Monday, December 29, 2008

Catatan 3 : Konvoi KL-FTA/Lawatan Ke Teratak Bonda





Sebenarnya saya hampir lupa akan waktu. Begitu pantas ia berlalu. Perjalanan dari BBU ke FTA saya kira mengambil masa lebih kurang 45 minit. Dan... nampaknya Arnie dan Galzean telah tersalah jalan. Ini merupakan kali pertama saya ke sini. Jadi saya cuma mengekori kereta Kayriel. (Sila percaya - saya memang tidak pernah ke sini, meskipun orang kata saya ni 'kipas susah mati' Che Wiwi). Jadi saya agak terpegun dengan kepesatan pembangunan FELDA ini. Bila sampai di 'rumah tumpangan' kami iaitu rumah ibu saudara kepada Kayriel kami semua memakir kereta dan memasukkan semua barang-barang lantas berehat sebentar, bersolat dll. Tidak lama kemudian kami terus ke Teratak Bonda kerana di sana sedang berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Marhaban. Memang kami agak lewat tetapi masih sempat berjumpa dengan pengantin (meskipun tidak dapat bergambar dek kerana kawalan yang agak ketat). Yang pasti kami sempat makan, mendapat buah tangan dan bergambar di dalam teratak bonda beramai-ramai. Meskipun begitu kami tidaklah sampai meninjau kamar pengantin (alamaaak... terlebeh sudah).

Usai melewati Teratak Bonda kamipun pulang dan terus meninjau pula pasar malam di FTA. Niat di hati ingin mencari bantal, malangnya tidak berjumpa. Boleh tahan juga pasar malam hari tersebut yang jalan penyudahnya menuju ke Padang Awam FTA di mana konsert akan berlangsung di sebelah malamnya. Saya, Lisa, Arnie dan Galzean sempat membeli Yong Tau Fu dan Murtabak Larkin untuk di jamah bersama rakan-rakan. Sesudah puas meninjau kamipun pulang ke 'rumah tumpangan' untuk persediaan di malam hari....

No comments: