Tuesday, May 5, 2009

Backyard Monsters & Dinosours Are Back !!!



Hujung minggu lalu Najib datang bermalam di rumah kami. Najib ini jika hendak diikutkan dia berpangkat anak angkat. Tapi Najib ni tak lah memanggil saya babah ke, walid ke, ayah ke, pak cik ke, uncle ke... Najib panggil saya abang saja (Kalau dah panggil saya abang tentulah Lisa di panggil kakak ye). Macam mana Najib ni boleh jadi anak angkat? Dua tahun lalu saya mengikuti Program Sentuhan Kasih anjuran syarikat di mana saya bekerja. Program di bulan Ramadhan ini mengajak para pekerja untuk menaja hadiah hari raya kepada anak-anak yatim yang dipilih. Saya (dan Lisa) telah menaja hadiah untuk Najib yang ketika itu berumur 13 tahun. Perhubungan semasa program selama lebih kurang 5 jam tersebut kekal sehingga kini. Di mana sekurang-kurangnya 2 kali setahun Najib akan bermalam di rumah, pernah juga Najib mengikut saya pulang ke kampung bersama anak-anak saudara saya yang lain. Memandang Najib datang lagi maka kamipun merancang beberapa program dan salah satunya ialah merungkai misteri dinosour dan serangga pelik di belakang rumah.




Pameran Backyard Monsters & Dinosours Are Back ini sedang berlangsung selama sebulan ini di Pusat Konvensyen Mid Valley Megamall Kuala Lumpur akan tamat pada 17 Mei 2009. Tiket Masuk ialah RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak dari 5 - 15 tahun. Pameran di buka dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Ada lebih kurang 9 species dinosour di pameran ini. Jika ingin memegang Ikon Dinosour silakan saja kerana Trynnosaurus Rex @ T-Rex. Selain daripada itu ada juga Deinonychus, Triceraptops dan Apotosaurus. Serangga raksasa juga ada; antaranya ialah belalang mentadu, kala jengking, lebah pepatung dan semut. Antara yang paling menarik minat saya ialah 'mata kumpuan'. Telah 50, 000 orang telah mengunjungi pameran ini termasuk saya, Lisa & Najib. Anda bila lagi? Banyak maklumat yang boleh diperolehi...

No comments: