Ramlee Awang Murshid (RAM) adalah salah seorang novelis yang saya minati, ikuti, hayati dan dalami novel-novel beliau. Mikhail adalah novel ke-14 hasil kreatif RAM yang diterbitkan oleh Alaf 21 (Saya baru tamat membaca novel ini semalam setelah bertungkus-lumus selama lebih kurang 1 minggu !!!). Jika di ambil kira novel yang diterbitkan oleh penerbitan lain mungkin ada 17 naskhah semuanya. Saya cuma ada 16 buah setakat ini !!! Lewat 19 April 2009 yang lalu, seperti biasa; menjadi rutin tahunan saya (dan sekarang Lisa) mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Jika hendak di kira hasil 'urusniaga'; tahun ini merupakan yang paling sedikit sekali saya memborong. Salah satu yang saya sempat mebeli ialah Novel Mikhail ini. Seperti biasa PBAKL memanng penuh sesak dengan pengunjung terutama pada hari Sabtu dan Ahad. Seingat saya kali terakhir saya bergambar dengan RAM kira-kira 7 -8 tahun yang lalu (ketika mula-mula bertemu dengan penulis hebat ini). Satu beg penuh novel beliau saya bawa untuk ditandatangani. Lepas daripada itu sering kali juga saya dalam berbual dengan beliau meskipun saya tidak menjadi ahli RAM Club. (Nanti-nanti ya RAM... tumpuan saya ke arah lain ketika ini).
Hmm.... Mikhail. Seperti biasa... masih lagi berkisarkan thriller antarabangsa. Tetapi kali ini ia lebih tertumpu kepada situasi Malaysia dengan mengambilkira sedikit latar belakang Amerika Syarikat, New Zealand malah Israel !!! Mikhail - pembunuh upahan profesional yang telah di'brainwash' otaknya !!! Kali ini ia bertunjangkan wang ringgit dan kuasa yang menjadi punca segala kemelut. Masih ada lagi unsur 'cintan-cintun' daripada hero-heroin dengan latar yang berbeza. Ada sedikit melodrama dengan elemen ala-ala hindustan dimana cinta lahir pada pandangan pertama, membutakan, menyedarkan lantas mengatasi segala !!! RAM masih lagi suka membelit dan dibelitkan di dalam novelnya. Jika membaca perlu berhati-hati dan penuh tumpuan. Namun begitu... saya cuma di tarik untuk melekat di kerusi dan terus membaca setelah tamat 1/3 daripada keseluruhan novel. Di awal-awal halaman tidak begitu mengujakan dan diujakan. Cuma satu persoalan... Kenapakah RAM tidak melepaskan Inspektor Sharani yang menjadi mangsa keadaan dan menjadikan beliau sebagai teman hidup Inspektor Zetty? kesian dia... Hahaha....
JaseMario, Novel Mikhail & Ramlee Awang Murshid
19 April 2009 @ PBAKL 2009, PWTC
No comments:
Post a Comment