Monday, December 29, 2008

Catatan 1 : Konvoi KL-FTA/Road Trip to the Wedding of Mawi & Ekin





Azwan tak dapat ikut serta 'last minute'. Ada hal. Jadi Matrix saya hanya memuatkan 3 orang iaitu saya, Lisa & Galzean (yang sempat bermalam di rumah saya sehari sebelumnya). Panggilan telefon SOS untuk mengajak Suzie juga tidak berjawab, jika tidak mungkin Suzie boleh 'join' kami. Lantaran itu kami meneruskan perjalanan ke tempat pertemuan iaitu R&R Seremban. Dalam pada itu, sempat lagi kami singgah di Seksyen 3 Tambahan Bangi untuk bersarapan di 'Kuali' setelah Kedai Kawan masih lagi ditutup !!! (Entah kenapa?). Kami sampai di Stesen PETRONAS R&R Seremban lebih kurang jam 9.50 pagi (janjinya jam 10.00 pagi) di mana Kayriel (Amoy, Fraimee & SaiberLove) dan Kak Husna (Cikgu Jah, Effa & Alia) telah sedia menunggu. Ada dua lagi kereta yang perlu ditunggu iaitu Abby (Eina) & Rezza (Mawin). Jumlah keseluruhan kereta cuma tinggal 5 buah setelah ada yang 'belot' untuk pergi lebih awal atau lebih lewat akibat komitmen lain. Perkara pertama yang dilakukan adalah melekat Sticker Konvoi sebelum meneruskan perjalanan. Kami meneruskan perjalanan lebih kurang jam 10.40 pagi setelah semuanya bersedia mental dan fizikal. Destinasi hentian seterusnya ialah kenduri di rumah Alfonso (juga peminat Mawi) di Bandar Baru Uda, JB sebelum menyerbu masuk ke FTA @ Felda Taib Andak untuk bermalam.

Felda Taib Andak - Here We Come !!!

No comments: