Saturday, December 20, 2008

Selamat Pengantin Baru Che Wiwi & Cik Kikin


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Mawi & Kikin yang akhirnya bergelar suami isteri setelah berbagai rintangan yang ditempuhi. Dengan cuma sekali lafaz di Masjid Sultan Abu Bakar, JB hari ini semuanya telah sah kini. Meskipun saya tidak dapat turut serta dalam upacara akad nikah tersebut, tetapi insyaAllah 28 Disember 2008 ini saya akan ke FTA (Felda Taib Andak laaa).

Ucapan saya, Selamat Pengantin Baru untuk Mawi & Ekin. Semoga Berbahagia sehingga ke akhir hayat. Jangan lupa memborong semua akhbar melayu esok kerana pastinya banyak cerita dan gambar-gambar menarik akan disiarkan.

Nota Jase : Samada secara kebetulan atau tidak tarikh pernikahan Mawi - Ekin di dalam Tahun Hijrah ialah 22 Zulhijjah 1429 yang mana ianya sama dengan tarikh hari lahir saya di dalam Tahun Hijrah juga. Ya... mengikut Takwim Hijrah, ulang tahun kelahiran saya jatuh pada 22hb Zulhijjah setiap tahun. Wow... !!!

No comments: