuma perlu bergerak sejam awal menaiki kapal terbang. Penerbangan mengambil masa 3 jam untuk tiba di Doha. Tansit selama lebih kurang 1 jam sebelum meneruskan perbangan ke KLIA yang memakan masa 7 jam 10 minit. Kami tiba di KLIA kira-kira jam 2.00 petang, 18 Mei 2009.

Jika ada yang bertanya kenapa sedikit sangat gambar-gambar di Sudan. Jawaban yang mudah ialah memang sukar untuk mengambil gambar di sini kerana terlalu banyak pantang larang, silap-silap hari bulan di tahan pihak berkuasa jika tersalah tempat !!!

Jika ada yang ingin membeli 'fridge magnet' pula yang saya terjumpa hanyalah 'fridge magnet' bendera Sudan di lapangan terbang. T-shirt Sudan? Jangan Mimpi hendak berjumpa. kebanyakan kraftangan pula lebih berunsur Kenya.

Ini hanyalah cebisan daripada pengalam berharga saya... Tak gitu Mas, Mail & Oxford?

1 comment:

Mas said...

Hmm, more than six months later, I finally got to read the sinopsis of our time in Sudan.
Thank you for the good time.
Norman Tikus? Mati-mati I ingat dia serious! Itulah bila percayakan orang ni, tegak-tegak diperkenakan.
The most thing thoug: I am looking forward to my next Sudan assignment through your account but my co-faci mestilah org yg nak pergi the Nile Rivedr Cruise!Boleh kan?