Ini sebenarnya rumah orang tua Kak Ita. Bekas Presiden Mawi FC. Kebetulan rumah ini berhampiran sangat dengan rumah Tuan Rumah kenduri iaitu Alfonso. Saya sebenarnya ingat-ingat lupa akan Alfonso ini. Merupakan seorang hard core di zaman awal kemunculan Mawi pasca AF3. Saya kira seorang yang aktif di MawiFC.com sehinggalah MawiFC.com agak kurang menyengat kini. Bila dah bertemu semua barulah saya ingat kembali akan kelibat beliau. Banner ini kali pertama di rentangkan di rumah orang tua Kak Ini. Cantik bukan? Sila lihat akan logo Mawi FC yang telah bertukar... 'I reserve my comment at the moment' ya...
Kami ambil peluang untuk bergambar beramai di laman rumah orang tua Kak Ita ini. Sempat juga bertemu dengan Umi Latifah (Che Bedah, Awan Biru @ Awan Dania, Ajai & Wiq) yang datang lebih awal. Saya juga sempat bertemu dengan TerangBulan, Kak Wan dan Aamarku Sayang sefamili. kalau ada yang tertinggal saya minta maaf yer... Oooopppsss... sebelum tu, kami juga berjumpa dengan Arnie CSI (Korea) di Stesen PETRONAS (lagi) BBU. Lantaran Galzean pun mengambil kesempatan untuk 'belot' dengan bertukar kereta; ahaks. Sempat lagi Satria Neo baru di tampal dengan Sticker Konvoi di stesen minyak tuu...
Saya kira kami sampai di rumah Alfonso lebih kurang jam 1.30 petang. Menjadi lebih meriah kerana kami bertembung dengan pengantin. Jadi kiranya ketika itu acara di tengah kemuncaknya;ah. Lapar memang lapar di tambah pula dengan lauk kenduri yang sedap. Alhamdulillah. Bunga telurnya pun agak unik kerana bukan bunga telur yang dihadiahkan tetapi bunga limau & bunga epal. Memnag kami tidak membawa hadiah untuk pengantin jadi ramai antara kami yang cuma memberi 'angpow' sahajalah.. Terima Kasih Brother Alfonso sekeluarga atas jemputan... Lebih kurang jam 2.30 petang kami meneruskan perjalanan lagi. Kali ini dah jadi 6 buah kereta. FTA - semakin hampir....
3 comments:
my latest blog post useful source basics Dolabuy Louis Vuitton try this website find here
useful source this article this content like it redirected here like it
go Fendi Dolabuy navigate to this site great post to read image source click to investigate
Post a Comment